"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

30 July 2014

Trip 16/2014-Daratan

Selamat datang dan salam syawal untuk semua...Hari ni, dah raya ketiga. Emmm... puasa sunat baru dapat buat sehari. Petang nanti plan nak balik rumah mak di Setiu. Pagi tadi sempat pergi eging di tempat biasa. Ingat nak bawa balik sotong untuk mak... tu pun jika ada rezeki. Kejap tadi mula mencandat lebih kurang pukul 8 pagi. Fuhhh.. lewat sungguh. Sampai je air surut. Dalam hati... ada ke sotong. Dah datang... baling juga candat. Takde orang lain  kat situ... sunyi juga. Mungkin diorang sibuk beraya kot.

Masa tengah update blog ni... sebenarnya ambe sedang mengemas nak balik kampung. Tak leh le nak citer banyak. Busy le katakan. Emmm... korang tengok le sendiri kat bawah tu apa yang ambe dapat. Ok lah.. selamat hari raya untuk korang semua. Semoga ceria selalu. Jumpa lagi-Abe Din


 



Sotong baru naik... warna comel dan terang

 Total: 8 Ekor dengan saiz yang memuaskan.
Ini lah rezeki mak ambe dan family kat kampung.

8 comments:

  1. a.din..apa beza sotong mabang kuning dan hitam?adakah sbb jantina atau keadaan sekeliling?slalu juga dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebolehan sotong menyamar mengikut latar sekitar menyebabakan warna sotong boleh berubah-ubah. Salah satu fungsi sel chromatophore pada kulit sotong adalah untuk penyamaran selain untuk mengawan dan mempertahankan diri. Mabang hitam suka berada di latar yang gelap manakala sotong berkulit cerah dipengaruhi oleh latar yang cerah seperti pasir pantai dan laut terbuka. Perlu diingat bahawa sotong berupaya menukar warna kulitnya dengan cepat mengikut latar persekitaran. Ambe tidak begitu pasti dengan sotong kuning... kemungkinan besar warna kuning dipengaruhi oleh genetik atau pun sotong yang datang dari kawasan laut yang dalam atau kawasan kurang cahaya.

      Delete
  2. terima kasih abg din dgn perkongsian ini...
    egi di tg.jara waktu petang xberapa cantik air, angin dan ombak beralun kuat dpt sekor je hasil, sekor lg tinggal kepala badannya kene bahang di ikan YU atau Todak uhuhuh
    satu lagi perkongsian ilmu dr otai eging cina tokey kedai mancing di Kuala Terengganu, dia kata gang2 eging d pntai merang ke telaga batin airport diorng ni mesti membawa cutter(gunting pemotong) utk kerat@potong batu pemberat pd candat khasnya candat yamashita, diorng ambik gewang saiz 2.5 dan kerat pemberat tu sedikit utk menjadikan gewang tersebut boleh g jauh dan main separuh air sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zul... pencandat baru boleh ambik tips ni untuk dijadikan panduan. Terbaikkk...

      Delete
  3. Salam Abe Din,
    Teringin nak ikut @ belajar Abe Din candat trip daratan..boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe Alikoboi: Kalau nak ikut sangat dialu-alukan... moga ambe boleh belajar juga dari demo.

      Delete
  4. Sya tinggal di marang teganu..teringin nok ikut trip daratan dgn abe din...boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Silakan...dapatkan info trip terbaru dalam blog ambe. Saudara boleh hubungi ambe melalui e-mail. Semoga kita dapat eging bersama.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing