Salam datang kepada semua dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Kali ni... ambe nak share satu pengalaman yang menarik yang berlaku di pertengahan bulan ramadhan baru-baru ini.
Pada suatu pagi selepas subuh, ambe bergerak ke lokasi mencandat di Kemasik untuk meninjau kehadiran sotong di sana. Hari masih gelap... selepas selesai sembahyang subuh. Ambe pergi sorang diri je... beranikan ambe. Haa... jangan dok mengumpat. Memang ambe gi sorang diri ye... Sampai di parking hari masih gelap. Manusia memang takde lagi kat situ. Ketika sibuk berkemas apa yang patut... datang seekor kucing sambil mengiau di dalam gelap. Ambe dok peduli pun. Ambe tak ambil kisah sangat... kucing jenis apa, warna apa, besar mana... langsung tak terfikir masa tu.
Siap berkemas alatan yang hendak di bawa ke lokasi... ambe kunci pintu kereta. Kucing masih ada lagi... ambe dok peduli jugak. Terus jalan dalam 20 meter.. rupa-rupanya kucing tu masih ikut ambe. Ambe pun panggil kucing tu sebab jauh sangat dia ikut. Biasa le orang panggil kucing...chot, chot... ahhh payah nak eja. Rupanya dia faham... terus ikut ambe. Beberapa kali terlanggar kaki ambe masa berjalan.
Tetamu Misteri, Satu Pagi Di Bulan Ramadhan
Sambil berjalan dalam gelap tu... ambe berkata pada kucing tu, kalau dapat sotong nanti ambe akan bagi pada dia. Entahlah dia faham ke dok. hehe. Sampai hujung batu, kucing berkenaan berhenti, dia tak mahu ikut lagi tetapi masih mengiau seakan-akan meminta makanan. Dari pengalaman ambe membela kucing... memang kucing tu lapar. Ambe tak boleh tolong sebab tak bawa apa-apa makanan. Bulan puasa katakan. Kihkih.. kucing mana puasa.
Ambe biarkan kucing di hujung batu tambak. Ambe tinggal kucing berkenaan dalam gelap dan mula mencandat. Jarak kucing dengan ambe lebih kurang 20 meter. Makin jauh... suara kucing diganti dengan deruan ombak. Tak dengar bunyi kucing... dalam hati mungkin kucing tu pergi tempat lain... sebab ambe tak bagi makanan untuk dia. Ambe terus mencandat... dalam hati jika ada sotong... ambe akan bagi kucing tu jika dia ada lagi di lokasi tadi.
Bila hari hampir siang... tali ditarik kuat oleh seekor sotong yang sangat ganas. Ambe jangkakan berat sotong tu lebih daripada sekilogram. Malangnya terlepas. Dalam dok sibuk memujuk sang sotong untuk makan semula.... tali pulak kusut. Sakit tayar sungguh... hari mula cerah tiada sotong yang sudi menjamah jig. Hingga seorang kawan datang mencandat dan berjaya menjerat seekor sotong saiz 3 jari. Ambe minta dan berikan pada kucing berkenaan. Hati ambe sungguh tersentuh kerana kucing berkenaan masih menunggu ambe di hujung batu. Hari dah cerah... baru nampak.
Apabila ambe bawa sotong.... barulah kucing berkenaan datang ke tengah batu tambak. Habis sotong berkenaan dimakan. Hari tu memang takde rezeki ambe... kosong terus. Selepas makan... kucing berkenaan tunggu beberapa ketika sambil berehat di tepi bag ambe... kemudian terus bergerak ke pantai dan hilang entah ke mana.
Seekor sotong tunggal menjadi rezekinya
Ambe terfikir... kadang-kadang tuhan tidak menghantar orang untuk meminta simpati. Haiwan juga mahkluk tuhan yang perlu kita berbuat baik . Zaman sekarang orang tidak peduli tentang perkara seperti ini. Kucing salah satu haiwan yang tahu di mana kawasan yang ada rezeki. Jika diperhalusi betul-betul... bukan semua tempat ada kucing. Kalau di deretan kedai makan... hanya kedai-kedai tertentu sahaja banyak kucing berkeliaran di kawasannya. Begitu juga di kawasan perumahan....hanya rumah tertentu sahaja dituju oleh kucing untuk meminta makanan. Ambe rasa... mungkin haiwan seperti kucing dapat melihat lokasi-lokasi yang dilimpahi rahmat tuhan.
Berkongsilah rezeki anugerah tuhan
Ambe harap-harap selepas ini... tuan-tuan kedai, tuan-tuan rumah.. jangan pula halau haiwan seperti kucing yang datang meminta sedekah bagi meneruskan hidup. Berbuat baiklah kepada makhluk ini... semoga tuhan akan menambah rezeki kita semua. Berbuat baik jugalah kepada haiwan lain seperti burung-burung dan sebagainya. Jika kita tidak mahu berkongsi rezeki yang tuhan anugerah kepada kita... sekurang-kurangnya makhluk berkenaan tidak diseksa dan diperlakukan dengan kejam. Ingatlah pesan ambe ni.... peminta sedekah tidak semestinya datang dalam bentuk manusia yang berkaki dua tetapi tuhan yang maha kaya boleh menghantar pelbagai jenis makhluknya bagi menguji keimanan manusia. Semoga korang boleh memahami mesej yang ingin ambe sampaikan. Selamat berpuasa dan berjumpa lagi di lain masa-Abe Din.
Tahniah kerana telah berjaya melakukan ihsan terhadap kucing berkenaan. Jarang utk kita lihat/dengar masih ada insan2 yang penyayang sehinggakan sanggup dahulukan haiwan. Mungkin hari itu bukan rezki kita tetapi Allah Maha Adil dan tak mustahil akan ada rezki yg besar menanti. Ambe kagum dengan sikap yg ditunjukkan. Semoga beroleh rahmat Allah...ikhlas dari ambe.
ReplyDeleteP/S: Patut lah nickname en sotong. Pakar menangkap sotong rupanya. Hehehe...unik!
Terharunya... sobsob...
DeleteRezeki makhluk Allah dah tentukan..
ReplyDeleteBetul. Mungkin rezeki disampaikan melalui kita.
Deletetali baru ke yang kusut??alahai malu nyeee...bese pakai xjadi gitu uhuhu
ReplyDeleteMohd Zulkifly B. Mohd Jalil
Yer tali baru beli.. spoil sungguh. Biasa le... Bila nak cepat macam-macam jadi. Tetapi... tali tu memang kuat berbanding jenis lain.
DeleteDiameter nmpak kecik cam mihun uhuhu tp kuat...lontaran leh g jauh n rintangan angin pun xla kuat sgt pd tali tu...stakat pakai hingga skrg ni alhamdulillah bagus, tempoh hari dpt tarik selendang sapa ntah lam laut, gagah lagi menurut uhuhuh
DeleteMohd Zulkifly b. Mohd Jalil
Tali tu memang keras. Kalau kerap bergesel dengan karang dia mudah rosak. Bila banyak calar mudah jadi birdsnest. Satu lagi kalau digulung terlalu gopoh dan susunan dalam gelendong jadi tak kemas... mudah le kusut.
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengilat2 mabang, smoga beroleh rahmat dan barokahNya..amen
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kepada semua ..
Delete