"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 January 2012

Sandaran 2012

Salam sayang untuk semua.
Bertemu lagi kita di ruang maya ini. Selamat datang kepada semua pengunjung dan pelawat. Rasenya belum terlambat lagi kalau ambo nak ucap selamat tahun baru 2012. 

Sehari dua ni agak pening dengan berita-berita perubahan drastik yang bakal dilakukan oleh Google. Paling menyayat hati ialah keputusan Google untuk mematikan widget follower, Google Friend Connect. Walaupun follower sotonglaut ni tak banyak.. aku sayang sangat widget tu.. Bukan nak bermegah tapi sebagai tanda aku menghargai sokongan korang semua yang sudi datang dan menjadi follower kat sini.

Nak wat camana... bak kata sorang blogger tu, kita ni pengguna je. Bior lah diorang nak ubah ke apa ke... yang penting ambo still dapat menulis dan share pengalaman ambo dengan korang.. tapi..sedih woo..sob..sob. Kalau korang perihatin...ambo dah tambah Google+ kat bawah header di sebelah atas tu... tentu korang nampak.. kalau tak nampak gak memang nak kena le tu...melampau, ambo tengah sedih ni. Kalau korang sudi Add le kat situ... huhu..

Berbalik pada topik yang aku nak citer kali ni... iaitu tentang sejenis speseis tidak bernyawa yang ambo panggil candat atau gewang.. bukan gewe tau. Bentu tu ambo beli hujung tahun lepas kat kolumpo. Kirim kat member. Rega dia RM37. Jangan tak caye.. Salah satu produk Shimano dengan nama Sephia EGIXILE.


Pembungkusan nampak canggis


Antara ciri-ciri istimewanya... beliau sangat cantik...kihkih. Harap-harap sotong pun suke macam aku suke. Beliau adalah merupakan sandaran ambo pada tahun 2012 ni. Rega mahal mesti power punyer. Kawan ombo pernah cube guna benda ni... memang berkesan katanya. Sempat dia tangkap dua ekor bapak sotong mabang sebelum candatnya ditelan batu karang, batu bertangkup.


Mata nyer yang cukup menggoda..biru wehh


Perut dicat dengan pembalik cahaya warna oren.


Rase macam sayang je nak guna.

Ambo beli dua enkor. Untuk pengetahuan korang..beliau tidak menyimpan cahaya apabila di suluh. Kalau dok silap kata member aku.. beliau hanya bercahaya pada bahagian mata dan hujung ekor. Setakat ini, hasil memang gempak... kata diorang yang pernah test benda alah ni.

Ape pun, biar masa yang menentukan.. Dok sabor rase nak ke laut. Tangan makin lama makin gatal dah ni. Pancing dah lama siap sedia. Rasa macam lama je nak sampai bulan April. Ikut firasat dan pandangan poyo aku ni... mungkin tahun 2012 ni, sotong akan datang lebih awal dari tarikh yang biasa. Kalau betul... Emm..memang best.

Ok lah.. ambo nak masuk tidur dulu. Esok nak kije. Jumpa lagi ye..
Abe Din..

15 comments:

  1. salam abe din. ambo mai menyotong jap.. heheh

    ReplyDelete
  2. baru tau yang widget follower, Google Friend Connect akan dimatikan...aduh..macam2..tapi kan, page google circle tu macam fb pun ada..hehe siap leh update sttus g..

    ReplyDelete
  3. Matakail: Selamat datang bro..

    Ckin Kembaq: Saingan baru fb..tak tahu mana akan tewas.

    ReplyDelete
  4. pergh bro ... masyuk ni kalau menyandat
    saya tk suka memancing atau menyandat dan seumpamanya ... tp saya suka cerita2 tentangikan dan memancing ni. kalau ada mmg baca punya
    saya masukkan laman sedara ni dlm link sahabat saya

    ReplyDelete
  5. Razifrdz: Terima kasih di atas kunjungan dan sokongan anda.

    ReplyDelete
  6. done follow kat sini~ yg ke 999!
    suka no. ni

    jemput lah ke blog sy :)

    ReplyDelete
  7. Zamani84: Thanks..ambo dah follow juga ke sana(723). Suke tengok Angry Bird.. kat sini ada Angry Octopus jer..kih

    ReplyDelete
  8. salam abe din..renjer intai2 sini kejap :P

    wah! cik matakail pun sggh sini :) dulu die pernah join trip renjer buru belida kat sungai bernam :)

    ReplyDelete
  9. salam abe Din,
    minat la blog abe Din ni. selama ni silent reader je.
    mungkin lepas ni bleh join abe Din pegi trip mencandat seround :)
    ~suhaizir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambe beres je... kalau ada kelapangan anda dialu-alukan.

      Delete
  10. Abe din buleh jd tekong bot candat dh asenye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe Din dah biasa bawa kegkawan gi candat kat laut...bot candat sewa dengan driver sekali.... mencandat memang best..tp kalau dah bawa orang baru, tak sempat nak mencandat.. suruh ikat candat, tali terbelit, sotong bersepah... rasa macam suri rumah pula...yg pasti ambe puas bila lihat kengkawan naikkan sotong sendiri.

      Delete
  11. salam,
    menjadi atau tidak umpan gewang jenis ni, setakat abg din gune?di kuantan harganya pun leh tahan juga telan air liur melihatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpan candat yang mahal selalunya memang "bunuh".. tapi bukan semua. Kena cuba dulu... kerana ia mungkin berbeza mengikut tempat, cuaca, keadaan air dan persekitaran.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing