Salam untuk semua pelawat.
Tinjauan lokasi kali ini adalah di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Masa balik kampung dulu singgah kejap kat pantai ni... kononnya nak cari port baru sotong mabang. Kata orang, di sini banyak sotong.. tambahan pula orang kat sini tak pandai mencandat dari kawasan pesisir pantai.
Letih juga cari port. Rupa-rupanya, kat sini pantainya agak landai dan tiada kawasan berbatu. Selalunya kawasan begini kurang menjadi tumpuan sotong mabang kerana dia susah anak sembunyi jika ada musuh.
Masa tengah rehat.. ternampak pokok ni. Tak tau nama apa. Sekali tengok macam mengkuang je, tapi dia ada batang yang besar. Buah dia cantik. Tak tau samada boleh dimakan atau tidak. Ambo tak berani nak test.. takut masuk spital. Saja je aku post kat sini untuk share dengan korang. Kalu sapa-sapa ada info lebih tentang pokok ni, kabo le kat kitorang. Ambo dan pelawat tentu nak tau juga.
Buah yang cantik
Hijau (muda), Merah (masak), coklat (tua)
Akar pun unik jugak
Dahan pokok mampu menahan terjahan angin
Haa. nia anak dia. Cun tak?
Nampak macam mengkuang masa kecil
Banyak sungguh pokok ni di sepanjang pantai, berselang seli dengan pokok ru. Bila dipikir-pikir, mungkin pokok ni juga membantu menghalang angin laut yang kuat walaupun ia lebih rendah daripada pokok ru. Tengok batang dan dahannya memang besar. Agung sungguh ciptaan tuhan.
K, jumpa lagi di lain masa.
Pokok Macam mengkuang...Tumbuh kat tepi pantai emmm...pokok mengkuang laut nih...
ReplyDeleteTak tau pula panggilan tempatan.... tapi memang cantik dan unik sekali.
Delete