Salam untuk semua pelawat.
Balik dari kampung terus rancang trip ke batu tambak untuk mencari sotong mabang. Janji dengan Mat yang juga baru sampai dari bercuti di Kelantan.
Malam tu..siap-siap pergi. Masuk lokasi lebih kurang pukul 12.30 mlm. Sampai kami terus mengambil lokasi di pertengahan batu tambak. Balingan beberapa kali, joran Abe Din ditarik sotong.. baru nak pegang, terjatuh atas batu. Nasib baik tak masuk dalam air.
Sotong mabang bersaiz sederhana terus melekat di selipar buruk.. macam tak mahu lepas je. Kata orang kalau dah rezeki kita, tak ke mana.
Pandangan sotong pertama dari atas
Pandangan dari bawah.. Buncit... ada telur ni..
Selepas beberapa ketika, Abe Din dapat seekor lagi. Mat dah masam muka.. jelous le tu. Mat ambil keputusan untuk ke hujung batu. Lebih kurang 20 minit.. di datang semula dengan membawa seekor sotong. "dapat satu je...kecik" apabila ditanya. Hampir pukul 2 pagi kami mengambil keputusan untuk pulang selepas tiada tarikan sotong.
Gambar 1-Sotong yang Abe Din dapat
Gambar 2-Sotong yang ditangkap oleh Mat
Apabila dibuat perbandingan... macam kat bawah tu. Mat menang lagi.. memang besar. Dia tipu aku... kata tadi kecik... Emmm, dah rezeki dia.
Bandingan yang kurang adil.. nasib le..
Walaupun Mat jadi juara, dapat sotong besar.. Abe Din dapat juga hadiah kategori paling banyak...walaupun dua ekor, kira menang juga. Rezeki tetap rezeki.
Walaupun sotong kurang galak menyambar jig, kami tetap merancang untuk mengadakan trip susulan. Nantikan kedatangan kami wahai sotong..
Jumpa lagi
Abe Din.
tak pergi mencandat sotong?
ReplyDeleteTahun ni sibuk sikit, Pergi mencandat di kawasan pantai sahaja..
ReplyDeletebestnya aktiviti2 begini kan...hb mama kureng sikit ngan aktiviti begini..kalau tak bolih ikut !!!
ReplyDelete