"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

28 June 2011

Sotong Vs Udang

Salam untuk semua pelawat dan pengunjung Sotonglaut. Minggu ini Abe Din ditugaskan sebagai urusetia satu program di Marang Village & SPA Resort, Marang, Terengganu. Dalam kesibukan mengendali program, sempat juga di masa lapang berjalan-jalan mencari makan di Bandar Marang. 

Kami sempat melawat ke sebuah replika sotong dan udang galah. Replika berkenaan dibina betul-betul di simpang empat bandar Marang. Sekali tengok macam giant squid sedang mengamuk di kawasan bandar. Replika yang merupakan mercu tanda di Marang ini dapat dilihat jika anda melalui jalan utama dari Dungun ke Kuala Terengganu.

Sepasang raksasa di tengah bandar Marang. 
Kawan aku kata dua ekor raksasa ini melarikan diri dari Jepun.

Rakan sotonglaut... bukan Abe Din.. hehe.. 
Dia ni merupakan pemburu amatur sotong raksasa.

Pandangan dari satu sudut menarik

Gaint squid yang dibekukan oleh otromen... hehe.. acah je

Kulit kerang pun ada.. cantik

Pandangan replika dari jauh.

Selepas puas melihat replika yang unik ini, kami terus ke bandar Kuala Terengganu mencari candat untuk bekalan trip yang akan datang. Sepanjang perjalanan terjumpa pula replika Batu Bersurat Terengganu. Sorry .. tak sempat nak ambil gambar... sambil memandu. Kalau kemalangan siapa susah?... Haaaa.. jawab.

Memang patut negeri Terengganu ini dikenali sebagai Negeri Cantik, Budaya Menarik. Haaa.... tentang budaya menarik tu... lain kali Abe Din cerita.

Sekian untuk kali ini. Selamat datang ke Terengganu.
Abe Din

7 comments:

  1. Salam...menarik replika tu. Masa balik T'ganu haritu sempat gak tengok dan yg sonok tentulah budak2..cuma, ada juga orang komplen, kenapa perlu membina patung berbentuk benda bernyawa? Bukankah tu salah dr segi hukum agama?...Sape lak nak jawab nih?..hehe

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/ilmu-pelaris.html

    ReplyDelete
  2. Realitinya di sini.. begitulah. Thanks Abang Long sbb sudi share pendapat kat sini..Minta yang lain sudi2kan meng'komen di sini.

    ReplyDelete
  3. sotong ni sebenarnya hanyut masa tsunami ari tu.... sotong ni dulunya lembut jer, tp bila dia mati org gannu kata "mapuh kerah bahang tanoh" (mati keras dibaham tanah)... sebab tu dia jadi mcm tu..... hehehehe

    ReplyDelete
  4. suhaimimd: macam keras je bunyinya... kih2x

    ReplyDelete
  5. buat pembaca,saya bukanlah orang pandai sangat dalam agama tapi sedikit2 tu bolehla...fahaman saya, sebenarnya,xde masalah dengan replika tu sebab dalam hukum agama,ditakrifkan bahawa memang tidak elok sesuatu yang berbentuk patung tetapi ianya dikhususkan kepada peniruan sepenuhnya.replika di atas hanya menunjukkan separuh je...jadi,tidak salah dari segi hukum.apepun untuk penjelasan selanjutnya,bolehla merujuk kepada yang lebih pakar dalam soal ni...wallua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anonymous..ada sapa lagi nak share ilmu...jangan kedekut.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing