"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

20 June 2011

Selamatkan Penyu.

Salam kepada semua bloggger, kaki-kaki pancing dan pelawat yang sudi datang ke blog sotonglaut. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelawat yang sudi mendaftar sebagai follower dan memberi komen yang membina di sini.

Pada post kali ini, Abe Din akan melanjutkan lagi perbincangan tentang penyu. Beberapa artikel Abe Din sebelum ini ada menceritakan tentang penyu yang secara kebetulan ditemui ketika pergi mencandat sotong di pantai. Dari beberapa artikel yang terdapat di web, timbul sedikit kesedaran  tentang kepentingan menyokong usaha pemuliharaan dan pemeliharaan penyu.


Anak penyu yang baru mengenal dunia.
Comel sungguh....

Di Malaysia, beberapa pusat penetasan dan pemeliharaan penyu telah dibina hasil kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dengan Kerajaan-kerajaan Negeri yang terlibat. Penglibatan IPT tempatan, luar negeri, NGO, pakar-pakar dan orang perseorangan digembeling bersama dalam usaha pemeliharan dan pemuliharaan penyu.

Terdapat beberapa pusat penerangan dan pengurusan berkaitan penyu di bina di Pantai Timur, Semanjung iaitu:
1-Pusat Penyu Dan Ekosistem  Marin, Rantau Abang, Terengganu
2-Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu
3-Pusat Pengurusan dan Penerangan Penyu Cherating, Pahang


Fenomena 1

Fenomena 2

Fenomena 3

Cuba perhatikan tragedi yang menimpa penyu-penyu yang tidak berdosa ini. Tidak tersentuhkah hati kita melihat kewujudan fenomena yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini?. Tidak adakah sedikit ruang untuk penyu sama-sama berkongsi bumi tuhan ini bersama-sama dengan kita?

Walaupun kita tidak terlibat dengan usaha keras menyelamatkan penyu, sekurang-kurangnya kita berperanan untuk menyedarkan manusia tentang pentingnya usaha pemulihan ini. Di Terengganu telah lama wujud Enekmen Penyu 1951 (pindaan 1989) begitu juga dengan undang-undang yang terdapat di negeri-negeri lain. Objektifnya sama iaitu menyelamatkan penyu. Anda boleh menjawab, adakah undang-undang yang digubal ini berkesan?


Kita masih dapat melihat telur-telur penyu dijual di pasar-pasar secara terbuka dan urusniaga ini sebenarnya halal. Kenapa aktiviti ini tidak diharamkan terus? Matikah manusia tanpa telur penyu? Situasi ini kadang kala menunjukkan sikap acuh tidak acuh pihak berwajib di dalam proses pemuliharaan dan pemeliharaan penyu secara bersepadu. 

Alatan-alatan menangkap ikan yang diharamkan juga masih digunakan di perairan kita. Apabila operasi dijalankan seperti yang ditunjukkan di dalam rancangan 999 terbitan TV3, masih terdapat cara-cara menangkap ikan dengan peralatan yang tidak dibenarkan. Kenapa situasi ini boleh berlaku?

Buatlah sesuatu walaupun kecil, sekurang-kurangnya ia memberi harapan kepada generasi penyu pada masa-masa yang akan datang.
Jumpa lagi,
Abe Din

_____________________________________________________________
Makluman : 
Jika sudi, sila copy-paste atau link ke blog anda untuk tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan penyu. Terima kasih.
_____________________________________________________________

5 comments:

  1. penyu sekarang da kurang kat rantau abang..satu lagi cara..naikkan harga telur penyu..orang pun tak delah nak kejar penyu selalu..huhu~~

    ReplyDelete
  2. abg, sedih la tengok gambar penyu2 tu.. Actually, selain telur penyu, salu manusia2 cam harem tu buat apa lagi eh dgn cangkerang and lain2 body part tu?

    ReplyDelete
  3. Ada yang makan daging penyu... kulit belakang dijual sebagai perhiasan. Ada yang percaya daging dan bahagian tertentu boleh buat ubat... "Penyu menangis siapa yang tahu"

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing