Salam ramadhan untuk semua pelawat beragama Islam dan semoga gembira selalu kepada semua yang sudi melawat blog buruk ambe ni. Seperti biasa selepas solat tarawikh lebih kurang pukul 10.30 malam... ambe akan masuk ke lokasi biasa untuk mencari rezeki barang sekilo dua.
Mungkin betul kata orang, rezeki di bulan ramadhan murah sungguh dan dipermudahkan-Nya. Beberapa trip yang ambe sertai di bulan puasa ni jarang menghampakan. Seingat ambe hanya satu trip yang balik kumpau disebabkan oleh keadaaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Ketika mula masuk ke lokasi kami berselisih dengan dua pemuda yang baru keluar dari mencandat. Mereka menjawab sapaan dengan sedikit hampa kerana tidak memperolehi sebarang tangkapan. Kami bertiga dah rasa tak begitu gembira tambahan pula melihatkan keadaan air laut yang cukup bergelora. Patut le diorang tak dapat apa-apa.
Sebahagian sotong yang dibawa pulang
Disebabkan kami datang jauh... ambe syorkan kami masuk juga ke lokasi yang jika berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 4-5 minit. Bila tiba di kawasan mencandat... rasa makin hampa. Air sangat bergelora menghempas batuan tepi pantai. Malam tu, ambe basah sampai ke pinggang walaupun berada agak jauh dari pelantar batu yang biasa ambe berdiri untuk melontar candat.
Jangan marah... camera murohhh je... kihkih
Alhamdulliah...balingan pertama dan seterusnya bersambut. Walaupun air bergelora, hujan renyai-renyai dan angin yang sekali-sekala bertiup agak kuat. Candat yang dibaling kerap kali dihanyutkan air yang kuat dan kerap tersasar ketika balingan dibuat. Malam itu... ambe berjaya menjerat 15 ekor sotong saiz boleh tahan. Seorang lagi saing berjaya mendapat 4 ekor. Seorang lagi tak dapat langsung.... hehe. Candat dia asyik tersangkut dan putus je.. last sekali.... tido. Sebab tu sekor pun tak dapat.
Tinggal ambe berdua yang gigih mencandat... sehinggalah hujan mula turun dan kami bergegas balik ke kereta. Malam tu memang bertuah... drag kekili kerap kali menjerit berselang seli dengan hempasan ombak. Nak kata best... memang best sungguh. Walaupun basah kuyup. Sure member ambe membebel sakan. Dah le dia tak dapat sekor pun sotong. Kete dia basah lagi. Kira ok le tu... masa balik kami belanja dia roti canai sardin dengan kopi. Fuhh... cerah mata.
Sampai rumah, semua sotong ambe... bagi ke saing yang tak buleh tadi. Suruh dia bagi dua dengan seorang lagi kawan di tempat kerja. Ambe pesan... balik ambik gambar dulu. Haa.. dua keping gambar tu guna camera dia le. Camera murah... soh beli telefon baru tak nak... gambar pun blur je. Hampeh sungguh. Opps... tak baik ngate orang bulan puasa ni. Ok... Jumpa lagi bila senang-Abe Din.
No comments:
Post a Comment