Salam pertemuan untuk semua. Selamat menjalankan ibadah puasa bagi semua pelawat Islam. Pada post kali ini ambe nak share dengan korang satu lagi trip mencandat yang diadakan pada hari ke-2 bulan ramadhan. Kebetulan esok hari cuti... 3 orang pencandat tegar sotong laut mula masuk ke lokasi pada pukul 10.30 malam selepas solat tarawih.
Air sudah mula menyurut ketika kami tiba di lokasi. Balingan pertama sudah bersambut... seekor sotong bersaiz sederhana berjaya dijerat. Pada malam berkenaan kami berjaya membawa pulang 19 ekor sotong pelbagai saiz. Lebih kurang pukul 2 pagi kami keluar ke kedai makan berdekatan untuk bersahur, Kami masuk semula ke lokasi selepas itu dan berjaya pula menjerat 2 ekor lagi bapak sotong. Trip tamat pada pukul 3.30 pagi.
Sotong yang berjaya ditangkap.
Paling besar dan paling ganas
Seekor lagi bapak sotong
Seekor sotong yang terkena mata candat di bahagian ekor.
Tak pernah lagi jadi macam ni. kihkih
Tangkapan keseluruhan: 19 ekor
Berat juga nak usang balik ke kereta.
Satu peristiwa yang menarik... apabila seekor sotong terkena candat di bahagian ekor. Mula kena memang kuat tarik... selepas seketika, tarikan menjadi lemah dan semakin cepat sebaik sahaja karauan dibuat. Dalam kepala....sotong kecik je... bila naik semua terkejut. Tak pernah lagi dalam sejarah ambe dapat sotong macam ni. Tapi... tu semua rezeki di bulan puasa.
Kepada semua pencandat yang beragama Islam... selamat berpuasa, semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. Inysaallah.... Hinga berjumpa lagi-Abe Din
entri baru uhuhu syukur....lame sudah menunggu, terima kasih abg din.
ReplyDeleteseronok betul dpt lyn bapak sotong ni, bile laaa leh rasa tarikannya
Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil
Bulan puasa ni sibuk sikit.... tu yang tak sempat nak update entry baru.
Deletekat mana lokasi candat ni bro..teringgin nk candat time balik kg
ReplyDeleteSalam boh... trip kat atas tu di Kijal. Selamat mencandat.
Delete