Salam Pertemuan untuk semua pelawat. Pada post kali ini ambe nak perkenalkan sejenis lagi candat yang ambe temui dijual di kedai-kedai pancing. Candat bersaiz 2.0 ini diperbuat daripada plastik padu. Bentuknya cukup seimbang dan coraknya sangat cantik.
Solid Plastik
Ambe sempat beli dua ekor... ada seekor lagi berwarna kelabu.. tak sempat amik gambar. kadar tengelamnya cepat dan sangat sesuai untuk digayakan di kawasan dasar laut berpasir. Kelemahan candat ini ialah mudah tersangkut. Disebabkan badannya yang solid dan berat. Tambahan pula ia dilengkapi dengan timah yang besar,
Jika korang lambat untuk menarik candat yang dibaling, risiko untuk tersangkut sangat tinggi. Setakat ini ambe masih mencuba keberkesanan candat ini. Ambe membuat kesimpulan, candat ini sangat sesuai dimainkan di kawasan pantai berpasir kerana kadar candat tersangkut sangat rendah. Candat akan terselamat daripada putus.
Warna dan corak yang menarik
Buat masa ini, candat ini masih belum membunuh mangsanya. Seekor candat yang diuji telah berkubur di dasar laut kerana tersangkut pada karang laut. Korang yang ingin mencuba dinasihatkan agar mengelak menggunakan jig ini di kawasan berstruktur keras seperti batuan dan karang. Penggunaan di kawasan berpasir seperti pantai adalah sangat disyorkan. Sekian dahulu untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.
No comments:
Post a Comment