Selamat datang kepada semua pelawat. Semoga anda semua ceria dan bahagia selalu. Pada post ini, ambe ingin berkongsi keindahan lokasi mencandat sotong ambe di Kemasik. Kalau ada masa terluang, ambe selalu datang mencandat di sini. Salah satu sebab lokasi ini menjadi pilihan ambe ialah panorama dan pemandangannya yang menarik. Hati rasa tenang kalau datang sini.
Kalau mencandat di waktu malam tentunya keindahan semulajadi di sini tidak jelas untuk ditatap... kalau siang... duduk saja kat sini pun dah ok. Ketika gambar ini dirakam... keadaan sedikit berjerubu dan gambar tidak begitu jelas.
Sotong juga banyak di kawasan ini. Jika kena dengan keadaan airnya... memang banyak rezeki diperolehi. Ambe pernah mencandat berbelas-belas ekor sotong mabang di kawasan ini. Kalau korang tinggal berdekatan dengan kawasan ini... datanglah berkunjung. Bagi pencandat baru... lokasi ini boleh dijadikan lokasi untuk belajar mencandat sotong mabang. Datang le waktu siang... boleh tengok bermacam-macam gelagat manusia kat sini.
Batu tambak yang menghadap bukit
Mencandat dengan tenang tanpa gangguan
Waktu petang... ramai orang kat sini
Lokasi ini juga merupakan lokasi yang strategik untuk perkelahan dan beraktiviti bersama keluarga. Kawasan ini memang selamat kerana ramai orang lalu-lalang kat sini... cuma jangan mandi ketika air bergelora sebab dah ada korban sebelum ini. Kalau ada masa, sudi-sudilah datang. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
Kat sini pun ade sotong gak ke Abe Ding? saya pernah singgah sini dulu, berehat sebelum balik ke KL selepas bercuti di Terengganu dulu... lain kali kena stanby rod la nampaknya. Tq for info!
ReplyDeleteKat sini memang banyak sotong.... cuma nak dapat tu yang susah sikit.
Delete