"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

08 July 2013

Ubah Jig Anda ?

Bertemu lagi di laman maya sotonglaut.blogspot.com. Pada post kali ini, aku nak kongsi dengan korang tentang keperluan mengubahsuai jig. Tajuk yang sama pernah aku post dalam blog ini satu ketika dahulu. Perlukan kita membuat ubahsuai kepada jig? Bila ketika yang paling sesuai untuk membuat pengubahsuaian? Apakah keadaan yang mendesak kepada keperluan ini? dan berbagai-bagai lagi persoalan yang perlu anda jawab sebelum ada mengambil keputusan untuk mengubahsuai jig anda.
Ubahsuai jig meliputi kepada bentuk badan, warna, keadaan mata candat, mata udang, bulu sisi, struktur tambahan dan kadar tempoh tenggelam jig. Sebelum sesuatu ubahsuai dilakukan anda perlu mengambil kira beberapa faktor seperti:
1-Harga candat anda
2-Peratus tangkapan candat anda
3-Perubahan keadaan air,kedalaman air, arus.
4-Peratus kehadiran sotong
5-Perubahan cahaya dan cuaca dll.

 
Perlukah Jig Anda Diubahsuai ?

Kadang-kadang jig anda tidak perlu kepada pengubahsuaian. Untuk mendapatkan sotong... anda perlu memperbaiki gaya tarian dan tarikan jig berkenaan. Cara persembahan jig dalam air banyak membantu menggoda sotong untuk memegang jig anda.


Faktor untuk mengubahsuai jig
1-Harga Candat
Jarang ubahsuai dilakukan kepada jig yang berharga mahal. Kerana candat mahal selalunya lebih afektif menarik minat sotong. Selalunya ubahsuai dilakukan pada jig murah yang kurang efektif menarik minat sotong.
2-Peratus Tangkapan Jig
Apabila peratus tangkapan oleh sesuatu jig rendah. Perlu pengubahsuaian pada jig berkenaan. Pemantauan keadaan ini melibatkan masa lebih lama. Peratus tangkapan juga dinilai pada situasi tangkapan yang pelbagai.
3- Perubahan Keadaan Air, Kedalaman Air dan Arus.
Keadan kejernihan air misalnya memerlukan perubahan kepada penampilan candat samada pada warna badan atau penambahan struktur lain. Kedalaman air pula mempengaruhi masa jig sampai ke sasaran... perlu kepada penambahan struktur seperti penggunaan sinker. Arus air yang berbeza memerlukan saiz pemberat yang berbeza. Sinker juga boleh membantu menambah berat jig.
4- Peratus Kehadiran Sotong
Kehadiran sotong yang rendah di sesuatu kawasan memerlukan kita melalukan sesuatu kepada jig yang kita gunakan. Apatah lagi jika ramai pencandat bersaing pada lokasi yang sama untuk mendapatkan sotong. Penampilan fizikal dan struktur perlu dilakukan.

5-Perubahan Cahaya dan Cuaca
Keadaan cuaca dan keamatan cahaya menghasilkan pandangan yang berbeza pada kulit jig. Penambahan cat luminous misalnya boleh meningkatkan lagi keberkesanan jig.

Jika anda orang berada... banyak jig dalam kotak candat. Tak perlu nak fikir banyak tentang hal ini. Ambil sahaja jig yang mahal.. terus baling. Sotong jarang menolak. Mereka yang hanya mempunyai candat murah.... kena le lebih kreatif untuk mempromosi jig anda kepada si lembut di dalam air. 

Hingga berjumpa lagi
Abe Din.

6 comments:

  1. salam singgah sini...selamat menyambut ramadan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wirda: Selamat menyambut Ramadan juga dari Abe Din. Moga diberkati-Nya.

      Delete
  2. Abg din.. Saye pian dari paka.. Saye nak tnye.. Kat mane ade jual mata jig.. Kat area saye tak ade jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soffian: Setakat ni Abe Din belum jumpa mata jig dijual di kedai-kedai. Kalau di internat... demo buleh rujuk sini..http://www.made-in-china.com/products-search/hot-china-products/Squid_Hook.html
      Abe Din juga pernah lihat mata jig di pasaran alibaba.com.

      Delete
  3. Terima kasih abg din.. Satu lagi saye nak tnye... Abg din letak ape kat jig sotong... Bleh bgitu tahu tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe Din tambah cat luminous. Boleh rujuk pada post terbaru untuk maklumat lanjut.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing