"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

08 July 2013

Ranking Pulau Ular

Ranking Lokasi Mencandat Sotong Mabang di Pulau Ular.

Selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. Pada post kali ini Abe Din ingin berkongsi dengan pelawat semua tentang lokasi yang berpontensi untuk mencandat sotong mabang di persekitaran Pulau Ular. Bagi anda yang berhajat untuk datang ke sini... diharapkan perkongsian ini dapat membantu.

Susunan ranking lokasi berpotensi ini disusun berdasarkan pengalaman Abe Din selepas tiga trip yang dijalankan sebelum ini. Susunan populariti lokasi juga dibuat berdasarkan jumlah tangkapan di setiap lokasi dan juga saiz tangkapan yang diperolehi. Suka diingatkan di sini bahawa perkongsian ini tidak semestinya tepat kerana kehadiran sotong dan tabiat makannya banyak bergantung kepada cuaca semasa dan pasang-surut air laut.


RANKING 7 : Berhadapan dengan tapak khemah dan lokasi pendaratan bot. Kawasannya dipenuhi karang mati dan mudah tersangkut. Candat kerap tersangkut dan kemungkinan tali putus adalah tinggi. Disyorkan aktiviti candat dilakukan pada waktu malam ketika air pasang dengan menggunakan candat berat 2.0 gram.

RANKING 6 : Bertentangan dengan sebuah batuan besar. Sotong kerap dicandat di kawasan antara daratan dan batuan berkenaan. Risiko sangkut tinggi disebabkan kehadiran karang yang banyak di dasar kawasan ini. Disyorkan pencandat menggunakan candat bersaiz kecil berat 2.0. Paling efektif ketika air menyurut. Waktu sesuai pagi dan malam.

RANKING 5 : Bersebelahan kawasan ranking 6. Kawasan lebih dalam. Jika balingan dilakukan pada arah yang tepat... risiko sangkut adalah rendah. Candat disyorkan berat 2.0 gram. Paling efektif pada waktu pagi dan petang ketika air mula menyurut.




RANKING 4 : Berada bersebelahan ranking 3. Kerapkali sotong besar dinaikkan. Peratus candat tersangkut adalah tinggi. Berkesan siang dan malam. Paling efektif waktu pagi dan petang. Candat disyorkan 2.0 ketika air menyurut dan 2.5 ketika air pasang.

RANKING 3 : Kawasan berbatu. Peratus sangkut adalah tinggi. Saiz sotong pelbagai. Ketika sotong berada jauh disyorkan menggunakan candat 2.5 gram. Jika sotong berdekatan pantai, candat 2.0 paling sesuai. Untuk mengelakkan candat tersangkut.... karau dengan cepat apabila candat sampai berdekatan pantai. Berkesan waktu siang dan malam ketika air mula menyurut.

RANKING 2 : Kawasan tidak begitu dalam. Disyorkan candat 2.0 gram. Sotong sederhana dengan saiz yang serupa. Kadang-kadang sotong mega juga berjaya dijerat di kawasan ini. Waktu mencandat yang sesuai ketika air mula menyurut waktu pagi atau petang.





RANKING 1 : Lokasi paling dalam dan risiko sangkut paling rendah. Saiz sotong yang ditangkap hampir semuanya bersaiz mega. Sesuai ketika air pasang. Paling berkesan waktu pagi dan petang. Candat yang disyorkan 2.5 gram.

PERINGATAN DAN PANDUAN TAMBAHAN
Sotong di Pulau ini tidak begitu memilih warna umpan. Walaupun begitu semasa ujian dijalankan, warna merah, pink dan hijau paling mendapat sambutan. Pencandat dinasihatkan memakai baju berwarna lebih gelap agar sotong tidak takut datang berdekatan pantai. Sotong akan bergerak jauh ke tengah jika ia menyedari kehadiran manusia. Baju putih dan berwarna cerah wajar dielakkan.

Jika anda mencandat di waktu malam, anda dinasihatkan agar tidak kerap menyuluh ke arah air. Tindakan ini akan menakutkan sotong dan membahayakan pemancing. Ikan todak akan menjadi agresif jika ia terkejut dengan cahaya lampu. Sekiranya anda perlu gunakan lampu untuk mengikat tali pancing atau memasang candat... suluh lampu menghala ke arah bukit atau pulau.

Sekian dahulu untuk kali ini. Selamat berpuasa dan jumpa lagi.
Abe Din.

2 comments:

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing