Salam Ramadhan untuk semua pengunjung sotonglaut. Selamat berpuasa kepada semua pengunjung beragama Islam. Semoga anda mendapat keberkatan daripada-Nya. Pada post kali ini, aku ingin berkongsi satu resipi berbuka puasa berasaskan sotong. Resipi kali ini ialah sambal sotong yang dimasak bersama bunga kantan.
Bunga kantan adalah spesies pokok herba jenis halia. Bezanya halia kita guna bahagian batang dalam tanah (ubi)... bunga kantan kita ambil bunga di batang bahagian atas. Bunga kantan sangat sinonim dengan masyarakat melayu... ia banyak tumbuh di kampung-kampung, Tepi-tepi paya yang berair dan kawasan daratan yang terlindung. Baunya cukup kuat dengan rasa dan aroma yang tersendiri.
Sebelum memasak resepi ini, korang perlu menyediakan bahan-bahan berikut terlebih dahulu. Bawang kecil dan bawang putih (dimayang atau ditumbuk), bawang besar ( hiris membulat), bunga kantan (dihiris halus), cili kering (ditumbuk), sotong (dibersih dan dipotong membulat atau memanjang), Air asam jawa, garam, gula dan perasa.
Juadah berbuka puasa. Cepat dan ringkas
Mula-mula, panaskan minyak masak. Goreng bawang hingga kuning. Masukkan cili kering... selepas pecah minyak, letak air asam jawa dan bunga kantan. Biarkan hingga hampir mendidih. Masukkan sotong yang telah dipotong. Korang boleh gunakan sotong torak, sotong mabang, sotong jarum atau sotong ketupat. Aku lebih suka menggunakan sotong ketupat kerana isinya yang lembut.
Selepas sambal mula pecah minyak... korang letak garam, gula atau perasa yang sesuai ke dalam kualiti. Last sekali korang letak bawang besar yang dipotong membulat. Biar seketika, kacau dan test rasa sekali. Kalau korang suka pedas, tambahkan cili padi yang ditumbuk atau serbuk lada hitam. Korang juga boleh menambah daun kesom ke dalam sambal korang bagi menambahkan lagi aromanya.
Dimakan bersama nasi
Jika korang mahukan kuahnya lebih pekat, jangan tambah air kerana air dari sotong akan keluar ketika dimasak. Jika korang gunakan sotong jarum atau sotong ketupat, jangan masak terlalu lama kerana faktor isinya yang lembut.
Anda juga boleh membuat perubahan masakan dengan menambahkan taucu atau petai biji. Sambal sotong ini sesuai dimakan dengan nasi, ketupat atau lemang. Aku harap korang cuba buat untuk juadah berbuka korang nanti. Hingga kita berjumpa lagi. Selamat berpuasa.
Abe Din
sedapnya sambal sotonggggggg..!!!
ReplyDeleteHehe..
Deletetq sharing abe din..btw selamat menjalani ibadah puasa..
ReplyDeleteLatifahZainal: Selamat berpuasa juga untuk anda...
Deletesaya suka sotonggggggg!! =) hee!!
ReplyDeleteSuke sotong yang boleh makan ke... sotong yang boleh menaip...? kihkih. Selamat berpuasa.
DeleteSotong fresh yg isinya pejal memang best :)
ReplyDeleteBetul tu Tedi... ambo sangat setuju..Nyummm
Deleteseadapnyaaa..=)
ReplyDeleteCuba dulu... baru tau. hehe..
DeleteWah menyelerakan ...... Tengok saja sudah tahu enaknya....
DeleteWah sedap!
DeleteKejap agi kite singgah.. hehe
ReplyDeleteBulan2 puasa ni sume nampak sedap... kehkeh
ReplyDeletefeberet en suami ku!..mama masak ke laut....
ReplyDeleteTerima kasih datang jenguk2 ke sini
Deletearhhh.. bwu lpz komen d cbox npk lk at en3.sodapnyerrr..
ReplyDeleteSelamat datang purplelicios..
Deletesedapnya ! :D
ReplyDeleteAnis... selamat datang ke sini..
Deletewaa..semua pasal sotong..menarik ni =)
ReplyDeleteBatrish: Selamat datang ke blog buruk ambe.. salam kenal dari En. Sotong.
DeletePergh, sedap nie sotong sambal, tapi lagi sedap kalau ada orang tolong masak kan untuk mat jo, he
ReplyDeleteKihkih... cuba2 le belajar wat sendiri. Bukan susah pun.
Deletewow..terliur tengok sambal sotong tu dan hiasannyee...nyam3...
ReplyDeleteCik_sue: Selamat datang & salam kenal. kihkih... puase ke tu?
Deletehehehe..tp mun xbole mkan sotong..
ReplyDeleteRugi le cam tu. Sotong banyak iodin. Hehe... Salam kenal untuk Cik Mun.
Deletesambal sotong memang sedap, tapi saya suka sotong goreng rangup, perghhh! meleleh..
ReplyDeleteBahrain: Selamat datang. Selera anda sama dengan Abe Din. Sotong rangup memang sedap. Ada ummph..
Deletesedapnya...fav my hubby ni...:)
ReplyDeleteShukriah: Salam kenal dan selamat datang. Terima kasih di atas kunjungan.
Delete