Selamat pagi kepada semua bloggger, pelawat juga pengunjung sotonglaut.blogspot.com
Sementara menunggu sarapan siap, sempat juga rasanya kalau update info dalam blog ni. Pagi ni nak cerita sikit tentang kemunculan jig-jig sotong baru bagi memenuhi permintaan pencandat-pencandat tegar di Malaysia dan juga dunia.
Seekor mengabang yang ditangkap dua hari lepas
Jig keluaran syarikat Jepun yang cukup berkesan
Jig-jig keluaran syarikat Jepun dan China, Yamashita dan Maria yang lebih dikenali sebagai Yamaria keluaran China sedang berada pada kedudukan yang selesa dalam pasaran jig-jig sotong di Malaysia. Permintaannya sentiasa tinggi walaupun harganya mahal. Satu ciri yang membolehkan ia menempa nama di kalangan pencandat sotong mabang ialah keberkesanannya dalam memikat sotong.
Kepelbagaian jig Yamashita versi terdahulu
Gambar di atas adalah beberapa jenis jig Yamashita lama yang masih lagi berbisa walaupun setakat ini belum terbukti ia berjaya menandingi jig-jig Yamashita versi baru.
Jig pertama bukan keluaran Yamashita, diperbuat daripada plastik padu dan sesuai untuk menduga lubuk yang lebih dalam. Tiga jig yang berikutnya adalah Yamashita 2.0. Biasa dijumpai dengan warna merah dan pink. Cuba lihat dua lagi warna yang sukar ditemui di pasaran iaitu warna coklat dan biru. Dari ujian yang dijalankan jig coklat juga mempunyai kuasa penarik yang sama seperti saudara-saudaranya yang lain. Setakat ini jig warna biru masih belum menunjukkan keputusan yang positif.
Apa pentingnya mengikuti perkembangan penghasilan jig ini? Bagi pencandat tegar tentunya jig-jig yang berada di pasaran perlu dicuba bagi melihat keberkesanannya. Selera sotong sentiasa berubah mengikut keadaan persekitarannya. Pencandat perlu mencari jig-jig yang berkesan hampir pada semua keadaan persekitaran agar hasil tangkapan dapat dimaksimumkan.
Jumpa lagi.
Abe Din
candat jgn tak candat. i loikkee sotong :)
ReplyDelete