"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 June 2011

Ranking Pertama

Salam untuk semua pengunjung dan pelawat. Apa khabar pencandat-pencandat sotong? Bagaimana hasil tangkapan anda? Semoga anda dianugerahkan rezeki yang banyak olehNya. Pastikan proses halal itu diutamakan agar rezeki yang diperolehi itu lebih berkat.

Pada kali ini, Abe Din akan menutup perbincangan siri jig-jig pilihan 2010. Semua yang dipaparkan di sini tidak semestinya berkesan untuk anda tetapi ia hanya sekadar panduan bagi pencandat-pencandat mabang memilih umpan jig yang bersesuaian dengan lokasi, cuaca, gaya mencandat dan jenis sotong yang ingin diperangkap.

Jig kali ini mula dikenali dengan meluas pada tahun lepas. Abe Din mula melihat jig ini di sebuah kedai di Dungun. Abe Din bertanya apa kelebihan jig baru ini kepada seorang penjual cina. Katanya jika kita menggunakan jig ini, nisbahnya 10:1. Maksudnyanya kita dapat sepuluh ekor, orang lain dapat seekor. Nadanya begitu serius tetapi tidak begitu tepat setelah diuji. Walaupun begitu setakat hari ini, jig ini paling berjaya menarik perhatian sotong mabang.

Jig Yamashita, Golden Bait baru


Harga jig ini sangat mahal iaitu RM27 hingga RM28 sejak ia mula diperkenalkan di Terengganu. Walaupun begitu ia masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tinjauan harga di pantai barat terutamanya di Selangor menunjukkan harga jig jenis ini lebih murah iaitu RM18 hingga RM19.

Syarikat pengeluar masih menggunakan trademark, Golden bait sebagai usaha menarik perhatian pelanggan. Warna yang biasa dijumpai ialah merah, pink, hijau, putih dan oren dengan berat 2.0, 2.5, 3.0 dan 3.5. Disebabkan harganya yang mahal, Abe Din dan rakan-rakan cukup berhati-hati ketika menggunakan jig jenis ini. Orang kata, kalau tersangkut seekor.. seminggu tak lalu makan.. bukan kerana sedih tak dapat sotong tetapi sedih kerana kehilangan jig mahal. Selalunya ia digunakan di kawasan tiada atau kurang batu atau ketika sotong benar-benar sedang galak menyambar umpan


Salah satu kelebihan yang paling menarik perhatian Abe Din tentang jig ini ialah badannya disalut oleh kain yang hampir sebati dengan badan. Gam yang digunakan cukup kuat. Kelebihan ini menjadikan badan jig tidak terkoyak dan sukar dikotorkan oleh dakwat sotong.

Berikut disenaraikan beberapa kelebihan jig:
1-Bentuk yang paling menyerupai badan udang
2-Mampu menyimpan cahaya dalam tempoh paling lama
3-Renangan yang paling stabil
4-Sesuai bagi aras pertengahan dan atas air
5-Warna dan corak yang pelbagai dan menarik
6-Paling menarik perhatian sotong 
7-Mata kail panjang dan tajam 
8-Mata sukar tercabut
9-Sotong sukar terlepas
10-Ada mata jenis luminous
11-Kain digam kuat
12-Bulu tepi yang menarik
13-Mata tahan karat

Kelemahan jig yang dikesan:
1-Harga sangat mahal
2-Mata kail jig sedikit lembut
3-Mudah dikesan dan disambar oleh ikan

Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.
Abe Din

2 comments:

  1. td g kedai wahee ngail kt LKIM cendering nk cri jig yamashita,, ye kabo abih doh,,derah jer abih,,hehe..ke admin tau ad kedai2 lain yg jual jig molek2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lookman: Jig Yamashita sukar sikit nak dapat..selalunya cepat habis. Ambe biasa beli kat di Dungun dan Kemaman. Kalau di KT.. selalu ambe jumpe jenis Yamashita biase je...kedai Cina dekat istana... Untuk pengetahuan anda, bukan semua kedai pancing ada jual jig jenis ni sebab stok yang terhad dan harga yang sedikit mahal. Penduduk tempatan lebih suka beli yang murah. Kalau anda gi KL atau Selangor...borong bebanyak untuk stok.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing