Salam kunjungan buat semua pelawat dan pengikut sotonglaut. Semalam... ambe dan beberapa pencandat tegar sotong mabang telah berkunjung ke satu lokasi yang agak popular juga untuk menduga kehadiran sotong. Kami masuk ke lokasi pada pukul 10 malam dan pulang pukul 1 pagi.
Sotong yang ditawan menjelang pagi
Ketika sampai air sudah hampir memenuh. Bulan mengambang cukup cantik. Balingan awal disambut oleh beberapa sotong mabang bersaiz kecil dan seekor sotong jarum. Apabila air mula menyurut... bapak-bapak dan ibu ibu sotong mula rakus menarik candat. Beberapa sotong mabang bersaiz besar terlepas... mungkin mata candat yang sudah tumpul. Beberapa kali candat ditukar baru bagi menawan speseis lembut yang mula mengganas di bawah air. Dapat juga sekor dua sotong saiz "boleh tahan" sebagai pengubat duka pada malam tadi.
Kalau selalu macam ni... kan best
Semakin air surut... semakin besar sotong yang datang. Seketika awan mula datang menandakan hujan akan turun... kami terus mencandat sehingga kilat pula datang memberi amaran dan kami membuat keputusan untuk pulang. Kalau ikutkan hati memang tak nak balik lagi sebab sotong sudah mula galak. Apakan daya, kerana bimbangkan keselamatan... kami keluar dari lokasi mencandat menghala ke kenderaan masing-masing.
Sampai di kereta... kami membersihkan sotong lebih kurang... susun dan snap dua tiga gambar. Ambe berjaya menawan 14 ekor manakala seorang lagi rakan mendapat 6 ekor. Semua tangkapan menjelang pagi berjumlah 19 ekor sotong mabang dan seekor sotong jarum. Selepas hasil tangkapan di bahagi tiga... kami menuju ke kedai biasa untuk menghilangkan dahaga sebelum pulang ke rumah. Esok mungkin datang lagi kalau cuaca mengizinkan... hehe. Hingga berjumpa lagi. Abe Din.
power tol uhuhuh best lau camni..suka layan mabang tarik candat di darat berbanding di laut.
ReplyDeleteMohd Zulkifly b. Mohd Jalil
Camane eging di Kuantan... menjadi ke?
Deleteeging di Kuantan menjadi tp slalu kene serang dgn anak2 kumpulan mabang eheheheh abah2 n mak2 nya xsudi lg menjamah skadar ikut blakang candat pastu rempit ilang, gune candat 2.0-2.2 mmg ada ikut tp yg makannye anak2 mabang, sangat2 gangster anak2 mabang ni ekekekekek
DeleteinsyaAllah ptg ni nak cuba lagi..nnt akan disertakan skali gambar bentuk candat org sabah main eging di skitar pelabuhan gebeng.
Mohd Zulkifly B. Mohd Jalil
kt mne ni abe din?
ReplyDeleteRimau Akor
Telok kalong, Kijal.
DeleteAbg din .. Nak ikuttt
ReplyDeleteBoleh... takde masalah...
DeleteNi yg aku jadi geram nu
ReplyDeleteHhehe..hehe
DeleteWah, Ishmah pun hendak pula rasanya singgah ke tempat sotong-sotong tu..
ReplyDeleteJemput datang jika sudi...
DeleteArea saya tak masuk lagi sotong ngabam ni.. Saye selalu main kat tnb paka je..
ReplyDeleteSoffian: Kawasan TNB paka adalah kawasan terbuka. Susah nak menjerat sotong berbanding tempat lain. Cuba cari kawasan yang berstruktur. Ada rakan beritahu, sotong dah ada di kawasan TNB sejak bulan Mac lagi.
Delete