"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

30 May 2014

Candat Sabah

Salam pertemuan untuk semua pengunjung sotonglaut. Baru-baru ini, rakan sotonglaut dari Kuantan telah terjumpa beberapa orang dari Sabah yang sedang mencandat di kawasan pelabuhan Kuantan. Ambe minta bantuan beliau untuk mendapatkan sebanyak mungkin info untuk dikongsi bersama dengan pencandat melalui blog sotonglaut. Beberapa minggu kemudian, beliau berjumpa lagi dengan kumpulan orang sabah itu yang menurutnya mengambil upah mencari landak laut di kawasan berkenaan.

Candat buatan sendiri

Daripada maklumat yang diperolehi orang Sabah ni... buat candat sendiri. Mereka gulung tangsi pakai botol mineral je. Badan candat diperbuat daripada kayu pokok. Macam buat gewang ikan jugak le. Badan gewang dicat menggunakan cat minyak. Mata candat menggunakan manik. Tali tangsi saiz 12 dicucuk dan digam di bawah candat bagi meniru fungsi kaki udang.

Mata kail candat menggunakan candat lama atau diubahsuai dari mata pancing. Hanya 3 mata sahaja digunakan. Timah pemberat diubahsuai menggunakan timah yang digunakan pada tayar kereka. Candat hanya candat biasa dan tidak menyala.

"Made In Sabah"

Sudah beberapa kali beliau jumpa orang Sabah menggunakan candat buatan sendiri ni... tentu killer juga. Kalau tidak kenapa mereka masih setia menggunakan candat berkenaan. Maaf banyak-banyak... gambar candat yang diambil tidak begitu jelas... jika ambe jumpa orang sabah ni... ambe akan update gambar yang lebih jelas. Bak kata pepatah, "hendak seribu daya"... kita yang menggunakan candat mahal dan menyala, masih tidak mampu menawan sotong tetapi orang yang menggunakan peralatan yang sangat ala kadar sangat gigih dan mampu menjerat sotong di laut.

Ambe berharap, orang Malaysia sendiri akan lebih kreatif mencipta dan mengubahsuai candat yang ada agar lebih afektif dan berkesan. Jangan lupa berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Kalau tidak, ilmu yang korang ada hanya berlegar dalam diri korang jer... dan takde manfaat untuk orang lain. Semoga berjumpa lagi-Abe Din
 

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing