Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini ambe ingin menghuraikan tentang dua jenis spesies sotong yang cukup popular di Malaysia. Ramai lagi yang tidak begitu faham tentang spesies-spesies sotong ni... tahu makan je.. kihkih. Sotong yang ambe maksudkan ialah sotong torak dan sotong mabang. Semoga apa yang ambe kongsikan di sini akan menjadi maklumat berguna kepada korang semua.
Sotong yang selalu sangat diheboh-hebohkan di media massa ketika festival dan musim mencandat ialah sotong torak mengikut nama tempatan. Sotong ini berfizikal bulat dan panjang ... kadang-kadang boleh mencapai lebih daripada 30cm. Ketika tiba musim sotong... sotong inilah yang selalu diwar-warkan untuk diburu. Bagi mereka yang baru di dalam lapangan mencandat sotong ini.... mereka hanya mengenali sotong jenis ini. Kadang-kadang ketika mengikut trip-trip mencandat mereka hanya mencandat sotong-sotong yang bukan spesies torak sebaliknya hanya sotong daripada spesies jarum, cumi-cumi dan ketupat yang saiznya jauh lebih kecil daripada sotong torak.
Gambar sotong torak
Mencandat sotong torak lebih mencabar stamina dan emosi seseorang pencandat. Mereka terpaksa menaiki bot berjam-jam lamanya untuk tiba dilokasi mencandat. Mengharung ombak besar dan angin yang kuat. Ramai juga yang muntah dan mabuk. Kos bot bukannya murah... boleh mencecah seribu lebih bagi satu trip. Akibatnya ramai yang pulang dengan hampa dan penuh kefrustan. Ada juga yang bertaubat untuk ikut lagi... Pengalaman-pengalaman seperti ini akan meninggalkan kesan negatif di dalam diri pencandat-pencandat baru dan tentunya ia akan merugikan masa depan industri mencandat sotong.
Sotong mabang lebih gemuk dan gempal
Ada satu lagi spesies sotong yang bagi ambe cukup berpotensi bagi diperkenalkan kepada pencandat baru iaitu sotong mabang. Sotong spesies ini boleh dicandat di kawasan pantai dan tebing berbatu atau pulau. Ia juga boleh dicandat di kawasan unjam darat yang tidak begitu jauh dari pantai. Di Terengganu... sotong ini sebenarnya cukup popular bagi pencandat. Ambe jangkakan ia lebih popular dari sotong torak dan bilangan peminat atau pencandatnya juga lebih besar.
Sotong mabang mempunyai peminat rahsianya sendiri
Dari pemerhatian dan soaljawab tidak rasmi yang ambe pernah buat... ambe boleh simpulkan antara faktor sotong mabang menjadi pilihan pencandat ialah kerana faktor kemudahan dan kos. Untuk menjerat sotong spesies ini sangat mudah. Bagi pencandat yang tinggal berhampiran pantai, boleh menjerat sotong ini di belakang rumah sahaja, tepi resort, tepi batu tambak atau pulau. Cuma kita kena belajar dan tahu lokasi-lokasi kegemaran spesies ini... maka mudah untuk kita menjeratnya. Kos tidak terlalu tinggi... naik kereta atau motosikal buruk untuk ke lokasi sudah memadai. Berbekalkan beberapa ketul candat atau jig dengan air mineral penghilang dahaga... kita sudah boleh melepaskan gian mencandat sotong. Kalau bernasib baik... lokasi yang ambe sebutkan tadi akan dihuni juga oleh sotong jarum, katak dan torak. Heheh... memang best, releks dan santai. Amacam... nak cuba?
Tengoklah.... nanti kalau ada masa, ambe akan membuat analisis perbandingan antara dua spesies sotong ini secara ringkas bagi memudahkan pemahaman korang semua. Semoga berjumpa lagi. Bye... Abe Din.
No comments:
Post a Comment