Salam kepada semua pelawat. Baru-baru ini, ambe telah mengikuti trip sulung mencandat sotong mabang di kawasan pulau. Rindu juga lama tak ke sana. Post kedua ini, ambe nak berkongsi gambar-gambar yang diambil peserta trip pertama di sekitar Pulau Ular, Cherating.
Ini merupakan kali pertama ambe menjejakkan kaki ke Pulau Ular bagi sesi 2014. Selalu tengok dari jauh je... semasa lalu jalan Kuala Terengganu-Kuantan. Nak pergi... cuaca tidak mengizinkan. Sebenarnya ambe memang tak sabar nak ke sana. Bila ada peluang, kesibukan kerja pun tidak mengganggu, ambe terus mengatur trip sulung.
Masa mula menjejak kaki ke pulau... rasa sangat seronok. Pulau masih indah tersergam seperti dulu. Airnya cukup jernih... cuma ada sedikit perbezaan dari segi kepadatan pokok pulau. Musim panas menyebabkan daun-daun pokok layu dan luruh. Sekali tengok daun-daun yang masih tinggal seakan-akan tidak bermaya. Keadaan ini menyebabkan pandangan ke bahagian atas pulau seakan-akan kekurangan pohon kayu. Walaupun begitu keseluruhan pulau masih cantik dan setia menunggu kehadiran pelawat-pelawat.
Di sini ambe selitkan sekali gambar terbaru Pulau Ular untuk tatapan korang semua. Gambar ni bukan ambe yang ambik... kawan amik. Hingga berjumpa lagi... semoga korang semua juga akan sampai ke sini suatu hari nanti-Abe Din
Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan
Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan
Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan
Pandangan dari bahagian atas pulau-Hadapan
Pandangan dari bahagian atas pulau-Belakang
Gambo sotong takde ke..
ReplyDeleteAda boss... kat post lain. kihkih
Delete