Selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. Apa khabar semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Sekali lagi datang menjenguk ke dapur Abe Din di sotonglaut. Macam biase... kalau datang dapur tu adalah resipi yang nak dikongsi dengan korang sume.
Kebetulan pula di bulan yang mulia ini, aku nak share satu resipi yang aku tembak jer boh nama dia "Sotong Goreng Spesiel". Haa.. tu le nama die. Kat mane spesiel die aku pun tak tau. Apa yang aku tau resepi ni sedap dan boleh membuat orang yang makan jadi kenyang. tu le keistimewaannya.
Untuk promosi... hehe, aku letak gambar hasil kreativiti aku mula-mula sekali. Jangan telan air liur banyak sangat... bulan puasa ni. Nanti lepas belajar resipi... korang gi buat. Untuk memasak resipi ni, fisrt sekali korang kena ada perkakas untuk memasak. Kalau takde gi beli.. Pastu korang gi pasar cari sotong segar. Aku cadangkan sotong mabang, ketupat atau torak. Paling sedap aku rasa sotong torak. Untuk resipi kali ini aku guna sotong mabang... sebab spesies ni ada banyak dalam peti ais rumah aku.
Dipersembahkan karya terkini, Sotong Goreng Spesiel
Haa .. kat bawah tu adalah gambar sotong yang aku rakam masa aku gi bazar ramadhan kat area rumah aku baru-baru ni. Sambil cari kuih untuk juadah berbuka puasa sempat lagi aku snap gambar spesies ni. Rasa macam nak beli... tapi sotong dalam peti ais rumah aku ada berlambak. Saje je letak gambar ni... untuk mereka yang tak pernah tengok sotong... tau makan je. Leh tengok puas-puas.
Gambar atas: Sotong ketupat, Torak, Mabang
Cari hok segar sekali... baru best
Lepas korang pilih sotong yang sesuai, bawak balik. Jangan tinggal kat pasar pulak. Besihkan betul-betul, dilarang guna sabun. Korang boleh buang kulit, kalau korang tak suka kulit dia. Cara dia... tarik dengan tangan dan jari korang. Kalau korang dapat sotong yang penuh telur dalam perut die... memang korang macam dapat bonus raye le... Hello bro...telur sotong memang sedap.... tau tak. Apa? tak pernah makan?. Ishh... sob..sob, tahun bile le korang mula idup kat dunia ni.
Pastu.. pastu, korang kelar sotong dengan pisau tajam. jangan bagi putus. Tulang jangan buang. Biaq kat tempat asal die. Hello bro, kalau sotong katak... kena buang tulang tu. Kapur tu, boleh kena keracunan makanan. Nanti takleh raya baru padan muka.
Sotong dipanggang terlebih dahulu
Kalau korang cancel nak buat sotong goreng..
korang boleh makan terus sotong panggang ni...
Sedap gak. Dedulu, aku pernah test sekali.
Haa... nampak kat atas tu. Sotong yang aku potong, aku panggang dulu dalam kuali khas. Saje nak bagitau aku baru beli kuali tu. Tu yang spesielnya sotong goreng nih. Korang boleh salut dengan kunyit atau serbuk lada hitam untuk menambahkan aromanya. Letak garam sikit. Kalau ada darah tinggi, jangan letak garam. Korang jangan panggang sampai kering... separuh masak je dah cukup. Lepas dah cukup masak... jangan tunggu sejuk, korang terus golek-golek dalam telur... pastu golek pulak dalam tepung goreng. Ikut le tepung apa yang korang nak gune. Kat kedai berlambak... macam-macam ada. Nak pedas.. letak serbuk cili sikit.
Celup dalam telur... guling dalam tepung
Untuk golek dalam tepung korang jangan tunggu sotong sejuk. Kalau beliau sejuk... beliau akan mengecut dan daya serapan daging beliau terhadap tepung menjadi kurang. Dah siap golek dalam tepung... terus korang goreng dalam minyak panas. Korang agak-agak le bile masa yang sesuai untuk angkat. Jangan lama sangat... kalau digoreng terlalu lama, sotong akan jadi keras dan peratus kesedapannya semakin hilang.
Goreng ketika minyak cukup panas
Korang kenal tak gambar kat bawah tu... betul keladi. Hampeh, keladi apenye. Tu daun kari dengan buah tomato. Daun kari perlu digoreng bersama-sama dengan sotong. Daun kari yang garing menunjukkan masa maksimum untuk menggoreng sotong... korang kena angkat sebelum daun kari menjadi terlalu garing.
Selepas sotong masak... angkat dan tos minyak. Guna le penapis atau tisu. Ambil buah tomato... potong ikut suka ati korang. Pastu... letak celah-celah sotong.. bukan apa, nak bagi lebih menarik. Kadang-kadang makanan kita dok sedap mana.... tapi bile dihias cantik, jadi sedap. Tambahan pula di bulan puasa ni.. semua nampak sedap.
Potong tomato ikut suka anda sebagai hiasan
Daun kari... bau die.. pergghh.
Rasa macam dok kedai mamak je..
Itu sajelah resepi aku untuk kali ini. Mana gambar final die.. Opss ilang. Korang kena skroll kat atas tengok balik gambo hok mula-mula tadi. Haa... tu le hasil final die. Semoga korang pakat-pakat cuba. Sebelum aku blah... Selamat berpuasa untuk semua dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Ikhlas dari aku yang takleh nak balik raya kat kampung mak aku. Hati-hati semasa memandu dan jumpa lagi lepas raye nanti. Oppss. satu lagi jangan main mercun... bahaye. Bye.
Abe Din
pergghh terliuq :)
ReplyDeleteAnne Raihan: Apa khabaq. Selamat berpuasa.
Deletesedapnya sotong goreng celup tepung.. kegemaran aiza tu.. :D
ReplyDeleteMizz Aiza: Selamat berpusa Mizz. Selamat menyambut Aidil Fitri juga. Thanks datang melawat ke sini.
Deletesotong goreng tepung sedap....
ReplyDeleteselamat hari raya...
Selamat Hari Raya Kak. Semoga bahagian selalu.
Deletesedapnyaa, masak atas kapal sekali bro.
ReplyDeletedone follow , follow back ya
blackisswhite.blogspot.com
Syuk: Thanks, Abe Din akan follow back secepat mungkin.
Deletewah klo di goreng gitu kandungan gizinya gimana mas?
ReplyDeleteklo dibuat sushi gimana ya
Muslimedica: Sotong besar tidak sesuai dibuat sushi... dagingnya keras. Untuk mengurangkan kehilangan gizi... jangan masak terlalu lama.
Deleteerm sedap!
ReplyDeletesalam ramadhan & selamat hari raya :)
Salam ramadhan dan selamat menyambut lebaran untuk Cik Ita.
DeleteSalam Aidil Fitri juga untuk Cik Misya. Thanks datang jenguk Abe Din..
ReplyDeletesalam lebaran tuan..sy pun minat eging ni..raya ke-6 ni seminggu duk dungun..agak2 leh byk jenjalan tak..terbaik..
ReplyDeleteShahrul: Salam lebaran untuk tuan juga... saya malam ni dah start tinjau lokasi. Lepas buka puasa syawal. kihkih.
Deletebest la blog ini..biasa jumpa blog pancing ikan je...
ReplyDeleteTerima kasih di atas sokongan anda..
Delete