"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

31 August 2013

Sejarah EGI


Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut.blogspot.com/. Pada kali ini, aku nak story sikit  dan share dengan korang berkaitan dengan sejarah penciptaan EGI. Pada umumnya EGI merujuk kepada umpan tiruan yang dicipta dan digunakan oleh nelayan tradisional Jepun. Umpan ini dicipta dengan meniru gaya ikan dan udang bagi memikat sotong. Pada tafsiran yang lebih luas, EGI juga merujuk kepada gaya permainan sotong yang meliputi teknik-teknik tertentu dan dimainkan di perairan negara Jepun.

Dari rujukan yang aku perolehi, dikatakan bahawa jig sotong pertama telah mula dicipta sekitar 300 hingga 400 tahun yang lalu. Sekali imbas penciptaan jig pertama ini masih kekal utuh dari segi rupa bentuknya. Ia menjadi asas utama kepada penciptaan jig-jig sotong pada zaman moden.

 
Mengikut sejarahnya.. kalau korang nak tahu le.., jig sotong terawal telah dicipta oleh seorang pemuda yang telah melihat kawanan sotong di sebuah pelabuhan di Jepun. Beliau berfikir cara yang lebih baik untuk menangkap sotong-sotong berkenaan. Dari pemerhatiannya, beliau dapati sotong kerap menjadi mangsa ikan kerana pergerakannya yang perlahan dan kerap berhenti-henti ketika berenang. Selepas melakukan berapa rekaan jig dan membuat beberapa percubaan.. maka terciptalah umpan tiruan ini yang dinamakan EGI.

EGI awal dicipta menggunakan kayu maple hanyut dan duit syiling digunakan sebagai pemberat. Pada ketika itu kain atau balutan jig masih belum digunakan. Seiring dengan perubahan masa, ukiran tangan dan haba digunakan bagi melakar tulisan dan warna berbeza pada badan jig. Bulu kuda digunakan untuk meniru kaki udang manakala bulu burung digunakan untuk meniru sirip ikan dan bertujuan melambatkan jig tenggelam. Seterusnya siri dawai halus dan mata kail telah diletak di belakang EGI dan evolusi ini telah memangkin kepada penciptaan jig (EGI) moden pada masa kini.


Pada masa dahulu, jig-jig kayu tradisional ini telah digunakan secara meluas oleh nelayan-nelayan tempatan Jepun di Satsuma, Wilayah Kagoshima. Setiap jig yang digunakan pada ketika ini mengambarkan kekayaan hasil seni penduduk Jepun pada ketika itu. Rata-rata jig yang dihasilkan bersaiz 16 cm panjang atau lebih kurang 6.29 inci. 


Sekarang, jig-jig moden telah dihasilkan menggunakan badan-badan polikarbonat. Pelbagai warna foil dan kain balutan yang lengkap dicipta dengan pemberat plumbum atau timah bagi menambahkan keseimbangan dan kesempurnaan pada jig moden. Hingga kini, rekabentuk asas dan fungsinya masih tidak berubah. Penggunaan EGI sotong yang berasal dari negara asalnya Jepun bagi tujuan menangkap sotong juga dikenali dengan panggilan egingu

Potensi jig-jig dari negara matahari terbit ini dalam menjerat sotong memang tidak boleh dinafikan. Sehingga kini, jig-jig Jepun ini telahpun memasuki pasaran global. Jig Jepun ini  mudah dibeli di negara kita dan di negara-negara seperti Australia dan Eropah. Apa yang menjadi kebimbangan pada ketika ini, ialah kehadiran jig-jig tiruan buatan China yang banyak ditemui di pasaran. Moga-moga EGI Jepun ini akan terus kekal mewarnai dunia pancingan sotong di negara kita. Sekian... jumpa lagi.
Abe Din.

6 comments:

  1. lame x dengar cite boss...-meji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meji: Ada sini boh... dok gi mana2... sejak akhir2 ni sibuk sikit. Nak update blog pun tak sempat.

      Delete
  2. g la mencandat..mabang dengan torak kasor tengah ade main....-meji

    ReplyDelete
  3. baham parok2 buat stok lauk musim bulan 12.ujung2 musim dh ni..-meji

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing