"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

17 December 2011

Teknik PELUK

Bertemu lagi di ruang lembut, sotonglaut.blogspot.
Di kesempatan ini, aku hendak bercerita tentang satu lagi teknik memancing sotong yang aku namakan sebagai teknik PELUK. Hujan-hujan macam ni... tajuk pun pelik-pelik. Korang jangan pikir bukan-bukan dah le...aku bukan nak ajar korang cara-cara nak berpeluk... aku pun tak berapa reti....aku nak share teknik candat sotong je. 

Sume teknik yang aku bagi kat blog ini akan berguna pada kaki-kaki candat sebaik sahaja musim sotong tiba tahun depan. Bagi korang yang tidak minat mancing... jangan risau, anggaplah apa yang korang baca di sini sebagai santapan minda yang santai. Mungkin korang dah ikut post-post aku sebelum ini... telah banyak kali aku bagi clue tentang teknik ini. Aku selalu sebut sebagai teknik TARIK-LEPAS-TARIK atau mudah sebut Teknik PELUK candat. Cara mencandat lebih kurang sama... cuma pencandat perlu lebih peka dan berhati-hati.

Dulu aku pernah bagitau kat sini... sotong kadang-kadang tidak begitu berminat untuk mengejar dan memegang candat. Kadang-kadang.. sotong akan mengejar, sentuh sikit dan terus lari. Tentunya perangai tak senonoh ini akan merugikan pencandat yang baik hati. 

Ada sesetengah sotong (aku tengok sendiri masa air laut jernih) langsung tak peduli candat. Buat tak tau je... masa aku baling candat lalu depan dia, buat muka selamber je... abih-abih dia berganjak sedikit dan buat muka bodo semula. Rasa macam nak turun selam, tangkap dengan tangan dan sekeh sekali. Geram jugak aku... Haa, kalau korang jumpa gang sotong perangai jahat macam ni...jangan aplikasi teknik yang aku ajar ni... sah dok berkesan.



Korang tengok gambar kat atas tu... satu je tangan kena. Kalau pencandat atau sotong itu sendiri terbersin... memang terlepas le jawabnya. Mudah citer... teknik yang aku nak kabo kat korang ini sangat sesuai digunakan jika sotong berperangai macam kat atas tu. Sotong yang suka cuit-cuit juga boleh diajar menggunakan teknik ini. Paling best jika mata jig korang jenis yang tajam giler.... kalau tak tajam, korang asah le. Nak suruh aku ajar juga ke...sekeh kang. Bukan korang... sotong tu.. kih..



Intai pula gambar kat atas nu. Cukup rakus sotong memuluk kemas jig yang dihulurkan..itulah teknik PELUK. Nak bagi jadi camni... korang kena aplikasikan proses TARIK-LEPAS-TARIK. Teknik ni aku belajar dari pengalaman...kadang-kadang 100% berkesan tetapi bukan pada semua keadaan. Jika tak berkesan jangan marah aku... korang cuba teknik lain pula. Banyak teknik yang boleh dicuba. Ini hanya satu jer..

Untuk menggunakan teknik ini, korang perlu tarik jig atau karau pancing dengan lembut dan berhati-hati. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengesan sebarang tarikan yang berlaku. Pencandat profesional boleh menganggar saiz sotong hanya dengan merasa salam pertama sotong ini. Kemahiran ini mudah dikuasai jika peralatan, tali, dan jig yang digunakan adalah sesuai.



Cer tengok gambar kat atas... asyiknya sotong memeluk jig hingga tinggal separuh. Kalau jadi macam ini, peluang untuk sotong melepaskan diri adalah tersangat-sangat tipis kecuali kalau korang sesaje lepaskan beliau. kih.. Kalau dah kecik sangat lepas le... sian dia. Nanti bila dah besar, korang candat le balik.

Aku nak sambung citer tentang teknik tadi... Sebaik sahaja korang rasa jig korang dipegang sotong, terus korang tarik sekali dan lepas semula dalam beberapa saat (jangan terlalu lama) lebih kurang dalam kiraan tiga. Cara terbaik untuk korang melepaskan candat ialah dengan mengendurkan joran ke bawah dan tarikan kedua adalah bertujuan menaikkan sotong ke atas.

Secara kebiasaanya apabila sotong mula memegang jig, pencandat akan menahan joran dan mengarau pancing tanpa berlaku pengenduran tali utama. Pencandat juga tidak pasti bahagian mana yang terkena mata candat samada jejari primer atau sekunder. Pencandat hanya mengetahui apabila sotong sudah berada di permukaan air. Ini akan menimbulkan rasa cemas dan bimbang sotong terlepas. 

KETERANGAN TEKNIK:
Sebaik sahaja sotong memegang candat. Henjut jig sekali. Jika joran keras buat henjutan sederhana. Henjutan keras boleh dilakukan jika joran anda jenis lembut. Tujuan henjutan adalah untuk memastikan mata jig tersangkut pada jejari primer sotong kerana sotong memulakan tangkapan menggunakan jari utamanya.

Merendahkan jorang bertujuan agar sotong menarik jig merapati jejari sekunder dan bahagian mulut. Perubahan jig dari jejari primer ke sekunder mengambil masa beberapa saat sahaja. Tarikan kedua adalah dengan andaian mata jig sudah berada di kawasan jejari sekunder yang lebih banyak atau di kawasan pangkalnya iaitu mulut. Selalunyanya pada peringkat ini semua jejari sotong sedang memeluk kemas jig udang. Tarikan kali kedua akan menyebabkan lebih banyak jejari sotong yang akan mengenai mata jig udang. Ini bermaksud risiko untuk sotong melepaskan diri adalah sangat rendah. 

Sekali lagi aku nak kabo.. teknik ini tidak semestinya berkesan di dalam semua keadaan. Jika sotong dalam keadaaan menggila atau 'galak' tentunya tiada masalah kerana hampir kesemua sotong cukup rakus menerpa dan memeluk erat jig. Perlu diingat kita perlu banyak bersabor ketika belajar dan mengaplikasi sesuatu teknik. Niat perlu baik agar rezeki yang kita perolehi akan berkat. Seperti biasa, jangan lupa kongsi dengan orang lain samada teknik atau rezeki... jangan kedekut.
Jumpa lagi.. si lembut.

10 comments:

  1. keren juga mas sayang saya ga punya pancingan !

    ReplyDelete
  2. best2..tp ni boleh dijadikan bahan bacaan je la..sy tak minat ke arah2 ni..mengagumi ciptaan Allah dengan akal yang dikurniakan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Megi Tristisan: Pancingan tidak penting... yang paling penting, minat. Kalu minat ditanggung beres semuanya.

    Ckin Kembanq: !10Q Ckin.. ada juga awek yg sudi datang blog sotong ni...kih.

    ReplyDelete
  4. mama tunz pilih blog ini!!

    http://tunzhotspot.blogspot.com/2011/12/segmen-5-blog-lelaki-pilihan-saya.html

    ReplyDelete
  5. Mama tunz: Ada gak orang berkenan kat blog buruk aku ni. Syahdunya rase.. nak nangis pun ada...10Q mama.

    ReplyDelete
  6. ngada2 lah Abe Din ni....blog ni kan lain drp yg lain..anak lelaki saya umu 12 minat sgt lah memancing..tpi diani jenis x sabar......

    ReplyDelete
  7. ohh paling suka makan sotong nih, buat masak merah sotong!tapi bab candat mencandat sotong ni, saya tak tahu...:)

    ReplyDelete
  8. tunz: Jangan takut..lama nanti ok le2 sbb memancing boleh melatih seseorang jadi sabar.

    Teratai: Tak tahu candat xpe.. sekurang-kurangnya ada juga kebolehan iaitu makan..kihkih

    ReplyDelete
  9. usyaaaaa sotong nak wat makan*alamak xboleh makan.alah makanan laut pulok-,-' HIHI apapon mmng berpgalaman betoi ya.mestii besttt*tetiba teringin gak nak bljar mmncing suatu ari nanti^-^

    ReplyDelete
  10. RaRa:Sian alah makanan laut. RaRa makan lauk apa ye? kihkih..saje je gurau. Semoga RaRa akan jadi pemancing yang sabar..

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing