Selamat datang dan selamat tahun baru 2012 kepada semua pengunjung dan pelawat blog sotonglaut. Pada kali ini, ambo akan bercerita tentang satu lagi spesies sotong yang dikenali sebagai sotong rasaksa (Giant Squid) dengan genus saintifiknya Architeuthis. Lebih dikenali oleh saintis sebagai Architeuthis dux.
Pada 30 September 2004, pengkaji dari National Science Museum of Japan dan Ogasawara Whale Watching Association telah berjaya merakam imej pertama sotong ini di habitat semulajdinya. Pada 4 Disember 2006, kumpulan yang sama juga telah berjaya memfilemkan kehidupan spesies ini.
Kematangan seks spesies ini adalah dalam jangka masa lebih kurang 3 tahun. Sotong betina menghasilkan telur yang banyak iaitu hampir 5kg (11lb). Sotong ini banyak ditemui di lautan Atlantik, Pasifik merangkumi Norway, Sepanyol, Jepun, New Zealand dan Australia.
Gambar-gambar sotong rasaksa.
Mungkin bukan semua adalah spesies
yang dibincangkan. Apa yang perlu kita tahu,
spesies ini memang wujud di laut dalam.
Bagi anda yang mempunyai pengetahuan tentang penamaan spesies, ambo sertakan sekali penamaan di bawah sebagai rujukan. Spesies ini dari segi kumpulan penamaannya adalah berbeza dengan spesies sotong Humbolt. Jelas di sini, sotong Humbolt yang saiznya pun memang besar adalah dari kumpulan spesies sotong yang berbeza
Penamaan Saintifik
Kingdom
:Animalia
Phylum : Molussca
Class : Cephalopoda
Order : Teuthida
Family : Architeuthidae
Genus : Architeuthis
Family : Architeuthidae
Genus : Architeuthis
Spesies :
- Architeuthis dux, "Atlantic Giant Squid"
- Architeuthis hartingii
- Architeuthis japonica
- Architeuthis kirkii
- Architeuthis martensi, "North Pacific Giant Squid"
- Architeuthis physeteris
- Architeuthis sanctipauli, "Southern Giant Squid"
- Architeuthis stockii
Seorang Pengkaji dari zoo Jepun
bersama sotong yang berjaya ditangkap
Gambar sotong rasaksa yang pertama
kali diambil dan difilemkan di perairan Jepun
Sekian untuk kali ini
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment