"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

01 July 2011

Tinjauan Lokasi 2B

Salam untuk semua.
Kita masih lagi berceloteh tentang tinjauan lokasi di Kuala Abang, Dungun. Dalam tinjauan baru-baru ini, sempat pula merakamkan keunikan yang terdapat di pantai ini. Walaupun kawasan pantai ini lebih kecil daripada saiz padang bola sepak tetapi ia menyimpan sesuatu yang menarik untuk diperhatikan dan dikongsi.

Struktur pantai yang terjadi di sini adalah hasil daripada hakisan air laut dan juga angin. Kewujudan kawasan lembut batuan menyebabkan pembentukan struktur batuan yang cantik dan menarik. Tambahan pula beberapa spesies tumbuhan masih mampu bertahan hidup di kawasan batuan ini walaupun persekitarannya nampak menyukarkan.

Sekali lihat macam mengkuang. Buahnya cantik.


Tumbuh subur menganjur ke laut


Batuan unik yang ditumbuhi pokok ru.


Batuan hasil ukiran ombak dan angin.


Baru dapat.. bukan di sini.. tempat lain.

Kadang-kadang terfikir juga, berbaloikah usaha ini... berjalan jauh hanya untuk mempromosi si lembut. Biar orang tahu tentang sotong, biar mereka belajar ilmu mencandat sotong. Biar mereka menjadi penyumbang dan bukan semata-mata pengguna. Bodohkah aku..

Tidak ramai yang sedar.. rupa-rupanya aku semakin dekat dengan-Nya. Semakin jauh aku berjalan, semakin banyak pintu yang terbuka. Moga-moga jalan aku terus lurus dalam mencari dan mengenal-Nya.
Abe Din

4 comments:

  1. Jom gi tinjau pelabuhan Quantam skali.. ari tu nampak cam menarik jer...

    ReplyDelete
  2. Tidak nmapk ada kebodohan disitu Abe Din..semua perkara yg baik kita lakukan walaupon hanya ingin meceritakan ttg siLembut..agar kita sama2 dapt info yg bagus ....

    ReplyDelete
  3. hehehe..keren bro, foto pandanus dan batu2 karang, lokasi 2b itu apa bro ?

    ReplyDelete
  4. suhaimimd:Bila nak gi?
    Eye_ee:Thanks

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing