"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

01 July 2011

Tinjauan Lokasi 2

Apa khabar pengunjung semua. Moga sentiasa ceria.
Pada kali ini, Abe Din akan membawa anda melawat salah satu lokasi mencandat sotong mabang atau mengabang di Terengganu. Lokasi yang dimaksudkan terletak di daerah Dungun bersebelahan jalan utama Dungun-Kuala Terengganu berdekatan dengan Kuala Abang.

Pada cuti yang lepas, sempat Abe Din merayau-rayau di daerah Dungun mencari candat barang seekor dua. Lokasi ini diketahui dari seorang pekedai pancing bangsa Cina yang tidak lokek berkongsi maklumat berkaitan pancingan sotong. Terletak bersebelahan kawasan rehat Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Lupa pula nak tanya nama kampung berkenaan.

Keadaan laut yang bergelora

Sebaik tiba di lokasi, air laut di kawasan berkenaan agak bergelora. Keadaan ini tidak sesuai untuk aktiviti mencandat sotong mabang. Langsung tidak kelihatan kelibat pencandat mabang di sini.

Papan tanda SMK (Agama) Kuala Abang berdekatan lokasi


Lokasi candat mabang dari pandanga atas


Ombak yang menghakis pantai
 

Batuan keras yang kelihatan di tepi pantai

Daripada maklumat yang diperolehi, kawasan pantai ini juga mempunyai kawasan berbatu yang ditenggelami air laut. Ketika air tenang, sotong mengabang akan datang bermain di sekitar batuan yang tenggelam agak jauh sedikit dari pantai. Pencandat di sini mencandat dengan cara mengharung air sehingga ke paras dada. Dengan cara mengharung air sebegini, pencandat dapat membaling candat jauh ke tengah. 

Selalunya candat berat bersaiz antara 2.5 hingga 3.0 digunakan bagi melawan tolakan angin ketika balingan dilakukan. Candat yang berat juga akan mempercepatkan ia sampai ke dasar pantai. Ketika musim kemuncak, sotong akan menghampiri kawasan tepi pantai terutamanya ketika waktu malam. Jika bernasib baik anda mampu mendapatkan sotong tanpa perlu mengharung air laut.

Abe Din tidak bernasib baik merakam gelagat dan aksi pencandat sotong mabang di sini. Jika ada masa terluang, aksi yang dinanti akan dirakam dan dimuatkan di sini.
Abe Din.

5 comments:

  1. Ni pantai Batu Pelanduk... best kalu mancing kurai & ebek sini...

    ReplyDelete
  2. Min: Thanks atas info. Camana buleh dapat nama cam tu.. ada story ke?

    ReplyDelete
  3. blan 7ni try gi airport kat tok jembal.seb takir,dinun benteng mnghdp laut,,,

    ReplyDelete
  4. Anonymaous: Ada juga dengar cerita tntg lokasi airport tu... Sotong besar2. Nanti balik kampung... nak singgah.

    ReplyDelete
  5. singgah jgn tak singgah abe din,leh mkn sotong celup tepung kt pntai mengabang telipot..

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing