Salam kunjungan untuk semua pelawat. Pada post kali ini, ambe nak bagitau tips untuk mengubahsuai mata jig. Pada post terdahulu... ambe pernah cerita tentang jenis-jenis mata jig yang terdapat di pasaran. Mata jig jenis "V' adalah anatara mata jig yang paling kuat dan berkesan untuk memerangkap mangsa bersaiz besar. Mata jenis ini agar sukar diperolehi. Hanya beberapa syarikat pengeluar jig sahaja yang menggunakan mata jig jenis"V". Selalunya jig yang menggunakan mata jenis ini agak mahal daripada jig biasa.
Mata jig Yamashita yang belum diubahsuai
Walaupun begitu, kita perlu kreatif untuk mengubahsuai mata jig biasa kepada mata jig yang berkesan bagi tujuan memerangkap mangsa bersaiz besar. Kali ini ambe menggunakan jig Yamashita egi sutte atau biasa ambe gelar sebagai "killer 2014".
Sebelum korang ubahsuai mata jig... korang perlu sediakan playar muncung tirus supaya kerja membengkok mata jig menjadi lebih mudah. Jangan guna tangan... bahaya boh!. Keluarkan sedikit mata jig menggunakan playar muncung tirus secara beselang seli dari kiri ke kanan serta berselang seli atas dan bawah. (Rujuk gambar di bawah).
Ujian lapangan menunjukkan... penggunaan mata jig yang diubahsuai sebegini mampu menjerat mangsa bersaiz besar dan peratus sotong terlepas sangat rendah. Perlu diingat jangan muka mata jig terlalu luas kerana ia akan melemahkan kekuatan mata jig berkenaan.
Mata jig yang telah diubahsuai
Ambe syorkan agar ubahsuai menggunakan jig Yamashita kerana mata jignya dibina daripada logam yang lebih besar dan keras. Selamat mencuba dan selamat mencandat-Abe Din
No comments:
Post a Comment