"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

22 August 2014

Panggilan Pulau 2014

PANGGILAN PULAU 2014


Trip terdekat akan diadakan di Pulau Ular pada penghujung Ogos. Bagi pemancing yang berminat untuk menyertai sila hubungi Abe Din melalui Email: colourless_orchid@yahoo.com Atau facebook: Sotonglaut Abe Din. Sila sahkan penyertaan anda secepat mungkin. Penyertaan dialu-alukan bagi peserta yang mahir atau baru nak belajar. Kos pengangkutan (bot) : RM30 seorang. Makan disediakan sendiri oleh peserta. Khemah pun bawa sendiri... hehe.

Tempoh Trip bermula pada petang jumaat hingga pagi sabtu. Tarikh sebenar trip akan dimaklumkan kemudian. Trip ini adalah trip paling terkini selepas raya dan akan disusuli dengan trip-trip yang berikutnya. 

Syarat penyertaan:
1-Kena ada peralatan memancing
2-Baik hati dan bertanggungjawab
3-Boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan lain
4-Niat ikut trip mesti niat yang baik
5-Kalau tak dapat sotong... jangan mengamuk. Hehe
6-Keselamatan adalah tanggungjawab individu dan semua peserta trip.

Bagi pemancing baru... Abe Din akan tunjuk ajar cara mencandat melalui daratan. Maklumat perjalanan, peralatan akan dimaklumkan melalui Email. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita.

Cepat sahkan kehadiran anda. Tempat terhad.
Salam perkenalan dari Abe Din.
Selamat mencandat.

4 comments:

  1. Huh, kalaulah saya dok dekat ngan Abe Din... mesti saya ikut. Saya pun takde pengalaman memancing sotong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ada hajat... insyaAllah satu hari kita akan mencandat bersama.

      Delete
  2. Syarat mcm dah cukup.. Tapi syarat no 7 tak lepas.. sihat fizikal dan mental..

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing