"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

04 October 2013

Salam Dari Kuantan

Selamat berkunjung kepada semua pengunjung dan pelawat. Pada post kali ini, aku nak perkenalkan kepada korang sume dengan seorang lagi sahabat baru sotonglaut. Sahabat yang aku maksudkan itu ialah Mohd Zulkifly dari Kuantan, Pahang.

E_mail, aku terima pada 5.57PM, 24 September 2013 bersamaan hari selasa. Beliau boleh dikatakan kerap juga mencandat dan mengewang sotong sekitar Benteng Pemecah Ombak Gebeng, Pantai Pelindung Beserah dan teluk Tongkang Pelindung. Beliau juga menyertakan dua keping gambar digital untuk tatapan korang sume.

 Mohd Zulkifly dari Kuantan

Jika korang berminat untuk menghubungi beliau, bolehlah menghantar e-mail menggunakan alamat bigbug_yn@yahoo.com. bukan apa.... kalau korang tersesat ke Kuantan boleh juga le ajak Zul melawat dan mencuba lokasi terbaik di sana. Orang kata sotong pemecah ombak kat sana... memang power giler. Bila lagi korang nak test..

 Mabang yang berjaya beliau candat

Bagi korang yang masih belum hantar gambar korang bersama sotong ... bile lagi nak hantar. Kongsi-kongsi le dengan orang lain. Jangan kedekut sangat pengalaman tu.... kalau ada story berkaitan sotong pun ok gak. Blog buruk aku ni... tanpa segan silu akan publish pengalaman korang dengan syarat ia bersesuaian dengan tema blog sotonglaut.

Salam perkenalan bagi pelawat yang baru tiba ke sini. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.
Abe Din.

8 comments:

  1. Salam,
    terima kasih byk2 abg.din krn sudi utk paparkan perkongsian hobi ini kpd yg lain2, ribuan terima kasih skali lg..
    minggu ni hari jumaat - ahad ada di Dungun, setiap lepas subuh atau mlm kul 9keatas biasa eging di pantai teluk bidara, kdg2 di blakang resort tanjung jara.
    Mohd Zulkifly B, Mohd Jalil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd Zulkifly: Sama-sama le kita promosikan hobi ni kat orang yang masih tak tau lagi tentang kehebatan eging sotong ni. Semoga akan lahir ramai lagi bakat baru dalam bidang ni.InsyaAllah.

      Delete
  2. itulah harapannya insyaAllah...eging sotong ni bila dah kena "karen"nya, peergghhhhhhh tiada kata2 yg dpt digambarkan uhuhu
    moga terus maju blog ini dgn perkongsian ilmu,amen insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah... saya perlukan sokongan dari semua untuk memperkenalkan hobi ini kepada umum. Semoga ada lagi yang sudi membantu dan berkongsi..

      Delete
  3. Terbaik bro. Susah jugak nak mencari kenalan yang suka eging ni. Nak cari spot bukan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita memajukan sukan ini ..Semoga hasrat saya mendapat sokongan semua..

      Delete
  4. Terbaik! meh lawat blog Tedi untuk tengok sotong gergasi. Serius besar, mata je besar bola... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesies Architeuthis Dux pernah Abe Din paparkan pada post yang lepas. Jika rajin boleh xplore post terdahulu untuk membaca pelbagai lagi spesies sotong gergasi yang pernah ditemui manusia. Terima kasih Tedi di atas perkongsian anda.

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing