"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 June 2013

Trip Pemanas Badan

Salam untuk semua. Satu trip yang tidak dirancang telah diadakan di Kijal, Kemaman pada 14 Jun (Jumaat). Sebanyak 9 ekor sotong mabang berjaya dinaikkan. Salah seekor daripadanya bersaiz bapak dan cukup kuat melawan.

Keadaan arus sedikit bergelora. Air laut pada ketika itu jernih..... dan keruh ketika air pasang. Candat Yamashita berwarna kuning cukup berkesan ketika air sedikit keruh. Air laut pada ketika itu adalah panas dan sejuk ketika akhir trip. Untuk pengetahuan semua, jika air laut terasa sejuk... ia memberi gambaran bahawa spesies lembut ini tidak begitu aktif mengejar umpan candat..


 Saiz terbesar dan terkecil


Spesies bermata hijau yang cantik

 Sotong baru yang masih mengekalkan coraknya

Trip ini bolehlah dikatakan sebagai trip pemanas badan sebelum bertolak ke Pulau Ular pada minggu hadapan. Kepada semua peserta trip diharap bersedia. Pada post-post berikutnya... ambe akan ulas berkaitan trip Pulau Ular Siri 2 pula. Sehingga berjumpa lagi.
Abe Din

17 comments:

  1. bestnye dpat candat sotong.. klau lah blh ikut sekali, kn best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada minat.. akan tercapai juga hajat anda nanti.. kih

      Delete
  2. besarnya sotong ! takut pulak tgk . hehehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih... kecik lagu tu..ada lagi besar. Tengok dalam ruangan video kat atas.. 3 kilo lebih.

      Delete
  3. Kasor gok tu.kwn pun bese gok main kat pata pnunjuk kijal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak share dengan kitorang ke? E-mail je..Abe Din publish..

      Delete
  4. teringin nak mancing laut dalam..tapi abah tak bagi ikut..=_=

    Epic Meal Time

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/06/epic-meal-time.html

    ReplyDelete
  5. dah lame tak merasa tarikan sotong mabang,,,,kat jeti merang,setiu,,tgk blog abe din terubat rindu,,hu hu hu.....9 tahun oooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi-kongsi le gambar dan pengalaman kat sini.. Bile nak start balik???

      Delete
  6. hai.. salam kenal,
    follower no.118
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  7. Pulau Ular ni di mane ek?

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing