"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

23 May 2013

DIY Gaik Sotong

Salam sejahtera kepada semua pengunjung sotonglaut. Lama juga ambe tak datang update blog ni... maklumlah kesibukan kerja sangat tidak mengizinkan. Sejak post terakhir yang ambe hantar... sudah beberapa kali trip daratan dijalankan bagi menduga kehadiran sotong di perairan Terengganu. Ambe kerap juga melawat port-port biasa bagi menghidu kehadiran spesies lembut ni.

Trip terbaru dalam bulan April 2013 membuahkan hasil apabila beberapa ekor sotong mabang juvernil berjaya didaratkan. Malangnya ambe tidak sempat untuk share gambar dengan korang... hehe, tak tau folder mane tah gambar tu menyorok.

Trip berkenaan dilakukan agak tergesa-gesa... hanya pakai peralatan-peralatan tahun lepas yang tidak diselenggara dengan baik. Hasilnya beberapa ekor candat Yamashita terkorban akibat tersangkut karang dan ditarik sotong besar. Rupa-rupanya... cili yang menyambung candat dan tali telah berkarat dan reput. Tarikan dan daya kuat menyebabkan ia patah dan tercabut dari tali utama. Sayang juga Yamashita tu... kalau sempat modified tentu dapat diguna lagi.

Peristiwa yang membuatkan ambe berkali-kali tepuk dahi ialah ketika ambe cuba menggaik seekor sotong mabang besar yang terkena pancing. Selepas beberapa kali cuba menggaik di dalam keadaan malam yang samar-samar itu..... sotong terlepas akibat terkenjut. Selalunya sekali gaik dah lekat. Rupanya... mata gaik dah reput. Menyesal tak sudah.

Pada post kali ni... ambe akan share dengan korang cara untuk membuat sendiri gaik sotong... hehe kat kedai takde jual ni. Selalunya pemancing baru pakai sauk je. Antara perlatan yang korang kena sediakan ialah tali tangsi...saiz halus +- 0.20mm, sebatang batang pancing boleh laras, gam gajah extra-power, dan mata kail cangkuk 3. Haa tu je....

 Gam dipicit sambil pancing dipusingkan

First sekali, korang asah cangkuk yang terdapat pada setiap mata pancing menggunakan kikir. Kalau korang tak buat macam hok ambe suruh... nanti susuh nak tanggalkan sotong dari mata gaik. Selepas cangkuk pada mata kail diasah, korang ikat pada hujung pancing boleh laras menggunakan tali pancing. Ikat sekemas dan sekuat yang boleh. Akhir sekali korang picit gam gajah di keliling kawasan ikatan sambil memusing jorang. Selepas gam kering... terus boleh digunakan. Habis.



Perhatikan mata pancing yang dibuang cangkuknya


Gaik yang siap dan sedia digunakan

Joran boleh laras panjang lebih kurang sedepa sangat sesuai digunakan...  harga kat kedai dalam belasan ringgit je. Pastikan korang buang dulu cincin-cincin yang terdapat pada joran berkenaan. Biasanya joran boleh laras mempunyai panjang lebih kurang sekaki. Pasang tali dan buat perlindungan pada mata pancing agar mudah dibawa dan tidak mendatangkan bahaya kepada anda dan orang lain. Selamat mencuba...
Jumpa lagi pada post yang akan datang.
Abe Din.

No comments:

Post a Comment

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing