"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

09 May 2012

Cari Tulang

Salam pertemuan..apa khabar semua pengunjung. Harap-harap anda semua sihat dan gembira selalu. Cuaca nampaknya semakin hari semakin baik. Sotong dah mula dicandat di laut dan kawasan pesisir. Musim sotong datang lagi. Memang best..

Orang dok sibuk mencandat...aku pula dok tengah gila burung. Berjaya sungguh orang yang menghasut aku. Dengan sepantas kilat aku study cara nak bela burung... tanya sana-sini. Petang tadi...aku singgah kat pantai Kemasik selepas balik kerja. Niat aku cume satu...nak cari tulang, bukan "curi tulang".

Tulang yang aku maksudkan ialah tulang sotong. Aku selalu jumpe tulang ni masa pergi mencandat di kawasan pantai. Sekarang aku dah tahu apa guna tulang ni. Tulang sotong yang dicari adalah jenis tulang sotong Katak. Tulang yang baik berwarna putih dan kering. Sotong katak je yang mempunyai tulang yang paling tebal dan besar kat dunia. Dulu-dulu kalau dapat sotong katak... lepas siang, tulang buang je. Takde pekdah simpan. La ni...sume leh jadi duit.

 Hasil yang Aku Dapat Petang Tadi


 
 Tulang Sotong Di lokasi Asal Ia Dijumpai

Susah juga nak cari benda ni.. selalunya tulang sotong yang baru, dijumpai berdekatan dengan gigi air. Tulang-tulang yang lama agak sukar untuk ditemui kerana ia dibawa jauh ke daratan ketika air pasang besar. Sifatnya yang agak ringan memudahkan ia ditolak oleh ombak laut. 

Kehadiran tulang sotong yang banyak di pantai boleh menggambarkan tentang kadar kematian sotong katak. Sotong-sotong katak mati disebabkan oleh kecederaan kerana digigit ikan, sakit atau sotong berkenaan sudah terlalu tua. Apabila badannya hancur dimakan ikan-ikan kecil, tulangnya akan hanyut di bawa arus laut ke kawasan pantai. 

Kehadiran tulang sotong katak di kawasan pantai adalah bermusim. Selalunya awal tahun selepas musim tengkujuh... banyak tulang boleh dijumpai di kawasan pantai. Banyak juga tulang yang patah serta pecah kerana reput dan lama terdedah pada cuaca. Ada juga tulang yang sengaja dipatahkan oleh haiwan berkaki dua serta bertangan yang tidak tahu menilai.


Biasanya tulang sotong katak digunakan untuk membuat acuan logam cair dan boleh juga digunakan sebagai makanan burung peliharaan. Tulang sotong katak mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan dapat membantu membina tulang haiwan peliharaan seperti burung.

 Tak Larat...Tak Cukup Tangan Nak Bawa


 Sepanjang Trek Mencari Tulang Sotong

Ingatkan senang nak cari tulang sotong ni... berpeluh juga..... nak dapatkan sekilo bukan main payah. Tulang sotong ni boleh dijual kepada penternak-penternak burung. Kalau tak silap lebih kurang RM5 bagi 3 papan tulang sotong... kalau seguni...emmm lumayan gak. Kaye wooo..

Tulang sotong sesuai dijadikan makanan untuk burung merbok, tekukur dan "budgie". Gambar kat bawah tu le burung "budgie". Orang kita panggil burung baji. Comel tak? Aku baru beli dari tokei burung Rm150 bagi tiga pasang. Orang kata, tulang sotong ni baik untuk baji..tu sebab aku gi cari kat pantai sorang diri. Baju kerja pun tak tukar lagi. Sure orang kat pantai tu kata aku giler... dah lah smart, cari benda pelik pulak tu..kihkih.



Haiwan Kesayangan Aku

Korang tengok le puas-puas burung aku ni. Sayang woo.. mintak? Memang aku tak bagi. Kalu nak jugak, rusuhan le jawabnya. Korang jangan salah faham.. ni bukan "angry bird" yang bodoh tu. Ni burung baik punye.. Kelantan mari. Aku cadang nak bela burung-burung ni sampai dieorang dapat anak cucu. Aku dah beli 3 sangkar besar. Sekelip mata habis RM200. Nanti aku nak buat reban yang lebih besar kat laman rumah aku. Baru best...

Ni.. Paling Sayang..

Kat atas tu paling comel.. Jantina dia jantan. Dah ada awek..tak lama lagi awek dia akan bertelur paling kurang 6 biji. Biase le tu.... baka baik. Sure anak dia comel-comel macam dia jugak. Sarang untuk bertelur dah order dari Kelantan..kihkih. Esok sampai. Bak kata sume aku dah ready untuk menyambut anak sulung burung baji ni... pampers, botol susu, lampin, stokin, puting susu, buaian...ahh sume dah beli.

Setakat ni dulu aku nak share dengan korang. Esok last kerja kat sini. Dah janji dengan kawan nak gi mencandat kat pantai. Nanti kalau dapat sotong mabang ke, katak ke... aku post kat sini. Aku nak blah dulu...Selamat malam sume.

16 comments:

  1. Kat Kelantan. Info: birdhobby.blogspot.com & bakaburung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hi.. mcmaner sy nk beli tulang sotong katak tu ? Agak2 awak ada stok lg ? Dpt 1 pun ok lah..
    Pls email saya di amronadifa@gmail.com
    tmksh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak boleh datang cari kat sini...Kalau nak satu tu ade.. isyaAllah

      Delete
  3. tulang tu hanye dkt sotong katak je ke?sotong lain tk de ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong katak jer ada tulang kapur macam tu... sotong lain bertulang plastik. Sotong Kurita pula takde tulang.. hehe

      Delete
  4. menarik blog ini. banyak info dan ada kelainan --shamsuddin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum menarik blog ini dapat info dan ada kelainn sikit, burung baji tu sama ke dgn spesis burung love bird

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam bro, budgie ni lain sikit. Selalunya anak lovebirds ikut macam colour induk dia. Bestnya budgie ni, anak dia selalunya tak sama colour macam induk. Kalau anak dia mula menetas selalu gempak... colourful. hehe. Nak lebih info boleh lawat blog burung ambe.. http://bakaburung.blogspot.com/

      Delete
  6. assalamualaikum..abe din..mcm mane nk dapatkan tulang sotong katak..sy sangat memerlukan tulng tersebut utk kajian sy..sy student..dan nk cri tulang tersebut..bolehkah sy beli dri abe din.. boleh xabe din contact sy di email sy.. hidayahhashim93@yahoo.com..kerjasama abe din amat lah dihargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah hantar maklumbalas melalui e-mail. Terima kasih

      Delete
  7. Salam.Abe Din..cane nak buat makanan burung baji tu guna tulang sotong?kene hancurkan ke atau bagi gitu?
    saye ade beli haritu sotong katak.xtau pulak boleh bagi burung.kebetulan saye ade 2 ekor baji.harap abe din dpt membantu.terima kasih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulang sotong seeloknya yang masih baru. Dibersihkan dengan air kemudian dikeringkan dahulu dan boleh diletak terus ke dalam sangkar burung atau digantung. Semoga maklumat ini membantu..

      Delete
  8. assalamualaikom Abe din sy mau beli tulang sotong katak dan sotong A..ade d sney? contact sy..https://www.facebook.com/hrj.see

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Buat setakat ini, tulang memang susah nak dapat. Biasanya tulang banyak dijumpai pada awal tahun selepas musim tengkujuh. Harap maklum

      Delete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing