Salam pertemuan untuk semua pengunjung yang masih sudi menjengah blog buruk ambe.. Lama dah rasanya berehat daripada mencandat sotong. Gatal sangat dah tangan nak mencandat dan memegang sotong. Apakan daya.. sotong masih menyepi di tempat ambe.
Bagi mengisi masa yang terluang, ambe cube pula beralih ke sungai-sungai mencari ikan. Antara ikan buruan yang kerap menjadi mangsa ambe ialah siakap merah, pagi tadi dapat kerapu minyak, ikan kekek kuning, tetanda dan pelbagai spesies lagi. Ambe tak mahu le nak mengulas panjang tentang ikan kerana lebih molek jika ambe banyak bercerita tentang sotong.
Berita baik untuk ambe dan saing-saing ambe...umum bercerita tentang kehadiran sotong ke perairan Terengganu. Bukan sotong torak yang panjang tu tetapi sotong ngabang atau sotong mabang. Bagi orang laut yang memancing di unjam darat... ada yang sudah menaikkan sotong mabang pertama bagi 2012. Dekat bulan April memang masa dan ketikanya sotong mula ditangkap di kawasan pesisir pantai jika berpandukan rekod tahun-tahun lepas.
Dari risikan yang dijalankan di pasar-pasar sudah kelihatan sotong katak dan mabang dijual sekali-sekala. Kawan ambe yang berkunjung ke pulau pada bertengahan Mac baru-baru ni telah berjaya mencandat seekor sotong mabang saiz sederhana... Sayangnya takde gambar pulak.
Bagi kaki-kaki candat... bersiap sedialah dengan kunjungan si lembut. Persiapkan kelengkapan anda. Jika ada rezeki...ambe akan upload gambar sotong pertama ambe dalam bulan April ini. Tak sempat lagi nak berkunjung ke padang pancing biasa... kalau ambe pergi sure dapat.
Bagi rakan-rakan seperjuangan... kalau dapat sotong sulung tu..e-mail le gambo kat ambe... leh ambe siar dalam blog buruk ni. Sampai di sini dahulu...hingga berjumpa lagi. Bye
Abang Din...
اسلام عليكم
ReplyDeleteAbe Din terima kasih atas ilmu yg dikongsi. Saya berjinak menyotong ni lepas baca blog Abe Din tu pun selepas berpindah dari Kerteh ke Qatar.
2 hari sotong pertama dalam hidup dapat di naikkan. Mcmner nak antar gambar?
Sham: Tidak ramai yang mahu berkongsi seperti anda. Boleh hantar ke colourless_orchid@yahoo.com beserta sedikit ringkasan. InyaAllah Abe Din akan siarkan secepat mungkin. Moga terus maju jaya...
Delete