"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

24 November 2011

Bersara Dulu !

Salam untuk semua pengunjung sotonglaut.blogspot.
Musim banjir dah tiba, air sungai dah mula naik di beberapa tempat, keruh dan laju. Kat tepi pantai takyah cerita le... ombak sampai atas kepala. Anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati. simpan barang-barang penting. Kalau ada anak tu... haaa jaga betul-betul. Budak-budak memang suka main air banjir. Bimbang gembira bertukar tragedi. Beringat sebelum nasi jadi bubur.

Tinjau luar rumah hujan tak berhenti. Nak gi jalan-jalan pun tak de mood.. sejuk ooo... Nak gi candat sotong... jangan harap le. Last sekali, pergi buka kotak candat dan gewang... terubat juga rindu nak mancing. Terdetik dalam hati... kena simpan elok-elok. Tahun depan tak payah beli... harga candat bukan semakin murah, makin mahal ada le...


Haa... ni le kotak candat aku
Sume cute belaka...Banyak dah dapat sotong


Koleksi candat laut dalam
Sume tu memang berbahaya untuk kesihatan sotong


Candat mini yang cantik dan berkesan menangkap sotong
Jangan terkejut.. harga sekor RM 27..


Candat bola yang mengancam (pembunuh no-1)
Asal sekor RM15... bila disolek, RM27 pun aku tak jual


Ini le.. senapang patah untuk aku memburu sotong
Banyak jasa kalau korang nak tau..

Masa aku sedang create post ni, rupa-rupanye dah hampir ke penghujung tahun 2011. Sekejap je nak masuk 2012. Tanpa sedar umur yang dikatakan bertambah pada hakikatnya semakin tinggal sikit je... Aku juga berharap, apa yang aku usahakan di blog sotonglaut ini tidak sia-sia. Semoga aku dapat bantu dan berkongsi pengalaman dengan ramai orang. 

Selagi tengkujuh belum reda, kenalah bersara dulu. Diharap kehadiran musim ini akan memberi ruang untuk sotong dan ikan kat laut tu membesar dan membiak tanpa diganggu manusia. Bulan April depan...jika diizinkan-Nya, bolehlah kita cari rezeki semula. Pada semua kaki-kaki sotong dan ikan, inilah masa yang sesuai untuk menyelenggara dan membaiki peralatan memancing anda. Jangan dah rosak dan berkarat baru nak baiki. Jangan membazir.. tak baik. Kalau tokse... heh heh... bagi je kat aku... dapat gak pahala.

Musim ni jangan pula ngegada nak gi laut dengan bot kecil. Jangan korang nak tunjuk hero lak.. Kalau dah kena baru korang menyesal. Itu pun kalau idup lagi. Kat member baik, aku dah warning awal-awal. kalau jumpa... aku bagi penampor terus. Kih..kih, orang ganu kata "bekeng".

Kalau korang gian sangat nak mancing... pergi je kolam komersial. Duduk le  lapan jam pun takde orang marah.. tapi kena bayar le. Cari ikan sungai, memukat pun ok gak.. tapi berhati-hati sikit dengan air banjir. Kalau dah tahu diri tak reti berenang.. duduk le jauh-jauh sikit. Jangan berlagak, bahaya tau.. Orang yang reti berenang pun  ramai yang lemas.. hok dok reti lagi le ramai yang lemas, siap mati sekali. Aku nasihat ni sebab aku sayang kat korang.. kihkih. Fikir positif lah ye..

Semoga bertemu lagi. Utamakan keselamatan anda.
Abe Din

13 comments:

  1. btul tu abe din..cuaca sekarang ni lain macam sikit..kena hati2 la..

    ReplyDelete
  2. pergh...mmg kaki pancing sejati nye blog ni.mancing time bdk kcik dlu je.tupon pakai mata kail n tali tangsi murah.hahaha..

    ReplyDelete
  3. renjerkabloi:Pancing sungai le jawabnya..

    ReplyDelete
  4. aReLaN: Pengalaman banyak mengajar kita menjadi lebih dewasa dan jangan kedekut kongsi dengan orang lain. Mungkin sikit sebanyak boleh bantu diorang utk cari pengalaman baru.

    ReplyDelete
  5. tahun depan bile ombak teduh boleh le sambung mencandat..meji

    ReplyDelete
  6. Sudah semestinya... dok sabo rase... masa ni kena layan ikan dulu le..

    ReplyDelete
  7. le ni dok ngail kakap sudoh kat kuale sungai.xpon ngail ikan haruan.hehehe..meji

    ReplyDelete
  8. Kakap memang best... udang galah pun dah turun ke kuala..

    ReplyDelete
  9. air sejuk udang xnak makan.bahan jala je udang galah tu..meji

    ReplyDelete
  10. Jala pun ok gak.. tapi jaga ckit...buaya pun turun skali ke kuala. Baru lagi orang jumpa timbul tepi bot fiber kat kuala kerteh. Sama besar dgan bot.. gerun jugak.

    ReplyDelete
  11. ade buaya ade sepit biru.jauh buaya makan angin sampai kuala kerteh.air huulu kuat sangat kot.hehehe..meji

    ReplyDelete
  12. Dia nak cari makan... baru2 ni banjir.. dah biasa tiap2 tahun cam tu.

    ReplyDelete
  13. jangan timbul tepi umah banjir sudah..hahaha.meji

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing