"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

17 August 2011

Trip Mabang 11-2011


Salam sayang untuk sume rakan-rakan blogger, pelawat bukan blogger dan juga pencandat tegar yang tak jemu-jemu datang blog buruk aku. Selamat datang sume dan selamat berpuasa bagi rakan-rakan yang beragama Islam. Hari ini..aku dengan rela hatikan akan bagi sedikit bukti pada korang tentang keganasan candat design baru aku yang aku post gambar dia dalam entri yang lepas. Sebelum tu korang tarik nafas dalam-dalam dulu. Jangan buat-buat terkejut lak... bukan sotong mainan, sotong betul... tak tipu punye...

Hasil tangkapan bersama candat bola

Satu-satu sotong yang ditangkap seorang kawan mengunakan 
jig spesies sama tanpa bola.. apa yang aku merepek ni..

Jernih sungguh air laut malam tu.... 
nasib baik obor-obor tu tak kena candat bola.

Salah seekor mangsa candat bola

Antara sotong-sotong yang ditangkap kerana tidak berpuasa

14 ekor sotong menjadi mangsa candat bola.

Malam tu.. sampai lenguh tangan tarik sotong. Taruk makan, taruk makan.. anggaran tangkapan lebih 4 kg. Balik pukul 3.30 pagi... nak bersahur. Kalau tunggu...mungkin ramai lagi sotong yang kena tangkap. Masa tulis entri ni... lenguh tak habis lagi sebab tarik sotong... sakit sampai ketiak.

Tangkapan kali ini merupakan rekod peribadi aku pada 2011 dengan14 ekor tangkapan mengatasi 11 ekor tangkapan sebelum ini. Nak makan tentu tak habis.. bagi jiran sorang sikit, buat lauk berbuka dan bersahur. Kena stop dulu, nak gi pasar ramadhan cari juadah berbuka. Teruskan berpuasa... hingga berjumpa lagi di talian maya.
Abe Din

5 comments:

  1. Bila CtAja nak cuba, try, test, tangkap sotong sendiri...? kih2

    ReplyDelete
  2. wow..fresh je..hntar kt bangi ckit.he

    ReplyDelete
  3. bagi jiran jer??? kat aku tak bagi... sob..sob..sob...
    Sori din, ari tu aku lupa nak singgah ambik sotong kat umah ko.. hari sabtu ni lepas raya mu ada kat rumah dop, aku nak gi ambik sotong..(kalu ada)..hehehe

    ReplyDelete
  4. diba : Wow.. jauh bangi tu... sebelum sampai jadi perkasam dulu... bila datang trngganu singgah le sini... leh makan sotong.

    suhaimimd: Mai le... sotong ade... cendawan pun ade.. nak datang call dulu.. Selamat hari raye suhaimi dan diba sekali.

    ReplyDelete

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing