Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. Untuk pengetahuan dan makluman semua pelawat, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencandat sotong torak atau selalu di panggil "Si Panjang" oleh beberapa orang pencandat tempatan. Ramai yang bertandang ke Terengganu bagi menyertai trip-trip mencandat di laut. Setakat ini hasil yang diperolehi agak sederhana walaupun ada juga yang mendapat rezeki yang melampau-lampau. Sotong yang dibawa naik pula bercampur-aduk antara "Si Torak", ketupat dan jarum.
Setakat ini, Abe Din belum berkesempatan ke laut untuk mencandat sotong torak. Kerja dan tugas harian membatasi niat untuk ke laut. Bagi melepas rindu pada laut.. sempat juga pergi ke kuala melihat rakan-rakan membawa balik hasil tangkapan. Jika ada masa lapang, Abe Din akan ke kawasan pesisir pantai untuk mencandat sotong mabang.
Pada ketika ini, sotong mabang masih kurang memghampiri kawasan pesisir pantai berbatu. Semalam, Abe Din sempat mencuba nasib di kawasan yang biasa dikunjungi. Air laut sedang surut dan ombak sedikit kuat. Penat baling candat udang, tiada sambaran atau tarikan si sotong. Beberapa ketika kelihatan tanda kehadiran sotong di permukaan laut. Cahaya biru putih yang agak malap muncul beberapa kali. Saiz... memang boleh tahan.. paling kurang sekilo seekor. Lama memujuk, sotong nampaknya agak malu untuk menarik candat. Last sekali... balik rumah dengan tangan kosong. Walaupun kecewa... sekurang-kurangnya kami tahu bahawa sotong sudah datang ke pantai. Mungkin rezeki belum ada lagi.
Mencandat sotong sama seperti makan... jika dah biasa memang sedap. Jika tak biasa... memang kita tidak akan makan sesuatu makanan itu. Satu yang perlu diingat, jangan kita menghina pula jika kita tidak suka. Camana kalau... orang hina hobi kita.
Pernah dulu seorang rakan berkata, " tak kesian ke?... pancing ikan... sakit mulut dia.... kejam le". Abe Din tanya dia balik," kau tak makan ikan ke?"... dia jawab,"aku beli ikan kat pasar... aku tak pancing... aku kesian... sakit mulut dia"
Spontan terkeluar kata, "ikan pasar lagi kesian, leher kena jerut tali pukat. Mati terjerut kat situ je" ceramah lagi kat dia "mana sakit, mulut ke.. leher?"
Kadang-kadang isu seperti di atas tak perlu.. kerana nak perlekeh orang lain, pelbagai isu ditimbulkan. Kerja halal... bukan mencuri hak orang lain. Abe Din sedar ramai di luar sana memang tidak minat memancing dan mencandat... tetapi apa salahnya jika kita menghormati hobi dan pekerjaan orang lain. Perlu diingat memancing dan mencandat adalah sumber pendapatan bagi ramai orang. Pendapatan dengan menjual ikan, sotong dan hasil laut lain digunakan mereka untuk menyara keluarga dan memberi pendidikan kepada anak-anak.
Semuanya bermula dengan hobi, seterusnya menjadi kerjaya.
Jumpa lagi,
Abe Din
tengok sotong2 tu..terliur mama..ha2x..belum lagi makan sambal sotong tu..best kalau dapat ke t`ganu utk mkn sotong yg fresh !!!
ReplyDeletesyok la abe selalu makan sotong,kat jb sotong mahal ooo,bukan sotong je mahal,, ikan bilis pon mahal. HAHA
ReplyDeleteperghh bestnyee wat stong celup tepung.nyum3..lapau dah ni..adehh.. rjin abg din mencandat stong,..berniaga ea..
ReplyDeleteAbe Din tak pernah jual sotong pun.. memancing sekadar hobi..mengisi masa lapang. Kalau nak test sotong celup tepung.. meh le datang Terengganu..
ReplyDeletesotong adalah antara makanan laut feberet aku.....huh
ReplyDeletetak makan sotong. larikkk~~~~ hehehe
ReplyDeleteJangan lari rubi..blog ni bukan untuk orang makan sotong je... orang makan orang pun bleh datang... kih.kih
ReplyDeleteSalam...w'pun org umah org t'ganu, xpernah sekalipun g candat sutong..ish3
ReplyDeletewhoaa.. besarny sotong smpai sekilo sekor..
ReplyDeletesedeyny x leh mkn mknn laut except ikan... allergic =(
sotong-sotong..yum3..sdp.. :)
ReplyDeletebanyak m'mbantu thx cik nelly... :)
ReplyDeletesotong2..yum..sdpnyer.. :P
ReplyDeleteabe den,lana ni jahil sunggoh bab sotong neh, ce citer skek kt lana, mendanye sotong mabang,torak, jarum suma tuh, poneng den ha,hahahah
ReplyDeleteSalam untuk Lana.. Mabang, Torak, Jarum dll adalah panggilan yang digunakan oleh orang tempatan di Terengganu. Panggilan global sila rujuk dalam "Rahsia Dakwat Hitam". Kalau Lana baca post awal... Abe Din ada menerangkan perbezaan sotong ini serta gambarnya sekali... selamat membaca.
ReplyDeletewauu bestnya sotong...buat sambai sedappp bangggat
ReplyDeleteok..mekaseh abe din.. mnarik gak ada blog khas mcm abe din ni.. citer pasal sotong.
ReplyDelete