Salam kunjungan buat semua yang sudi singgah di sotonglaut. Pada kali ini... sekali lagi ambe nak share teknik modifikasi jig yang diperkenalkan oleh seorang rakan FB dari negara Jepun. Ambe sudah diberi kebenaran untuk publish ciptaan ni kepada pencandat-pencandat di Malaysia.
Cuma beliau minta diberitahu jika ciptaannya ini berjaya menipu sang lembut. Setakat post ini ditulis, ambe masih belum mengaplikasi ciptaan ini di lapangan. Ambe kongsikan juga di sini... kerana mungkin ada pencandat kita di luar sana yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Jig yang ambe kongsikan pada kali ini... ambe namakan "Jig Hantu". Nama ini dipilih secara spontan memandangkan rupa bentuknya yang tidak kemas dan tidak terurus. Bagi membuat "Jig Hantu" tidaklah begitu susah... anda hanya perlu mendapatkan seekor jig udang mengikut corak kegemaran masing-masing dan juga umpan soft plastic sotong seperti gambar di bawah. Sarungkan soft palstic sotong berkenaan pada bahagian kepala jig udang seperti yang di tunjuk dalam gambar.
Peralatan yang diperlukan: Jig udang dan
jig sotong soft plastic
Rupa "Jig Hantu" yang telah siap untuk digunakan
Untuk menambahkan lagi ciri interaktif pada "Jig Hantu"...anda boleh menggunakan soft plastic sotong yang mempunyai mata dan juga yang mempunyai badan berkilat atau luminous. Semasa membuat balingan, pastikan jejari soft plastic tidak mengganggu pengeluaran tali utama dari kekili. Jika keadaan ini berlaku... kerat jejari soft plastic agar ia lebih pendek. Selamat mencuba.
Dengan tersiarkan post ini maka tamatlah perbincangan berkaitan modifikasi jig seperti yang telah dijanjikan pada post pertama. Jika masih diberikan ilham dan tenaga untuk menaip... ambe akan kongsikan penemuan baru untuk kegunaan semua kaki eging di negara kita. Sehingga berjumpa lagi. Bye-Abe Din.



































