"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

29 September 2015

Pangkalan Bot Cherating

Selamat datang kepada semua pengujung. Baru-baru ni ambe sempat lagi meluangkan masa berkunjung ke Cherating. Sambil menunggu bot untuk membawa kami ke Pulau...sempat juga snap beberapa gambar untuk bahan blog.

Pada kali ini, suasana tenang di pangkalan bot Cherating menjadi pilihan subjek. Setelah sekian lama pangkalan ini digunakan oleh kami untuk ke pulau dan tidak juga  jemu-jemu menjadi titik mula kehidupan nelayan-nelayan tempatan di sini. Terhibur juga hati yang sedang resah dihimpit ketegangan setelah seminggu bekerja.


Sama seperti dahulu


Pembangunan tidak dilupakan di sini


Boya bagi mengikat pukat nelayan


Kadang-kadang bila melihat nelayan di kawasan ini... rasanya mereka seperti sangat bertuah menjadi nelayan. Pagi keluar ke laut... sebelum tengahari pulang membawa rezeki. Walaupun rezeki tidak selalunya lumayan... sekurang-kurangnya tugas mereka untuk hari berkenaan sudah selesai dan tidak lagi perlu memikirkan kerja-kerja yang lebih rumit di rumah.

Kalau hendak dibandingkan dengan ambe dan rakan-rakan... pagi keluar ke pejabat... petang baru balik. Malam ada lagi kerja yang hendak dibuat. Kerja tidak berkesudahan. Mungkin ini merupakan salah satu sebab kami selalu berkunjung ke pulau... untuk melupakan seketika tekanan kerja. 


Otai Bot, Anuar. Masih setia menunggu di sini


Belangkas: salah satu tangkapan nelayan tempatan


Jika ada masa terluang... memang ambe akan cari masa untuk ke sini. Satu trip yang santai dan tidak membosankan. Kalau nak diikutkan... dengan belanja ke pulau, kami sudah mampu untuk membeli segala jenis ikan dan sotong yang kami inginkan tetapi sebenarnya kalau difikirkan semula bukan itu tujuan sebenar kami ke sini. 

Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membeli sesuatu yang sangat berharga dan tidak dapat sebenarnya ditukar ganti dengan wang ringgit iaitu persahabatan dan pengalaman kami untuk lebih rapat dengan alam semulajadi-Abe Din
Read more >>

28 September 2015

Masih Seperti Dulu

Selamat datang kepada semua pengunjung.  Baru-baru ini, ambe dan seorang rakan sempat lagi bertandang ke Pulau. Masuk dalam pukul 3 petang bersama seorang rakan hardcore. Pulau dah macam rumah ambe.... sampai sini dah tau apa nak buat, nak tidur kat mana... macam dah biasa sangat dah.

Tujuan utama trip hanya satu iaitu mencari ketengan disamping memburu sotong dan ikan. Malam memang sunyi sebab tidak ada orang lain lagi di sini hanya kami berdua sahaja. Ready apa yang patut... malam dijangka air pasang besar. Bersedia untuk bertarung. Abe Din


Air surut... rehat dulu

 
Siapkan perambut apa yang patut.
Kalau dah malam susah sikit nak buat


Sembahyang tetap menjadi keutamaan


Masih macam dulu


Persedian sebelum senja menjelang


Pancing ready.... tunggu air pasang


Wajib kena ada... benda ni


Dapur yang come lote...


Read more >>

Ketupat Sotong

Salam untuk semua pengunjung... jalan-jalan hujung minggu di Pantai Teluk Lipat Dungun. Terserempak dengan penjual ketupat sotong. Lama dah mengidam. Singgah dan beli sebekas. Harga RM6 sebekas. 

Bagi peminat-peminat ketupat sotong bolehlah datang cari kat sini. Jika ada rezeki... pasti bertemu dan penjual berkenaan.-Abe Din


Takde kedai... simple je.


Sekitar lokasi penjual ketupat sotong



Read more >>

07 September 2015

Menduga Struktur Kuala Kemaman

Salam kunjungan untuk semua. Trip terkini ialah kunjungan ke batu tambak Kuala Kemaman. Kunjungan bermula pukul 9 malam dan pulang pagi esoknya. Struktur batu binaan manusia terletak betul-betul di tengah Kuala Sungai Kemaman. Pertama kali lihat dah rancang nak ke sana untuk menduga penghuni yang bermain sekitar batuan. Sekarang baru berkesempatan.

Sepanjang trip... tiada sambaran daripada sotong. Kami hanya dapat seekor ikan duri kecil pada sebelah paginya. Selepas beberapa balingan di pelbagai lokasi batu tambak, didapati kawasan sekitar dikelilingi oleh air yang dalam. Jig sotong saiz 2.5 yang digunakan tidak berjaya menyentuh tanah walaupun telah dibiarkan terendam selama seminit lebih. Trip memang dikira kumpau tetapi sekurang-kurangnya kami telah berjaya sampai ke sini. Lokasi sekitar juga cukup cantik dan mendamaikan.



Cubaan yang mencukacitakan


Kawasan atas batu tambak


Kawasan keliling batu tambak



Kesimpulan pada trip kali ini.... batu tambak merupakan kawasan yang sesuai untuk pancingan ikan. Sotong kurang mungkin disebabkan faktor kedalaman, kemasinan air, dan kurangnya struktur batuan di tengah untuk perlindungan sotong. Kemungkinan juga air dari kualanya yang membataskan kehadiran sotong di sini.

Potensi gewang sotong dilihat lebih baik di bahagian yang menghadap laut. Jika ombak tenang, kemungkinan sotong akan datang mencari makan. Bagi yang belum sampai, bolehlah cuba datang ke sini. Bayaran bot RM50 pergi balik untuk dua orang. Jika berminat untuk ke sana boleh hubungi ambe melalui E-mail untuk mendapatkan no. phone tekong. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>

31 August 2015

Rezeki Tidak Mengira Masa

Salam kunjungan untuk semua pelawat blog sotonglaut. Tangkapan malam penghujung bulan Ogos . Sungguh mendebarkan sebab trip dijalankan pada musim hujan... bimbang juga air laut kurang masin dan sotong selalunya menjadi tidak aktif. Semua ramalan meleset belaka... trip berani mati memberi hasil yang boleh dikatakan memuaskan.




Kemungkinan besar faktor hujan yang berlaku jauh ke tengah laut tidak begitu mempengaruhi kemasinan air laut. Walau bagaimanapun memang bersyukur sangat... cukup lah rezeki yang diperolehi dibahagi sama rata dengan rakan seeging. Jumpa lagi-Abe Din
Read more >>

23 August 2015

Baju Seribu Kenangan

Salam kunjungan untuk semua pelawat blog sotonglaut. Alhamdulillah, dalam kesibukan bekerja siang malam, akhirnya berjaya juga ambe menyiapkan projek yang dah lama dirancang. Selepas menuntut ilmu dengan beberapa orang otai, akhirnya terhasillah T-shirt untuk meminat-peminat hardcore sotong. 

T-shirt dihasilkan dalam 3 variasi warna iaitu kelabu, hitam dan hijau. Saiz pilihan L, XL dan XXL. Dah ada yang datang untuk beli sehelai dua. Ada juga yang order... tak sempat nak hantar. Penghantaran paling awal kepada Wan Tasek dari Majalah UMPAN. Dalam sedikit masa lagi semua tempahan akan siap dihantar. Harga ditawarkan RM20 sehelai. Kalau amik 3 helai, diskaun jadi RM50 je. Stock limited. Siapa cepat dia dapat.

Sebenarnya buat baju ni hanya untuk mencari pengalaman dan bukannya nak berniaga sangat pun. Bagi pengumpul dan peminat T-shirt boleh hubungi ambe melalui e-mail kat atas tu jika berminat. Sementara stock masih ada.


Budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan


Selepas beberapa kali percubaan...akhirnya...


Baju-baju dicetak dalam dua warna utama iaitu hitam dan hijau bagi menyesuaikan tujuan baju iaitu untuk aktiviti mencandat dan gewang sotong. Pemilihan warna gelap tidak menakutkan sang lembut dan tentunya baju berkenaan boleh digunakan untuk beraksi di lokasi pilihan anda.

Budak baru belajar macam saya ni tentunya banyak kekurangan. Ambe minta maaf jika ada salah silap ketika proses cetakan dilakukan. Nama Abe Din, nama blog bukan lagi dianggap sebagai individu tetapi ianya sudah menjadi satu jenama yang telah lama diterima sebagai universal di alam maya. Sama-samalah kita memajukan dan mempromosi kaedah gewang sotong di Malaysia. Ambe melihat T-shirt adalah salah satu medium penyebaran maklumat yang perlu dicuba. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.


Antara design yang dicetak


Read more >>

21 August 2015

Gatal Tangan Di Kuantan

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Baru-baru ini dapat berita dari Kuantan... satu trip gewang sotong di Pelabuhan Kuantan. Wakil kat sana Zul dah mula ketar tangan... lama tak dapat sotong katanya. Ambe di Kemaman pun nak ikut tetapi tugas tertentu menghalang hasrat berkenaan. Zul bersama Suhaimi masuk ke lokasi kegemaran mereka di Pelabuhan Kuantan pada sebelah pagi.


Jejaka Hensem Orang Dungun


Sotong Tunggal Si Hitam Manis


Hasil pada hari berkenaan hanya dua ekor sotong saiz sederhana dan seekor anak gerpoh saiz sedap makan. Kemungkinan faktor suhu air menjejaskan tangkapan trip kali ini. Sempat juga ambe minta Zul untuk send gambar lokasi pelabuhan bagi tatapan mereka yang belum pernah sampai ke situ. Sebenarnya ambe pun belum pernah sampai. Bila agaknya...? Mengikut Zul... tidak lama lagi kawasan ini akan ditutup dan orang awam tidak dibenarkan masuk. Susah pulak orang tempatan nak cari rezeki kat sana... nampaknya kena cari alternatif baru.


Suhaimi beralih ke popping apabila sotong menyepi
Dapat juga anak gerpoh  sekor


Kawasan yang cukup berpotensi


Kawasan Rezeki yang semakin Berduka

Baru-baru ini isu pencemaran bauksit mula diperkatakan. Ambe cukup bimbang jika bahan berkenaan masuk ke sistem perairan pantai... sotong akan lari ke tengah laut. Pendapatan nelayan pantai tentu akan terjejas teruk. Harap-haraplah isu ini dapat ditanggani segera oleh pihak berwajib. Jangan disebabkan keuntungan... alam sekitar diabaikan.


Menunggu masa untuk ditutup

Jika ada masa terluang... ingin rasanya ambe berkunjung, untuk mencuba sendiri kekuatan dan keganasan sotong di kawasan ini.. menurut Zul, sotong di sini memang ganas-ganas. Melihat gambar lokasi yang dikirim... memang boleh dipercayai. Tunggulah akan tiba masa itu... harap-harap sebelum kawasan ini ditutup, dapatlah ambe mencuba sekurang-kurangnya sekali beraksi di Kuantan. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing