"BLOG SOTONG PERTAMA DI DUNIA" ....... "Selamat datang"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan sotong serta teknik pancingan sotong"---------“PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA......Thanks follower semua"

.

.

15 October 2011

Trip Mabang 15-2011

Selamat datang dan selamat berkunjung kepada semua pelawat. Lamanye rase... tak update info tentang sotong... Maaf bebanyak... sibuk sikit. Baru-baru ini.. sempat meninjau lokasi biasa di batu tambak. Cuaca nampaknya tidak begitu elok... maklumlah sekarang musim hujan dan ribut.. dengar khabar, beberapa negeri di Asia sudah menerima kesan dari ribut yang sedang melanda. Syukur...kita kat sini, dapat tempias sikit-sikit je. Angin, hujan dan gelora laut sangat mempengaruhi kawasan-kawasan pantai barat Semenanjung.

Walaupun cuaca tak berapa elok... aku dan gang pergi juga usung pancing dan candat ke pantai. Alasan nak buat tinjuan... Emm.. kalau dah kaki sotong tu... pantang nampak bulan cantik.. mana tahan beb... Nampaknya trip ke-15 kali ni kurang power seperti trip-trip sebelum ini. Aku dapat juga... kawan aku... kihkih.. kosong terus.


"Bola" Pink yang masih berkuasa


Yamashita Oren. Mabang bersaiz kasut

Yamashita yang belum di"Bola"kan.. Power gak..

Tangkapan hari tu. 
2  bapak mabang + 1 jarum

Ketika ini laut sedang bergelora dan airnya sedikit keruh.. warna oren memang menjadi pilihan ku. Kalau air keruh... warna candat lain susah nak harap. Silap haribulan candat mahal pun leh tewas. Masa aku dok merapu dengan blog ni, bulan sedang naik dengan anggun sekali... malangnya air laut pula sedang bergelora. Peluang nak dapat banyak sotong tipis sikit.. kalau makanpun dah dekat nak subuh. Sapa nak tunggu boss.. esok keje.. 

Emm.. bila le air laut nak berhenti bergelora. Aku jangkakan, air laut akan beransur tenang selepas ini dalam seminggu dua, lepas tu musim tengkujuh akan melanda. Boleh gantung pancing dalam tiga pat bulan. Peluang yang ada tentunya tak akan aku sia-siakan. Cepat le tenang air laut...
Bye..
Read more >>

30 September 2011

Buat Candat Bola


From : mad mavia<mavia_14@yahoo.com.my>
Sent: Tuesday, September 13, 2011 1:04 PM
Subject: nak tau cara buat candat bola


Assalamualaikum Abe Din,
Saya suka baca blog sotonglaut nie. gempak giler.
Saya berminat nak tau cara buat candat bola niee. kongsi la ilmu. Moga lagi berkat. Lagi banyak sotong dapat dicandat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Salam siber untuk semua pelawat dan bloggers. Baru-baru ini, aku mendapat satu soalan dari mad mavia yang bertanyakan cara membuat candat bola. Disebabkan aku tak kedekut ilmu..so.. ari ni aku nak citer camane nak wat candat tu. Sebenarnya taklah susah mane. Cume kena kreatif lah sikit. Antara kelengkapan yang korang kena ada ialah candat murah... aku suke guna candat Yamashita 2.0 dan 2.5. Warna candat ikut suke ati korang le. Kemudian korang kena cari cat luminous dan kertas surat khabar lama (untuk lapik). Ok, tuan-tuan sume dah ready nak belajar.

Candat Bola : Sudah diubahsuai

 Candat belum diubahsuai

 Corak melintang dan corak bulat
 
Ada dua jenis corak yang biasa aku buat iaitu corak melintang dan corak bulat. Corak bulat-bulat dinamakan bola oleh kawan baik aku sebab corak dia bulat-bulat macam bola. Perlu diingat jangan korang cat bawah perut candat. Biarkan perut candat korang dengan warna asalnya. Sebelum cat lapik dulu dengan kertas suratkhabar... bukan ape, takut menitik. Nanti mak korang marah..
 
 Peralatan utama : Cat Luminous

Aku citer lagi.. lepas tu korang cari cat macam kat atas tu. Cat luminous ni korang boleh beli kat kedai pancing. Rega dia RM35 satu botol. Tengok betul-betul. Jangan terbeli minyak gamat dah le. Warna yang biasa dijual ialah putih, kuning dan pink. Korang kacau dulu cat berkenaan dan korang boleh gunakan kekreatifan korang untuk menghias. Korang boleh campur lebih daripada satu warna pada candat yang sama. Sekali lagi aku ingatkan, guna candat murah yang kurang berkesan menarik perhatian sotong. Jangan guna candat mahal.. sebab candat mahal memang dah sedia best.

Testimoni penggunaan candat bola. Lebih interaktif untuk mengurat sotong. Kekadang beliau lebih best daripada candat yang mahal. Cer.. cuba. Gambar kat bawah tu adalah satu bukti forensik yang dianggap cukup kukuh siap dengan DNA dia sekali. Kah..kah

Hasil Tangkapan Candat Bola

Aku nak bagi sedikit ingatan, jika korang guna candat bola tak dapat sotong, jangan marah aku, marah korang sendiri. Mungkin korang tak pandai mencandat atau corak yang korang buat memang sotong tak suke dan menyampah giler. Korang cube le dulu... kalau dalam air tu ada sotong... mesti dapat punye. Kalau nak dapat memanjang.. jangan guna candat bola, guna candat mahal le.

Kot ada rezeki korang dapat sotong dengan candat bola yang korang buat... antor le gambar kat aku. Boleh aku publish gambar korang. Pe pun aku doakan korang berjaya. Bye.
Jumpe lagi.
Read more >>

Trip Raya-13/14

Salam untuk semua pengunjung sotonglaut. Berjumpa lagi selepas bercuti panjang. Sejak akhir-akhir ini.. sibuk sangat hinggakan nak update blog pun tak sempat. Maaf bebanyak kepada pengunjung dan followers yang ketagih nak baca citer-citer baru tentang sotong.

Walupun raye baru-baru ni cuti sesunguh... tetapi hati tetap ingat kat sotong. Sebelum cuti sotong mengamuk lak tu. Rase lame je cuti... dalam hati, habis lah sotong kena tangkap dengan otai-otai yang sememangnya siap sedia menyambut sotong yang sedang mengamuk.

Habis cuti.. cepat-cepat balik... call kengkawan.. rancang wat trip. Masa aku tengah taip entri ni, dah dua kali pergi test power kat lokasi biasa. Fuhhh... bulan terang. Tempat biase kami datang jadi cam pesta. Penuh kaki-kaki sotong.. nak baling jig pun susah. Dalam dok susah-susah.. hehe, dapat gak sotong mega. Aku upload gambar kat bawah tu bertujuan untuk menjelouskan korang sume..kih

 Mata yang cantik dan menawan

 Tangkapan trip pertama : 8 ekor

 Sebahagian tangkapan trip pertama

Tangkapan trip ke-2: 3 ekor sotong jarum

Tangkapan trip ke-2: 3 ekor mabang 


Tangkapan trip-1 sebanyak 8 ekor, Tangkapan trip ke-2 sebanyak 6 ekor. Sume dapat 14 ekor. Dah kira ok lah tu. Disebabkan sotong yang ditangkap banyak yang bersaiz besar.. aku and the gang telah menggunakan jig bersaiz 2.5. Kalau saiz kecik, memang lepas le jawabnya.

Ada satu peristiwa pelik dan ajaib aku nak share dengan korang. Masa mencandat baru-baru ni, pancing aku ditarik sotong, memang kuat giler... dalam hati sah besar punye. Bila sotong dah penat... aku tarik sampai tebing dan dalam keadaan malam yang samar-samar.. aku terus gaik badan sotong. Semasa sotong diangkat naik, candat masih di dalam air. Apabila candat diangkat pula... jeng-jeng... ada sekor lagi sotong besar terlekat pada mata candat. Maknenya.. aku dapat dua ekor sekaligus. Takleh nak amik gambar sebab dua-dua tangan pegang sotong... ni citer betul dan benar. Pertama kali terjadi sejak sekian lama aku mencandat sotong di pesisir pantai. Peristiwa ini juga telah menguris hati dan menjelouskan pihak musuh.

Ketika entri ini ditulis.. sotong sume dah habis. Makan, bagi kengkawan. Sekarang tengah berkira-kira nak wat trip ketiga lak. Member aku, Si Suhaimi ajak gi pulau ular. Sibuk sikit.. kalau trip jauh ni. Hiss.. kalau panjang umur aku mesti sampai ke sana.

Jumpe lagi..
Read more >>

28 August 2011

Kuasa Cougar

Selamat datang kepada semua pelawat, rakan-rakan blogger dan pencandat-pencandat tegar. Belum lewat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri. Kalau ada salah dan silap aku kat korang... aku mintak maaf bebanyak. 

Lepas raye nanti, boleh lah aktif balik mencandat sotong ni. Masa bulan puasa ni masa dan tenaga agak terhad sikit. Post kali ini nak bagi sedikit tips mencandat sotong di kawasan daratan untuk pencandat-pencandat baru. Kalau korang nak belajor mencandat, rajin-rajin lah korang baca post-post aku yang lepas. Kalau rajin,  cuba korang praktik kat lapangan. Mana tau nanti korang boleh jadi pro? Niat kena ikhlas beb... baru dapat pahala. Cuba korang perhati gambar kat bawah tu..

Member Abe Din.. Cikgu Lan sedang 
menahan asakan sotong mabang

Masa korang tarik-tarik jig, kalau ada tarikan keras dan kasar sambil membenam... haa. tahniah sotong dah bersalam raye dengan jig korang. Apa nak buat? Fisrt sekali jangan panik, jangan jerit-jerit pulak. Tengok abang kat atas tu.. releks je. Angkat joran korang tinggi-tinggi. Kalau boleh hingga 90 darjah. Kalau lebih... dah melampau le tu.. nak kena sekeh ke... nanti sotong terlepas. Satu lagi jangan ketatkan drag kekili korang. Aku selalu longgarkan drag dengan tegangan yang sesuai. Terlalu longgar pun boleh terlepas juga.

Korang kena tau... semakin kuat sotong menarik jig, maka semakin kukuhlah mata candat korang masuk dalam tantakelnya sotong. Kalau korang berani aplikasikan teknik PELUK JIG. Oppss.. aku belum ajar teknik ni. Nanti aku ajar lepas raye... Teknik PELUK JIG... sure sotong tak lepas.

Tahan joran dalam sudut 90 dan biarkan sotong tarik sorang-sorang sampai dia letih. Bila korang rase dia tak berapa nak melawan.. baru korang kayuh perlahan-lahan. Kalau dia lawan... korang bertahan. Jangan gopoh.. nanti terlepas. Sampai tepi ada beberapa cara untuk mengangkat sotong iaitu mengheret ke tepi, memegang bahagian leher, mencangkuk dengan gaik atau angkat terus macam member aku kat bawah tu. Haa... cara angkat terus tidak begitu digalakkan... hanya profesional saje leh wat macam tu. Kalau jig cougar leh wat cam ni... memang hebat.

Angkat stail profesional... dilarang tiru... 
risiko tanggung sendiri. Cougar.. beb..

Cuba korang lihat kawasan yang dibulatkan 
Tantakel sotong melekat pada jig caugar

Jika korang perhati betul-betul imej dalam bulatan, ia menunjukkan bahagian yang terkena candat. Ada beberapa bahagian tantakel sotong yang selalu terlekat pada mata candat. Gambar di atas menunjukkan cara sotong memegang candat TAHAP 2. Nanti aku cerita lepas raye.. TAHAP 2 menggambarkan peratus kekuatan benaman mata candat pada tantakel sotong.... nanti aku cite ye..

Masa korang hendak angkat sotong kena hati-hati sikit... kerana sotong selalunya simpan sedikit ink power dia untuk ditanda pada korang. Kalau kena baju, muka, kaki atau kat mana-mana je nanti bini korang masam muka lak. Sendiri tanggung tau.. Paling kurang sotong akan tembak sekali semasa kat atas darat.

Rasenya cukuplah kali ni... nak gi cari buluh lemang dengan daun ketupat plak. Raye dah dekat ni. Di kesempatan ini... aku menyusun sepuluh jari jika ada wat salah kat korang sume. Mungkin tulisan aku tak best.. atau terkata korang atau apa je yang korang tak puas hati... mintak maaf bebanyak. Aku juga nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf  Zahir & Batin. Moga-moga raye tahun ni lebih bermakna buat semua.
Berhati-hati semasa memandu... happy always.

Jumpe lagi...
Abe Din
Read more >>

Trip Mabang 12-2011

Salam ramadhan untuk semua pelawat. Minggu ke-2 dalam bulan puasa baru-baru ini, sempat juga ikut trip mencandat di kawasan pantai berbatu. Port biasa... pergi dengan sorang kawan.. cikgu Lan. Rezeki kurang sedikit tetapi bolehlah nak buat lauk. Sotong paling galak makan pada sekitar pukul 3 pagi ketika air sedang menyonsong surut.

Sotong yang berjaya ditangkap oleh aku

Antara peralatan yang dibawa aku.. sangat simple

Tiga ekor sotong yang cute..

Cikgu Lan punye kat atas tu...  3 ekor, tetapi dia juara. Tangkapan yang lain ada dalam kereta.. besar lagi. Candat yang paling disukai oleh member ni ialah couger pink. Abe Din biasa le... candat bola ciptaan terbaru dan sensasi.

Ok.. last kat sini dulu. Jumpe lagi..bye.
Abe Din
Read more >>

Memilih Sasaran

Selamat berpuasa kepada semua pengunjung beragama Islam. Pada kali ini, nak cerita sikit cara-cara memilih arah melontar jig udang. Sebelum lontaran dibuat ada beberapa faktor yang perlu diambil kira iaitu tahap kejernihan air, tahap ketenangan air dan kewujudan struktur di bahagian tepi serta tengah.

Keupayaan anda membaca faktor-faktor ini akan akan membuatkan anda sentiasa mendapat sotong yang diidamkan dengan kata lain... ia akan menjelouskan rakan-rakan candat anda yang lain.

Lokasi mencandat mabang

Gambar di atas menunjukkan kawasan batuan yang licin dan bahaya bagi mereka yang sudah biasa... kacang je.. itupun jatuh juga dua tiga kali. Pastikan anda menggunakan kasut anti-gelincir apabila meniti batuan seperti ini.

Arah lotaran jig udang

Gambar di atas menunjukkan kawasan air yang agak tenang dan jernih. Kawasan air yang tenang selalunya menjadi lapangan sotong-sotong bersaiz mega memburu mangsa dengan syarat kawasan itu tidak terlalu jernih atau terang. Oleh itu aktiviti mencandat di kawasan ini sangat sesuai dijalankan pada waktu malam kerana walaupun airnya jernih... suasana malam yang sedikit suram dan gelap akan menarik kedatangan sotong. Cahaya bulan tidak menakutkan sotong... cuma jangan main lampu suluh sudah le... kesian kawan-kawan lain. Lampu yang tidak statik akan menakutkan sotong mabang. Ada faham....

Arah lontaran jig 2

Jika anda mencandat di kawasan berbatu jangan terlalu cepat menaikkan candat kerana kadang-kadang sotong akan menyambar candat ketika candat menghampiri kawasan tepi batu. Ada juga sotong-sotong yang mengejar candat dari kawasan laut terbuka kemudian berhenti memburu candat sebaik sahaja candat melalui kawasan struktur berbatu. Sotong berkenaan akan berada berhampiran batu berkenaan dan akan menyambar jig apabila jig melalui lagi kawasan berkenaan. Perangai sotong ni lebih kurang macam perangai ikan haruan.

Apabila air bergerak pasang, jig sesuai dilontar menghala ke kawasan daratan manakala ketika air menyonsong surut lebih sesuai jig dibaling menghala ke arah laut. Keadaan ini akan memudahkan pencandat menarik dan menggayakan jig mereka. Tindakan yang berlawan akan memudahkan jig terbelit pada tali utama. Kalau guna tali benang... nasib korang le..


Arah lontaran jig 3

Bagi kawasan di atas... airnya sedikit bergelora. Balingan yang lebih sesuai adalah berdekatan atau selari dengan kawasan batuan. Selalunya sotong suka berlindung di kawasan yang berstruktur. Jika jig anda dari jenis yang berat... peluang tersangkut adalah tinggi. Dinasihatkan jig anda tidak ditarik melalui atas struktur batuan tetapi ditarik melalui tepian struktur batuan.

PETUA DAN TIPS 

1-Pada ketika air keruh sotong kerapkali berada di permukaan dan dipertengahan air. Sotong juga lebih suka merayau dalam wilayahnya yang lebih jauh.

2-Ketika air keruh sudut dan jarak perlihatan adalah terhad. Apabila musuh sukar dilihat... sotong lebih berani keluar ke tempat terbuka. Pada ketika ini, penggunaan jig cahaya adalah sangat efektif.

3-Ketika keadaan air jernih, sotong sedikit berhati-hati. Walaupun begitu pancingan pada waktu malam tidak akan menakutkan sotong.

4-Jika anda melihat anak ikan bermain pada malam hari, baling jig anda ke tengah-tengah kawanan tersebut... kalau ada rezeki, sotong besar adalah habuan anda. Anda perlu tahu tarian jig anda lebih menarik dari tarian ikan yang lebih liar dan laju berenang.

5-Struktur seperti batuan atau unjam adalah port perlindungan sotong. Jika anda mempunyai jig ringan, tarik jig melalui port berkenaan. Jika jig anda berat, tarik jig melalui struktur berkenaan dari kawasan tepi.

6-Ramai pencandat menarik jig dengan cepat dengan hasil yang kurang. Pencandat yang cekap akan menarik jig dengan sangat perlahan seolah-olah jig ditarik di dasar laut atau pasir. Untuk pengetahuan anda, sotong paling banyak berada di kawasan paling bawah dan peratusan untuk mendapatkannya dengan cara ini cukup tinggi.

Ok... jumpe lagi..bye
Abe Din
Read more >>

17 August 2011

Trip Mabang 11-2011


Salam sayang untuk sume rakan-rakan blogger, pelawat bukan blogger dan juga pencandat tegar yang tak jemu-jemu datang blog buruk aku. Selamat datang sume dan selamat berpuasa bagi rakan-rakan yang beragama Islam. Hari ini..aku dengan rela hatikan akan bagi sedikit bukti pada korang tentang keganasan candat design baru aku yang aku post gambar dia dalam entri yang lepas. Sebelum tu korang tarik nafas dalam-dalam dulu. Jangan buat-buat terkejut lak... bukan sotong mainan, sotong betul... tak tipu punye...

Hasil tangkapan bersama candat bola

Satu-satu sotong yang ditangkap seorang kawan mengunakan 
jig spesies sama tanpa bola.. apa yang aku merepek ni..

Jernih sungguh air laut malam tu.... 
nasib baik obor-obor tu tak kena candat bola.

Salah seekor mangsa candat bola

Antara sotong-sotong yang ditangkap kerana tidak berpuasa

14 ekor sotong menjadi mangsa candat bola.

Malam tu.. sampai lenguh tangan tarik sotong. Taruk makan, taruk makan.. anggaran tangkapan lebih 4 kg. Balik pukul 3.30 pagi... nak bersahur. Kalau tunggu...mungkin ramai lagi sotong yang kena tangkap. Masa tulis entri ni... lenguh tak habis lagi sebab tarik sotong... sakit sampai ketiak.

Tangkapan kali ini merupakan rekod peribadi aku pada 2011 dengan14 ekor tangkapan mengatasi 11 ekor tangkapan sebelum ini. Nak makan tentu tak habis.. bagi jiran sorang sikit, buat lauk berbuka dan bersahur. Kena stop dulu, nak gi pasar ramadhan cari juadah berbuka. Teruskan berpuasa... hingga berjumpa lagi di talian maya.
Abe Din
Read more >>

PELAWAT DIDAHULUKAN RAKAN DIUTAMAKAN

Blogger Pancing