Pages

01 June 2014

Trip 7/2014-Pulau

Salam kunjungan untuk semua pencandat dan pelawat. Trip terbaru yang ambe sertai ialah trip ke Pulau Ular yang merupakan trip ke-7 bagi tahun 2104. Tangkapan kali ini merupakan rekod terbaik 2014, dengan hasil yang berjaya didaratkan berjumlah 38 ekor sotong mabang. Walaupun begitu jumlah tangkapan ini masih belum mampu mengatasi tangkapan 2013. Mungkin belum rezeki lagi.

Tangkapan terbanyak setakat ini

Trip kali ini boleh dikatakan berjaya kerana sotong bersaiz lengan cukup rakus menyambar jig udang. Masa pertarungan sengit berlaku ketika penghujung petang dan awal pagi. Ketika sotong tengah galak, pancing ambe pula buat hal. Tali lama pada kekili telah bersimpul dan menyebabkan tali kusut. Ambe terpaksa potong tali yang bersimpul dan baki tali di gelendong hanya lebih kurang 30 meter lebih sahaja. Selepas tali dipotong... sotong pula kurang makan. Ambe hanya mampu menjerat 2 ekor sotong bersaiz lengan budak. Rakan yang lain lebih beruntung kerana telah berjaya mendaratkan sotong yang lebih besar ketika pancing ambe dilanda musibah. Nasib le...

Kembung segar yang dipukat oleh nelayan tempatan

"Memerang laut" dengan hasil tangkapan yang lumayan 

Trip kali ini turut disertai dua orang pemancing cilik yang datang bersama ayah masing-masing. Salah seorang daripadanya nampak cukup berbakat berbanding ayah sendiri. Melentur buluh biar dari rebung lagi. Walaupun sotong yang diperolehinya bersaiz tidak besar tetapi jumlah tangkapan boleh tahan juga. Ada bakat menjadi otai sotong pada masa depan.

Budak baju kuning tu le yang tewaskan ayah sendiri

Mungkin ini merupakan trip penamat sebelum bulan Ramadhan menjelang. Kalau sempat rasa macam nak buat satu lagi trip. Tengok lah kalau ada kelapangan, tidak mustahil. Jumpa lagi-Abe Din.

No comments:

Post a Comment