Pages

31 May 2014

Mari Ubah

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Pada post kali ni ambe nak sharelah dengan korang satu lagi cara baru untuk modified candat korang agar lebih interaktif. Sebenarnya ambe dapat idea ni ketika ambe sedang membeli-belah di sebuah pasaraya dekat rumah ambe. Ambe terjumpa di bahagian alat tulis menjual set pen marker yang bersinar ketika  keadaan gelap. Ambe beli satu set... ingat nak test dulu dan ambe nak tahu juga setakat mana idea ambe ni boleh diaplikasikan untuk dikongsi bersama pencandat.

Masih di peringkat percubaan

Mengikut tulisan yang terdapat pada bungkusan pen berkenaan... pen yang seakan-akan magic pen ini akan menyala dan bersinar tulisannya apabila diletak di dalam kawasan gelap. Warna yang disertakan dalam pek berkenaan ialah hijau, biru, pink dan kuning.

Macam pertandingan melukis jer..

Ambe bawak set berkenaan ke lokasi mencandat untuk dicuba oleh rakan-rakan hardcore sotong. Ketika di pulau baru-baru ini... kami semua pakat dok menconteng candat dengan pen yang ambe beli. Ketika tengah malam... air laut dah mula surut.. tidak banyak aktiviti yang boleh diadakan selain bersembang dan makan-makan. Inilah masanya bertandingan menconteng diadakan. ambe ingatkan pada gang-gang ambe bahawa sotong tidak melihat cantiknya contengan corak yang kita hasilkan... dia mana faham seni. Sotong hanya berminat kepada kilauan candat di waktu malam jer. 

Aktiviti larut malam-Mencorak jig udang

Walaupun begitu... ia masih di dalam peringkat testing lagi. Keberkesanannya masih belum diuji lagi. Bagi korang yang nak cuba-cuba... boleh beli dulu set ni di pasaraya. dari pemerhatian ambe... hasil contengan pen ini memang akan berkilau di dalam gelap tetapi kilauannya agak malap dan tidak begitu jelas. untuk memperbaiki kelemahan ini... ambe cadangkan agar corak yang dibuat perlu ditindan atau dilapis beberapa kali agar sinarnya lebih jelas. Perlu juga diingat... agar korang tidak menconteng atau kurangkan menconteng di kawasan perut candat yang putih. Sebab apa?? ambe pun tak tahu kerana ambe tak pernah conteng perut candat... hehe.

Selamat mencuba ambe ucapkan kepada korang semua. Testlah sendiri keberkesanan teknik ini. Mana tau hasil tangkapan korang boleh meningkat sedikit dari sebelumnya. Sebelum berpisah... selamat mencandat dan jaga keselamatan. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.

11 comments:

  1. samala....org umah duk sindiri, gewang pandai lak make-up...bini ni xmake-up lak ekekekek
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... orang pompuan pandai makeup sendiri. Kalau kita tolong makeup... demam anak kat rumah.

      Delete
    2. jd opera cina laaa wahahahahahahaa
      Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

      Delete
  2. Salam abe din..saya ada bli marker sharpie neon ni..bleh abe din terangkan tak bagaimana cara penggunaan utk do corakkan pada candat dengan lebih jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Corak boleh ikut kreativiti masing2. Cuma elak dari menconteng bahagian bawah jig. Biarkan kawasan perutnya kekal seperti warna asal. Biasanya putih. Penggunaan marker jenis ini perlu digaris berulang kali bagai menimbulkan warnanya. Warna yang dihasilkan kurang menyerlah. Ambe cadangkan anda menggunakan cat luminous untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

      Delete
    2. Ok abe din..trima kasih bg info..sy akan turun nyandat d terengganu bulan 3 nanti

      Delete
    3. Cantik...kalu ada gambar dan cerita menarik boleh kirim bahan untuk sotonglaut.

      Delete
  3. Insya Allah kalo ada gambar yg menarik atau hasil yg menarik sy akan info abe din

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. bro. Semoga mendapat hasil yang memuaskan. Selamat pergi dan pulang.

      Delete