Pages

14 July 2013

Sambal Sotong

Salam Ramadhan untuk semua pengunjung sotonglaut. Selamat berpuasa kepada semua pengunjung beragama Islam. Semoga anda mendapat keberkatan daripada-Nya. Pada post kali ini, aku ingin berkongsi satu resipi berbuka puasa berasaskan sotong. Resipi kali ini ialah sambal sotong yang dimasak bersama bunga kantan.

Bunga kantan adalah spesies pokok herba jenis halia. Bezanya halia kita guna bahagian batang dalam tanah (ubi)... bunga kantan kita ambil bunga di batang bahagian atas. Bunga kantan sangat sinonim dengan masyarakat melayu... ia banyak tumbuh di kampung-kampung, Tepi-tepi paya yang berair dan kawasan daratan yang terlindung. Baunya cukup kuat dengan rasa dan aroma yang tersendiri.

Sebelum memasak resepi ini, korang perlu menyediakan bahan-bahan berikut terlebih dahulu. Bawang kecil dan bawang putih (dimayang atau ditumbuk), bawang besar ( hiris membulat), bunga kantan (dihiris halus), cili kering (ditumbuk), sotong (dibersih dan dipotong membulat atau memanjang), Air asam jawa, garam, gula dan perasa.


 Juadah berbuka puasa. Cepat dan ringkas


Mula-mula, panaskan minyak masak. Goreng bawang hingga kuning. Masukkan cili kering... selepas pecah minyak, letak air asam jawa dan bunga kantan. Biarkan hingga hampir mendidih. Masukkan sotong yang telah dipotong. Korang boleh gunakan sotong torak, sotong mabang, sotong jarum atau sotong ketupat. Aku lebih suka menggunakan sotong ketupat kerana isinya yang lembut.

Selepas sambal mula pecah minyak... korang letak garam, gula atau perasa yang sesuai ke dalam kualiti. Last sekali korang letak bawang besar yang dipotong membulat. Biar seketika, kacau dan test rasa sekali. Kalau korang suka pedas, tambahkan cili padi yang ditumbuk atau serbuk lada hitam. Korang juga boleh menambah daun kesom ke dalam sambal korang bagi menambahkan  lagi aromanya.



Dimakan bersama nasi

Jika korang mahukan kuahnya lebih pekat, jangan tambah air kerana air dari sotong akan keluar ketika dimasak. Jika korang gunakan sotong jarum atau sotong ketupat, jangan masak terlalu lama kerana faktor isinya yang lembut.

Anda juga boleh membuat perubahan masakan dengan menambahkan taucu atau petai biji. Sambal sotong ini sesuai dimakan dengan nasi, ketupat atau lemang. Aku harap korang cuba buat untuk juadah berbuka korang nanti. Hingga kita berjumpa lagi. Selamat berpuasa.
Abe Din

32 comments:

  1. tq sharing abe din..btw selamat menjalani ibadah puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LatifahZainal: Selamat berpuasa juga untuk anda...

      Delete
  2. Replies
    1. Suke sotong yang boleh makan ke... sotong yang boleh menaip...? kihkih. Selamat berpuasa.

      Delete
  3. Sotong fresh yg isinya pejal memang best :)

    ReplyDelete
  4. Bulan2 puasa ni sume nampak sedap... kehkeh

    ReplyDelete
  5. feberet en suami ku!..mama masak ke laut....

    ReplyDelete
  6. arhhh.. bwu lpz komen d cbox npk lk at en3.sodapnyerrr..

    ReplyDelete
  7. waa..semua pasal sotong..menarik ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batrish: Selamat datang ke blog buruk ambe.. salam kenal dari En. Sotong.

      Delete
  8. Pergh, sedap nie sotong sambal, tapi lagi sedap kalau ada orang tolong masak kan untuk mat jo, he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... cuba2 le belajar wat sendiri. Bukan susah pun.

      Delete
  9. wow..terliur tengok sambal sotong tu dan hiasannyee...nyam3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik_sue: Selamat datang & salam kenal. kihkih... puase ke tu?

      Delete
  10. Replies
    1. Rugi le cam tu. Sotong banyak iodin. Hehe... Salam kenal untuk Cik Mun.

      Delete
  11. sambal sotong memang sedap, tapi saya suka sotong goreng rangup, perghhh! meleleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahrain: Selamat datang. Selera anda sama dengan Abe Din. Sotong rangup memang sedap. Ada ummph..

      Delete
  12. Replies
    1. Shukriah: Salam kenal dan selamat datang. Terima kasih di atas kunjungan.

      Delete