Pages

08 July 2013

Luminous dan Jig

Salam pertemuan untuk semua. Terima kasih kepada semua pelawat dan followers yang sudi bertamu di blog buruk aku ni. Post kali ini adalah sambungan kepada post aku sebelum ini iaitu berkaitan dengan ubahsuai jig. Dedulu... aku pernah post artikel berkaitan dengan cat luminous ni... kali ni aku post sekali lagi. Kebetulan hari ni.. ada seorang kenalan maya sotonglaut bertanya tentang cat luminous. Dengan anggapan ramai yang masih belum tahu dan niat nak share dengan korang... aku post le sekali lagi tentang cat ajaib ni. Baik tak aku.. kihkih.

Terima kasih Rimau Akor.. Di atas Sokongan Anda 

Untuk Pengetahuan Rimau Akor... cat berkenaan aku beli kat Chukai, Kemaman. Ada satu kedai Melayu hadapan Masjid Sultan Ahmad. Boleh le gi cari. Harga dia RM35. Lama dah beli... Warna putih dan hijau je ada. Hok lain sume habis.

Sejak aku post artikel tentang candat bola... memang ramai yang tanya dan nak cuba buat. Candat ciptaan aku nih memang killer abis. Banyak dah sotong aku dapat dengan ubahsuai candat ni. Sesaper lum cuba, boleh try buat sendiri. Candat bola ni telah diuji di lapangan dan pernah melenyapkan penguasan candat harga mahal. Pernah sorang mamat tu pakai candat mahal. Pusing aku dua tiga kali tak dapat sotong. Aku dengan candat bola tak menang tangan dok layan sotong. Masa tu malam, dia tak nampak candat aku. Aku tak bagitau die.... camane nak bagitau, dia tak tanya. Kah kah.. Lastly... dengan penuh gaya, dia terus belah dari situ.
Ni le rupa cat tu....
Hijau tu, contoh Yamashita murah yang telah disolek.


 Tiga ekor jig. Hok atas tu belum disolek
Harga jig sekor... RM4.00

Untuk menyolek dan menghasilkan candat bola ni, tak le susah mana. Makan lagi susah. Celup berus cat dalam cat luminous kemudian korang buat le corak ikut suka korang contohnya belang-belang macam kat atas tu. Corak baju tentera pun boleh. Candat bola peringkat awalnya, bercorak bulat-bulat yang dibuat secara rawak pada badan jig. Korang jangan cat keseluruhan badan jig... melampau le tu. Sikit je... ujian yang aku buat, jika cat terlalu banyak.. power jig akan hilang.

Selalunya bahagian perut jig dibiarkan seperti asal. Cat juga pada belakang mata jig (di tengah-tengah). Jika korang pandai cat seolah-olah macam ikan. Camne nak tau corak ikan. Haa.. ni nak kabo ni. Sabor sikit boleh?

Memula cat lebih kurang pada jig yang korang tak pakai atau kat rapala ikan pun boleh. Buat beberapa garisan halus melintang atau ikut suka korang le camne korang nak buat. Pastu... tutup lampu. Haa corak yang nampak tu le. Kalau rupa jig macam ikan bilis... kira ok le tu. kalau corak nampak serabut je... lari sotong nanti. Untuk maklumat korang... corak yang simple dan ringkas lebih berkesan. Tak caye... cuba le sendiri.

 Jig mahal. Tak Berbaloi korang cat. 
Buang masa dan tenaga je..
Kalau jig tu dah uzur... haa, cepat-cepat cat.


Jig Sederhana Mahal
Mampu mengalahkan jig mahal selepas di"bola"kan.


Jig murah... Emm..
Cepat le korang cat. 
Kuasanya akan bertambah.

Apa yang aku catat kat sini... hanya nak kongsi dengan korang je. Sapa nak guna ilmu ni, boleh guna. Sapa tak mahu ... ikut suka korang le. Kalau ilmu ni dapat membantu korang... aku harap korang kongsi dengan mamber lain. Jangan kedekut. Tiada guna ilmu kalau korang simpan jer.. 

wuhh.. letih pulak asyik menaip jer. Berjam-jam perah otak cari idea nak share dengan korang. Aku nak gi makan lak. Jumpa lagi.
Abe Din

14 comments:

  1. terima kasih abe din...hehe



    Rimau Akor

    ReplyDelete
  2. Kat kedai pancing tepi mahkamah chukai pun ada cat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhaimimd: Terima kasih boh.. sapa2 nak cuba buat "candat bola".... buleh g cari tempat tu.

      Delete
  3. Abis kdai dok saye cari cat ni... kadai yg abg din kabo pun abis. Kdai dkat makamah pun abis.. Mane lagi saye nok cari.. boleh kabo dok abg din..
    Yg mengharap sebelum musim sotong abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni Abe Din tak tau kedai yang lain. Abe Din sendiri pun habis bekalan. Sejak orang dah tahu... sume pakat-pakat cari. Abe Din dah pesan pada tuan kedai untuk order yg lain.... kalu ade nanti, Abe Din kabo.

      Delete
  4. Minta sesaper yang ada maklumat terkini tentang cat luminous... share kat sini. Kita kongsi dengan mamber2 yg lain. Thanks.

    ReplyDelete
  5. Saye dah cube pkai yg terbaru.. Tapi bukan cat.. Dia gam UV.. Dok jadi .. Mhal saje je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gam UV masih boleh diguna dengan letak satu lapisan warna sebelum gam disapu. Bahan warna dalam bentuk serbuk halus atau magic pen. Ada masa nanti Abe Din tulis berkenaan hal ini.

      Delete
  6. Soffian Salleh: Cat luminous masih dijual di Kedai dekat mahkamah, Kemaman. Tinjauan baru ni masih ada dua botol lagi warna putih. Cepat sebelum habis. 10Q

    ReplyDelete
  7. Terbaik... Selalu kedai apa Yg ada jual cat ni

    ReplyDelete
  8. Sy nk... Sapa boleh tolong belikan... Hihii

    ReplyDelete