Pages

25 June 2012

Sambal Sotong 2012

Bertemu lagi di lapangan Sotonglaut. Semoga anda semua sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. Post kali ini... aku nak terangkan cara mudah untuk menyediakan sambal sotong. Bagi mereka yang malas memasak yang rumit-rumit, bleh cuba resepi aku ni.

Step 1: Memula.. korang pergi beli sotong jeruk di pasaraya. Kenapa guna sotong jenis ni... sebab dia bersih, lembut dan mudah disediakan. Bawa balik rumah kemudian basuh lebih kurang. Potong ikut suka korang dan sejatkan air sotong menggunakan penapis. Kalau korang malas tak payah nak sejat-sejat... lepas potong terus je masak.


Sotong Jeruk Yang Diimport


Sotong Jeruk Siap Dibersihkan


Bahagian Yang Paling Sedap: Mulut Sotong


Step 2: Korang potong bawang putih, bawang merah, cili padi kalau nak pedas... tumbuk dalam lesung... kalau rajin guna mesin pengisar. Jangan lupa letak sedikit belacan. 

Step 3: Beli petai yang sudah siap dikupas. Kenapa kena beli? Aku suruh beli sebab korang malas nak kupas. Kalau korang rasa rajin sikit jangan beli.. pi panjat pokok petai, amik sendiri.

Step 4: Beli cili boh. Kalau rajin korang kisar cili kering menggunakan mesin pengisar. Cili kering lebih ummph.. daripada cili boh.


Bahan Menumis Dan Petai 

Step 5: Panaskan kuali. Letak minyak. Bila minyak panas, tumis bahan yang korang buat dalam step 2. Bila naik bau, korang letak cili kisar. Bila nampak pecah minyak... korang campak petai dan sotong dalam kuali. Boleh juga tambah bawang besar yang dipotong bulat. Sederhanakan saiz api... letak garam..... Kalau korang tak tahan pedas letak gula sikit. Kecilkan api... rasa sikit. Kalau ok.. hidangkan. Boleh makan dengan nasi. Jangan lupa tutup api dapur.


Sambal Yang Sudah Siap

Inilah rupa sambal sotong yang dimasak dalam keadaan cukup santai sambil makan biskut empat segi. Tunggu apa lagi... cepat le pergi test. Serlahkan bakat korang. Ingatan: Resepi ini hanya untuk dicuba oleh mereka yang sudah profesional atau mereka yang sudah ada sedikit basic memasak... bagi mereka yang baru belajar atau buta kayu terus bab memasak.. "don't try this at home!". Budak-budak sangat dilarang membuat aksi berkenaan. Dapatkan bantuan ibubapa anda. Kalau korang degil gak...aku tak bertanggungjawab.

Sehingga berjumpa lagi.... Selamat memasak.

18 June 2012

Gajus VS Sotong


Selamat bertemu lagi di blog maya Sotonglaut. Harap anda semua yang sentiasa mengikuti blog buruk aku ni.. akan sentiasa sihat hendaknya.

Pada post kali ini, aku akan berceloteh tentang buah gajus. Di Terengganu buah ini lebih dikenali dengan panggilan "Jambu Golok". Mungkin nama berkenaan diambil sempena bentuk buahnya seperti golok atau parang. Buah ini juga dikenali dengan panggilan "Janggus", "Jambu Monyet", "Jambu Terung" dan "Bunga Kesasar". Nama saintifik gajus ialah Anacardium occidentale.


Buah Gajus Yang Masak Ranum

Pokok Gajus dikatakan berasal dari Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Bijinya akan dibelah dua dan dibuang kulit luarnya. Biji gajus menghasilkan getah yang sedikit gatal jika terkena kulit. Di Terengganu, penduduk tempatan memungut buah-buah gajus untuk mendapatkan bijinya. Bijinya dibelah dan digoreng sebelum dimakan. Biji gajus mempunyai rasa lemak seperti kacang.

Putik-putik Gajus

Gajus Terbiar: Masak Dan Rosak Di Pokok

Di pantai Timur, Buah gajus kurang popular untuk dijadikan sebagai makanan berbanding kawasan pantai Barat. Besar kemungkinan pokok gajus terlalu banyak di pantai timur. Jika korang berkesempatan datang ke kampung-kampung nelayan di Pantai Timur, korang akan jumpai banyak pokok-pokok gajus tumbuh samada ditanam manusia atau tumbuh meliar. Buah-buah gajus terbiar mengecut di atas pokok. Selalunya hanya haiwan seperti lembu sahaja yang berkumpul di bawah pokok gajus ketika musimnya untuk memakan buah gajus yang gugur. Rasa buah gajus sedikit masam dan kandungan air di dalam buah berkenaan cukup tinggi.


Buah Gajus Pelbagai Warna

Walaupun buah gajus tidak begitu popular berbanding bijinya, masih ada yang menjadikan gajus semagai menu masakan. Selalunya buah gajus dimasak bersama sotong, ikan atau makanan laut lain. Masakan yang biasa dijumpai di sini ialah masak lemak. Rasanya boleh tahan juga...



Pucuk Gajus Sesuai Dijadikan Ulam

Pucuk gajus muda pula dijakan ulam untuk dimakan bersama nasi. Harga secekak ulam gajus di sini ialah RM0.50. Di kawasan pantai barat pula, pucuk gajus juga cukup popular dijadikan ulam. Ia juga dijadikan sebagai ulam yang dipotong untuk dipadankan dengan laksa penang. Rasa memang sedap.


Gajus VS Sotong

Apa kaitan antara buah gajus dan sotong? Mungkin persoalan ini tidak pernah korang fikir. Kalau korang singgah di kedai-kedai makan di Terengganu pada musim gajus berbuah, tentu korang pernah terjumpa menu masakan buah gajus bersama sotong. Menu seperti ini tidak selalu ada. Ianya bermusim. Kalau pucuk gajus tu... sepanjang tahun pun ada..

Kenapa buah gajus selalu dipadankan dengan sotong dalam satu-satu menu masakan? Aku tertarik untuk menulis tentang tajuk ini apabila aku teringatkan perbualan dulu-dulu diantara aku dan seorang otai sotong. Katanya kalau pokok jambu golok dah berbunga dan berbuah itu tandanya sotong sudah boleh dicandat di laut. Sebetulnya musim pokok gajus berbuah dan musim sotong torak hadir ke perairan Terengganu adalah sama. 

Nelayan tempatan menggunakan petunjuk alam ini untuk meramalkan kehadiran sotong di perairan Terengganu. Apa yang menariknya... ia sudah diguna pakai sekian lama dan ramalan berkenaan menjadi. Itulah sebabnya, sotong dan gajus merupakan sebahagian daripada sumber asas yang banyak diperolehi ketika itu untuk dijadikan pasangan masakan. Pada zaman moden ini.. kombinasi masakan sotong boleh dipelbagaikan, maka jarang sekali dijumpai sotong dimasak bersama buah gajus.

Jika korang berhajat untuk datang mencandat sotong torak di Terengganu, pastikan juga adakah masa berkenaan pokok gajus sedang galak berbuah di Terengganu. Ini kerana musim gajus berbunga dan berbuah adalah kemuncak kehadiran sotong torak. Ini bukan bermakna musim lain tiada... cuma jumlah sotong torak ketika itu agak kurang.

Jangan lupa selepas musim kemuncak sotong torak berlalu, kemuncak kehadiran sotong mabang pula akan mengambil tempat sehingga musim tengkujuh melanda. Semoga maklumat yang aku beri kali ini berguna untuk korang yang bercadang ke Terengganu untuk mencandat sotong. Selamat mencandat.
Jumpa lagi.

11 June 2012

Menu: Belangkas

Salam semua. Jumpa lagi di laman Sotonglaut. Kali ini...aku akan sambung tentang cara memasak belangkas. Aku harap korang dah dapat serba sedikit info tentang belangkas di dalam post aku sebelum ini. Korang jangan takut belangkas adalah haiwan yang halal dimakan.

Orang Melayu Johor pandai memasak asam pedas dan sambal tumis belangkas. Walaupun  belangkas boleh dimakan, dikatakan belangkas mempunyai toksin atau racun yang menyebabkan mabuk...betul ke? Aku dah beberapa kali makan belangkas tak pula kena gejala seperti yang disebutkan. 

Ada dua bahagian belangkas yang biasa dimakan oleh manusia iaitu isi dan telurnya. Isi belangkas berwarna putih dan rasanya seakan-akan isi ketam. Telurnya pula berwarna merah keemasan apabila masak dan rasanya sedikit kenyal apabila digigit. Ketika telur dikunyah anda akan rasa lemak yang boleh aku katakan sedap jugak le...

Aku mula makan belangkas di Kampung Awat-awat, Lawas di Sarawak. Ketika belajar kat sana sempat berkunjung ke rumah rakan ketika cuti semester. Member aku tanya nak makan belangkas ke? dia bawa aku kat bawah rumahnya. Rumah kawan aku tu bertiang dan dibina di dalam air.... panggilan glamour kat sini, "rumah air". Aku pun tak tahu apa yang dicarinya... selepas meninjau seketika... dia menarik tali tangsi yang diikat pada tiang rumah. Rupa-rupanya belangkas besar diikat menggunakan tali di hujung kepalanya yang ditebuk. Belangkas akan bermain di dasar dalam keadaan hidup. Apabila hendak dimakan...belangkas akan ditarik naik ke atas... banyak juga belangkas kat bawah tu. Kihkih.. macam kambing jer.

Belangkas tadi di bawa ke dapur kayu yang telah dihidupkan dan belangkas berkenaan diterbalikkan di atas dapur berkenaan. Teknik memasak seolah-olah memanggang. Aku tengok belangkas mengerakkan kakinya apabila belakangnya terasa panas... hinggalah kakinya berhenti bergerak dan belangkas itu mati...kejam ke? Sob sob...nak wat camana dah makanan manusia.

Belangkas dibiarkan beberapa minit lagi. Member aku bagi isyarat dah boleh makan. Bara api dikeluarkan. Kulit dalam dibuka dengan mudah...dan kelihatan telur-telur belangkas yang berwarna kuning keemasan. Aku takut nak makan...tengok je.. bila dah separuh dikerjakan oleh gang-gang member aku...aku mula rasa nak cuba.. test sekali... best. . Apa lagi aku makan laju dari diorang. Bahagian yang paling sedap ialah isi belangkas. Rasanya lebih sedap dari rasa ketam.

Minggu lepas..aku dapat tangkap belangkas di perairan Terengganu. Aku bawa balik ke Kampung kat Negeri Sembilan... ayah aku (mantan seorang nelayan) kata nak masak. Haa... ni yang aku nak share dengan korang. Mula-mula rebus belangkas yang ditangkap. Jangan lupa terbalikan beberapa kali bagi memastikan ia cukup masak.



Belangkas Yang Sedang Direbus

Aku syorkan korang matikan dulu belangkas sebelum direbus... bukan apa untuk mengelakkan peristiwa yang agak tragis. Caranya senang je... bungkus dalam plastik, letak dalam petis ais. Jangan buang ekor kerana ia akan memudahkan korang memegang dan memusingkan belangkas ketika berada di dalam kuali yang panas.


 Proses Mengambil Isi Dan Telur

Gunakan pisau yang tajam untuk membelah bahagian dalam kepala belangkas bagi  mengeluarkan isi dan telurnya. Gunakan sudu untuk mengikis telur belangkas dan letak di dalam bekas yang bersih. Jika belangkas sudah cukup masak... korang boleh makan terus isi dan telur belangkas berkenaan.

Rupa Isi Belangkas


Isi Dan Telur Belangkas

Ada satu petua yang gang aku bagi masa kat Sarawak. Jangan sekali-kali memegang dan menggosok kepala belangkas semasa ia hidup kerana jika belangkas berkenaan ada telur... telurnya akan berbuih apabila ia di masak nanti. Penghasilan buih yang banyak di kawasan simpanan telur akan menyukarkan proses membersih dan memakan telur belangkas berkenaan.

  
Isi Dan Telur Yang Dimasak Bersama

Selepas isi dan telur belangkas dikumpul dan diasingkan, korang potong bawang, cili macam biasa. Tumiskan bawang dan masak telur dan isi belangkas bersama. Masukkan sekali serai yang telah ditumpuk dihujungnya. Jangan lupa garam secukup rasa. Anda juga boleh membuat sambal tumis menggunakan isi dan telur belangkas.

Di Johor, hanya belangkas betina ditangkap dan dijual dengan harga antara RM2 hingga RM5 seekor mengikut saiz. Orang kat sana memasak belangkas berserta dengan kulit yang dipotong-potong. Masakan kegemaran ialah asam pedas kering. Korang boleh cuba... Di restoran-restoran Cina, masakan belangkas ini cukup popular.

Belangkas merupakan haiwan laut yang boleh dimakan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Feb 2011 telah memutuskan bahawa memakan daging, isi dan telur belangkas adalah diharuskan

Walaupun belangkas boleh dimakan... kesan dari tindakan lampau tuai boleh meletakkan spesies ini dalam senarai spesies terancam. Adalah lebih baik belangkas dilepaskan terutamanya belangkas betina bagi menjamin kemandirian spesiesnya. Bagi memenuhi permintaan belangkas sebagai makanan, kaedah ternakan dan pembiakan terkini boleh diaplikasi sebagai sember bekalan masa depan.
Jumpa lagi

Kalau korang rajin, gagah, cantik, comel, dan mancho... Cer copy, paste, send atau link maklumat dari blog buruk aku ni untuk dikongsi dengan gang-gang anda. Jangan kedekut... tak baik.

09 June 2012

Misi Gagal

Selamat dan terima kasih kepada semua pengunjung setia Blog Sotonglaut. Pada post kali ini, aku akan berkongsi pengalaman mengikuti satu trip memancing di perairan Kerteh pada awal Jun yang lepas. Trip yang dirancang sekian lama menggunakan bot fiber sepanjang 20 kaki.

Kami bertolak dari jeti Kerteh pada jam 7.30 pagi ketika air sedang menyonsong pasang.  Niat nak mencuba sotong mabang di unjam manakala rakan yang lain nak memancing ikan. Trip diadakan dua hari berturut-turut daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Dalam bekas peralatan aku sudah bersedia dengan pelbagai jenis candat udang yang akan dipadankan bersama sebatang joran dan serek.


Keluar Dari Tempat Bot Berlabuh
Gambar2 : Jeti LKIM Kerteh 



Kuala Kerteh Berlatarkan Bukit Labuhan


Bot Menuju Ke Lokasi Unjam


Unjam Yang Tiada Sotong

 Sebaik sampai diunjam, aku terus menghulurkan candat dan menarik perlahan-lahan bagi merasa tarikan sotong. Setiap unjam yang ditemui semua tiada tarikan sotong. Memang frust gila.. mana le diorang pergi. Pada trip kedua, kami telah dibawa menghala ke utara untuk mencandat sotong torak.

Dikhabarkan oleh nelayan tempatan bahawa sotong torak sedang galak menyambar candat. Ada nelayan yang sudah membawa balik hasil yang cukup lumayan. Hati aku mula berbunga... kalau tak dapat sotong mabang, sotong torak pun kira ok jugak..
Bot memecut laju ke lokasi lebih kurang 30 minit. Sampai dilokasi, sekumpulan bot-bot nelayan sudah lama parking dan sedang mencandat. Ada juga diantara meraka yang kelihatan menaikkan sotong torak. Apa lagi... aku terus campak candat twist dan udang yang diikat secara berpasang. Puas kami bertiga menghenjut tali pancing... sekor pun tak sudi bersalaman dengan candat. Sekali sahaja candat tekong ditarik... tapi terlepas. 

Matahari dah semakin meninggi. Bahu dah rasa nak tercabut menghenjut candat... last sekali disebabkan letih campur frust... kami berpakat untuk memancing ikan kerisi. Dapat dua tiga ekor je... kecik pulak tu. Nasib sungguh.... Apa lagi angkat pancing terus pecut ke unjam darat untuk mencari ikan. Nasib baik dapat dua ekor kerapu minyak sebesar lengan. Terubat duka.


Memancing Ikan Cencaru Besar

Pada hari pertama selepas kecewa tidak mendapat sotong kami memancing cencaru besar berumpankan ikan bilis. Boleh tahan juga... dapat enam ekor dengan berat lebih kurang 2 ekor sekilo. Lama juga lawan tarik tali. Sekali lagi tak best... huuu.. aku sekor pun tak dapat cencaru. Nasib baik member bagi dua ekor. Sedih sungguh mengenangkan nasib badan. Dah le letih... ikan pula tak dapat.

 Antara Tangkapan Yang Diperolehi

Walaupun hasil tidak memberangsangkan, sekurang-kurangnya dapat juga aku melepaskan rindu pada laut. Terubat juga gian nak pergi memancing. Panjang umur, aku akan datang lagi ke sini untuk mencandat sotong mabang.
Jumpa lagi.

08 June 2012

Kenali Belangkas

Salam pertemuan kepada semua pengunjung dan pelawat Blog Sotonglaut. Post kali ini, aku akan kenalkan pada korang satu spesies yang begitu istimewa iaitu belangkas. Dikenali dengan nama saintifik Limulus polyphemus. 

Belangkas banyak ditangkap di kawasan pesisir pantai dan kuala sungai berair payau. Belangkas mudah dijumpai ketika air pasang. Air laut yang bersih dan jernih sangat disukai oleh belangkas. Bentuk badannya sedikit aneh dan mempunyai duri seakan-akan pedang yang panjang. Ia juga berfungsi sebagai ekor belangkas. Apa yang aku perhatikan, haiwan ini menggunakan ekornya untuk bergerak dan membantunya jika ia terbalik. Kemungkinan juga ekornya sebagai salah satu mekanisme pertahanan bagi sang belangkas.

Orang melayu dah lama tahu tentang spesies ini...istilah "macam belangkas" merujuk kepada dua individu yang sentiasa bersama dan tidak boleh berenggang. Sebab itu lah jika korang jumpa spesies pelik ni...mesti ada dua ekor. Jika bernasib baik korang akan jumpa berpasang-pasang. Belangkas selalunya akan melekat di antara satu sama lain. Belangkas di bahagian bawah selalunya betina adalah lebih besar. Belangkas betina akan membawa belangkas jantan yang lebih kecil di atas belakangnya.... macam perangai katak.


 Belangkas Yang Unik

Belangkas boleh mencapai saiz 51 cm (20 inci). Bahagian badannya yang putus atau tercabut akan tumbuh semula macam ketam. Darah belangkas berwarna biru dikatakan berharga sehingga RM17500 (USD5000) bagi seliter. Darah belangkas yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi ini sedikit sebanyak dapat membantu nelayan meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka.

Belangkas tidak menggigit tetapi ekornya agak bahaya. Jika terjatuh mudah untuk tertusuk ekor belangkas kerana belangkas yang berada di atas darat sentiasa menggerak-gerakkan ekornya ke atas. Jika korang nak dapat lebih info tentang belangkas korang boleh study kat laman ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Belangkas.

Di sini, aku sertakan sekali pengkelasan saintifik bagi rujukan korang:

Belangkas Yang Aku Tangkap Minggu Lepas

Gambar kat atas tu adalah satu dari enam ekor belangkas yang aku tangkap. Belangkas boleh dimakan oleh manusia.. post akan datang aku akan ajar korang cara nak menyiang dan memasak belangkas. Kalau korang jumpa belangkas kat pantai, ambil belangkas yang paling besar dan selalunya betina kerana ia banyak isi dan kadang-kadang ada telur yang sedap. Lepaskan belangkas jantan kerana badannya kecil, kurus dan kurang isi. 

Jangan tangkap berlebihan terutamanya belangkas betina yang ada telur. Ambil yang perlu sahaja. Lepas semula adalah lebih baik untuk kemandirian belangkas. Kalau semua orang tangkap...habis le belangkas yang terkenal dengan nilai perubatannya yang cukup tinggi. Belangkas yang bertelur boleh dilihat di bahagian bawah kepalanya, kawasan tengah kiri dan kanan. Kawasan berkenaan sedikit lembut. Nelayan yang mahir boleh mengetahui belangkas yang bertelur dengan melihat dan memicit bahagian berkenaan.

Sekian untuk kali ini. Jangan lupa ikut post aku yang berikutnya... aku akan bagi tips cara nak memasak belangkas. Jumpa lagi...

07 June 2012

Kenali Obor-obor

Salam untuk semua pengunjung dan pelawat Blog Sotonglaut. Pada post kali ini..ambe akan berkongsi satu penemuan baru dan obor-obor, yang juga dikenali sebagai ampai-ampai. 

Baru-baru ini...ambe sempat berkunjung ke Laut Cina Selatan untuk memancing dan memukat ikan. Semasa menarik pukat ada beberapa objek misteri terlekat pada pukat... ambe terus tanya pada Juragan bot...benda ape? kerkejut dan bertuah ambe apabila diberitahu bahawa benda tu (gambar bawah) merupakan telur sotong mabang.

Telur Sotong Mabang Yang Ditinggal Ibunya

Menurut Juragan, sotong mabang akan meninggalkan telurnya pada pukat-pukat, batu karang, unjam dan tali-tali sauh. Telurnya dibiarkan menetas dengan sendiri. Apabila ambe labuhkan candat...tiada pula tarikan dari sotong. Mungkin ibunya sudah meninggalkan kawasan ia bertelur dan menghala ke pantai untuk mencari makanan.


Obor-obor Merah

Terdapat banyak obor-obor atau ampai-ampai yang terlekat pada pukat. Obor-obor jenis ni kalau kena kat tangan atau badan..akan rasa pedih macam kena cili padi. Ambe beberapa kali terkena ekor (kawasan bisa) semasa menarik pukat...memang pedih tangan. Kalau kena mata...ishh tak boleh nak bayangkan. Heran sungguh aku...Juragan bot pegang dengan tangan jer... Dia kata kawasan ekor paling bisa...bahagian kepala tidak mempunyai bisa. Juragan sempat juga bagi petua untuk menghilangkan bisa obor-obor ialah dengan menyapu cuka makan.


Obor-obor putih

Obor-obor putih pula mempunyai bentuk badan yang lebih padat dan berisi. Ekornya pendek dan berbentuk bunga. Sekali tengok macam kobis jer... menurut Juragan, obor-obor ini tidak bahaya kerana ia tidak menghasilkan bisa.

Ada satu lagi spesies yang sempat ambe tengok... iaitu obor-obor yang berwarna biru. Obor-obor jenis ini paling bisa. Saiznya agak kecil dan bergerak dengan laju. Ambe tak sempat nak rakam kerana bilangannya tidak banyak dan disebabkan saiznya yang kecil, ia tidak tersangkaut pada pukat.

Kalau korang suka mandi-manda di pantai...jaga-jaga sikit dengan spesies ni. Kalau kena kat badan, percutian anda terus jadi tak best. Kena air laut, rasa pedih. Nak makan KFC pun jadi  tak lalu. Itu le sedikit info yang ambe boleh share dengan korang. Moga-moga percutian korang tidak diganggu dengan spesies-spesies aneh ni. Satu lagi korang kena tahu...emm, sekarang ni musim obor-obor. Berhati-hati sikit.
Jumpa lagi...Bye.

Kembara Damai

Salam untuk semua pengunjung. Bertemu lagi kita di laman Sotonglaut. Pada post kali ini ambe akan paparkan beberapa lokasi indah yang terdapat di negeri Terengganu. Lokasi-lokasi yang ambe tayang kat sini adalah antara beberapa lokasi yang berpotensi untuk aktiviti mencandat sotong.
 
Ada antara lokasi ini yang kerap ambe kunjungi bersama rakan-rakan untuk mencandat sotong di waktu malam. Mungkin anda juga pernah berkunjung ke sana..

Lokasi Terpencil Di Daerah Kemaman

Lokasi di atas merupakan satu lokasi yang agak terpencil dan rahsia. Bukan semua pemancing dan pencandat boleh berkunjung ke sana kerana kawasan ini dikawal dengan ketat. Jika anda sampai ke sana pun... cabarannya cukup banyak. Jalan untuk sampai ke lokasi agak jauh dan terpaksa melalui jalan darat yang semak samun.

Ambe dah beberapa kali sampai ke sana untuk memancing. Ikannya besar-besar belaka dan ganas. Letak umpan sekejap je... terus makan. Selalunya ikan yang diperolehi adalah ikan laut dalam gred A. Ikan-ikan ini jarang diperolehi di kawasan pantai biasa. Keadaan ini terjadi kerana kawasan pantainya menganjur ke tebing laut yang sangat dalam. 

Waktu pagi... anda boleh melihat deretan sotong mabang bermain arus laut dengan airnya yang cukup jernih. Kawasan jarang diusik...macam tu le.. banyak spesies sotong dan ikan bermain.



Pulau Kapas yang Dirakam Dari Sebuah Resort di Marang

Dua gambar di atas diambil dari pantai Angulia Resort di Marang. Berada di pantainya, seakan-akan anda berada di sebuah pulau walaupun kita sebenarnya berada di tanah besar. Kawasan pesisir Daerah Marang ini terkenal dengan kawasan mencandat sotong torak. Jika anda berkesempatan melalui kawasan ini di waktu malam pada musim sotong, anda boleh lihat lampu-lampu bot candat berderetan di tengah laut. Nampak macam ada pesta pula kat tengah laut.


Kalau anda berkesempatan lebih baik pergi terus ke pulau. Kat sana best lagi... boleh mencandat dan memancing puas-puas. Kawasan ini juga sesuai sebagai lokasi percutian bersama keluarga.


 
Keindahan Kawasan pantai di Kemasik

Lokasi seterusnya terletak di kawasan perkelahan di Kemasik. Jika anda pernah perkunjung ke Mesra Mall, Kemasik...singgah-singgah le kat sini. Waktu petang dan hari cuti memang ramai orang kat sini... ntah apa diorang buat kat sini.. masa ambe datang..tengok diorang duk saje...mandi-mandi, lepak jer. Satu yang pasti kawasan ni memang cantik.

Tidak susah untuk ke lokasi ini...terletak di tepi jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan dengan Kemasik dalam Daerah Kemaman. Kalau nak datang sini (untuk orang luar je), sampai kat Kemasik...tanya orang...mesti jumpa. kihkih... Penat-penat korang memandu... ada baiknya korang berhenti rehat kat sini.


Memang banyak tempat menarik di Terengganu.. ambe mule sampai sini sangat tertarik dengan keindahan dan kedamaiannya. Banyak lagi kawasan yang berpotensi sebagai kawasan tarikan pelancongan yang boleh dimajukan di sini. Sambil jalan-jalan..nikmatilah keindahan alam ini walau di mana jua anda berada. Penuh dengan rasa syukur kerana kita semua telah diberi peluang untuk melihat tanda-tanda yang membenarkan kewujudan dan keagungan Penciptanya.
Abe Din