Pages

09 June 2012

Misi Gagal

Selamat dan terima kasih kepada semua pengunjung setia Blog Sotonglaut. Pada post kali ini, aku akan berkongsi pengalaman mengikuti satu trip memancing di perairan Kerteh pada awal Jun yang lepas. Trip yang dirancang sekian lama menggunakan bot fiber sepanjang 20 kaki.

Kami bertolak dari jeti Kerteh pada jam 7.30 pagi ketika air sedang menyonsong pasang.  Niat nak mencuba sotong mabang di unjam manakala rakan yang lain nak memancing ikan. Trip diadakan dua hari berturut-turut daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Dalam bekas peralatan aku sudah bersedia dengan pelbagai jenis candat udang yang akan dipadankan bersama sebatang joran dan serek.


Keluar Dari Tempat Bot Berlabuh
Gambar2 : Jeti LKIM Kerteh 



Kuala Kerteh Berlatarkan Bukit Labuhan


Bot Menuju Ke Lokasi Unjam


Unjam Yang Tiada Sotong

 Sebaik sampai diunjam, aku terus menghulurkan candat dan menarik perlahan-lahan bagi merasa tarikan sotong. Setiap unjam yang ditemui semua tiada tarikan sotong. Memang frust gila.. mana le diorang pergi. Pada trip kedua, kami telah dibawa menghala ke utara untuk mencandat sotong torak.

Dikhabarkan oleh nelayan tempatan bahawa sotong torak sedang galak menyambar candat. Ada nelayan yang sudah membawa balik hasil yang cukup lumayan. Hati aku mula berbunga... kalau tak dapat sotong mabang, sotong torak pun kira ok jugak..
Bot memecut laju ke lokasi lebih kurang 30 minit. Sampai dilokasi, sekumpulan bot-bot nelayan sudah lama parking dan sedang mencandat. Ada juga diantara meraka yang kelihatan menaikkan sotong torak. Apa lagi... aku terus campak candat twist dan udang yang diikat secara berpasang. Puas kami bertiga menghenjut tali pancing... sekor pun tak sudi bersalaman dengan candat. Sekali sahaja candat tekong ditarik... tapi terlepas. 

Matahari dah semakin meninggi. Bahu dah rasa nak tercabut menghenjut candat... last sekali disebabkan letih campur frust... kami berpakat untuk memancing ikan kerisi. Dapat dua tiga ekor je... kecik pulak tu. Nasib sungguh.... Apa lagi angkat pancing terus pecut ke unjam darat untuk mencari ikan. Nasib baik dapat dua ekor kerapu minyak sebesar lengan. Terubat duka.


Memancing Ikan Cencaru Besar

Pada hari pertama selepas kecewa tidak mendapat sotong kami memancing cencaru besar berumpankan ikan bilis. Boleh tahan juga... dapat enam ekor dengan berat lebih kurang 2 ekor sekilo. Lama juga lawan tarik tali. Sekali lagi tak best... huuu.. aku sekor pun tak dapat cencaru. Nasib baik member bagi dua ekor. Sedih sungguh mengenangkan nasib badan. Dah le letih... ikan pula tak dapat.

 Antara Tangkapan Yang Diperolehi

Walaupun hasil tidak memberangsangkan, sekurang-kurangnya dapat juga aku melepaskan rindu pada laut. Terubat juga gian nak pergi memancing. Panjang umur, aku akan datang lagi ke sini untuk mencandat sotong mabang.
Jumpa lagi.

5 comments:

  1. Salam ziarah...tak semua trip kita yang berjaya kan..kawan pun tak berjaya jugak..senang2 datang singgah tengok report kawan..trip menumpang kasih jugak namanya ni..he he he ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahril: Terima kasih datang melawat sotonglaut... tentu saya akan ke sana.

      Delete
  2. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  3. saya akan berpindah ke kerteh 1 hari nanti utk teruskan hobi mancing. hehehe...

    ReplyDelete