Salam eging kepada semu rakan-rakan maya. Pada post kali ini, ambe ingin berkongsi dengan satu rekabentuk jig yang dibuat oleh orang tempatan di Kemaman. Jig ini digunakan bagi menjerat sotong spesies Torak. Sotong panjang di Perairan Laut China Selatan. Penemuan secara tak sengaja ini sangat menarik. Jig ini digunakan oleh beberapa nelayan tradisional tempatan. Harga jig yang melambung tinggi menyebabkan sebahagian nelayan lebih selesa membuat jig mereka sendiri.
Badan jig diperbuat daripada "hot glue plastic" jernih dan berwarna. Ketika panas, badan jig dibentuk dan dibiarkan sejuk. Selepas gam keras, badan jig akan dilukis dengan corak-corak yang pelbagai bagi menarik sotong.
Mata kail jig [Jig Hook] diperbuat daripada mata pancing ikan yang dipotong, disusun dan diubahsuai menyerupai candat sotong. Mata jig dilukis atau diletak manik plastik bagi menambah ciri interkatif jig. Badan jig juga kadang-kadang di lukis dengan cat luminous dan cat glowing.Cara penggunaan jig ini sama seperti penggunaan candat stick atau "candat mayat". Diikat pada tangsi seperti apollo dalam jarak tertentu. Jig jenis ini tahan lama dan tidak terkoyak kerana diperbuat daripada plastik.
Selepas jig dilepaskan ke laut, jig akan ditarik ke atas dan dilepaskan kembali. Proses ini diulang sehinggalah sotong mengena pada hook. Selamat mencandat sotong torak-Abe Din
No comments:
Post a Comment