Salam Ramdahan untuk semua rakan-rakan beragama Islam. Bulan ramadhan makin hampir meninggalkan kita. Belum tahu kita boleh bersua lagi di tahun hadapan. Sama-sama kita tingkatkan ibadat di penghujung ramadhan.
Kunjungan sotong mabang tahun ini agak lewat sedikit. Sehingga hari ini, sotong masih lagi tidak begitu galak menyambar jig. Walaupun saiz sotong yang dinaikkan besar-besar tetapi perlawanannya masih kurang menyengat. Tarikannya masih perlahan dan lemah. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kemasinan dan suhu air. Hujan yang turun sangat mempengarhi keadaan ini.
Sotong banyak membuat ketukan manja. Sotong yang terjerat pula majoritinya mengenai satu atau dua lengan sahaja. Kekuatan perlawanannya sekejap sangat. ia akan mengikut tarikan dan berlawan sedikit bila menghampiri daratan. Telah diterangkan di dalam post-post sebelum ini, suhu dan kemasinan air menyebabkan sotong sedikit pasif. Selepas raya nanti, tarikan sotong dijangka akan semakin ganas dan kuat apabila kadar hujan semakin kurang dan ombak semakin perlahan.
Dalam keghairahan kita memburu sotong jangan pula kita abaikan amal ibadat di bulan mulia ini. Ketika kunjungan di lokasi pada waktu petang, seringkali dijumpai kaki eging sotong yang tidak berpuasa. Ada yang merokok, minum air sambil eging. Walaupun jauh dari pandangan awam, tindakan berkenaan memang tidak wajar bagi seorang muslim dewasa. Rezeki cari juga, akhirat jangan lupa bro.
Ada orang kata kubur masing-masing apa peduli, lantaklah. Tapi jangan lupa kalau kena bedal besok, memekak kubur sebelah, orang lain nak berehat pun tak senang. Sebelum kau memekak, baik aku nasihat awal-awal supaya sama-sama senang kat sana nanti. Hehe... bukan ambe kata, orang kata.
Hari dan masa semakin bertambah tetapi umur semakin berkurang. Semoga kita akan jadi lebih baik setiap hari. Insaflah wahai teman yang berkenaan. Salam ramadhan dari ambe.
Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment