Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini ambe sempat melawat ke satu tempat yang memang biasa singgah tetapi tidak pernah cuba eging kat situ. Lokasi yang dimaksudkan ialah kawasan peranginan Kemasik, Kemaman.
Dengan tekat untuk untuk buat lawatan singkat... sebenarnya destinasi sebenar ke Kijal. Dah janji pergi eging dengan Kamal.... saje keluar awal sikit sebab nak singgah ke sini. Sampai ke lokasi... ramai juga orang sedang bersantai dan berkelah. Segan pulak nak usung joran. takut ada orang kenal...huuu
Sotong gergasi yang dipamerkan di pantai
Wow... ini petanda yang baik
Tak tau ada pesta kat sini
Sotong gergasi.... ramai yang tumpang ambil gambar
Satu keluarga sedang bersantai di pesisir pantai
Dengan muka selamba... redah je. Jalan-jalan sekeliling tanpa bawa kelengkapan eging. Cantik juga kawasan ini. Ada dua tiga orang awek dok jeling-jeling. Dalam hati tertanya... ada ke sotong kat sini? Sebaik sahaja menghampiri kawasan pantai, ada beberapa orang sedang memancing ikan dan seorang budak muda sedang eging sotong. Fuhhh... ada kawan. Terus lari ke kereta dalam jarak lebih kurang 50 meter. Ambil set eging dan terus datang semula ke lokasi.
Pulau kecil yang indah
Kawasan batuan yang curam dan bahaya
Asyik memancing... ada ikan ke?
Kawasan yang sangat berpotensi... ada ke sotong?
Tak sabar nak baling jig
Selepas menegur beberapa orang yang memancing di situ ambe terus memanjat batu untuk pergi kawasan yang lebih hadapan menghala laut. Mereka pun pelik melihat ambe bawa pancing eging. Mungkin sangsi kot... Rasa macam pelik pulak.
Sampai di lokasi... ada seorang budak muda sedang eging ditemani adiknya dalam lingkungan darjah 4. Dia kata... biasa dapat sotong kat sini. Wow... kalau macam tu.... memang ada sotong kat sini. Terus baling jig... lagi dan lagi. Air laut sedang pasang. Ntah balingan ke berapa joran mula dirasakan ada yang tersangkut dan berat. Dakwat mula tersembur ke permukaan. Sotong! Melihat sotong dah kena... budak muda tadi mula bersungguh-sungguh baling jig ke lokasi sama. Malangnya dia tak dapat. Seekor sotong saiz lengan manusia dewasa berjaya didaratkan dengan selamat.
Sotong tunggal yang di daratkan
Berani sungguh dia. Kasut tak pakai
Kalau jatuh memang sukar digambarkan kesannya.
Hari semakin lewat. Disebabkan sudah berjanji dengan Kamal untuk ke Kijal. Simple trip terpaksa ditamatkan. Semasa nak balik... ada seorang budak perempuan dalam lingkungan darjah 1 dan adiknya. Bagi sotong kat dia, dia takut nak ambik. Mungkin geli atau tak pernah tengok sotong fresh. Jalan dua tiga langkah... jumpa mak dia... terus bagi suruh buat lauk. Dia ambil dengan gembira. Selepas itu baru nampak budak perempuan tadi datang dan menyentuh sotong yang ambe nak bagi kat dia tadi. Cisss... takut konon. Ambe terus bergegas ke lokasi kedua... mengharapkan tangkapan lebih baik pada malam nanti.-Abe Din
No comments:
Post a Comment