Salam kunjungan untuk semua. Pada trip ke-3 pulau baru-baru ini, kami berjaya menjejak kaki ke sebuah pulau baru yang terletak berhampiran pulau utama. Pulau berkenaan tidak boleh dihampiri oleh bot menyebabkan ia sukar untuk dikunjungi. Kami ke pulau berkenaan berjalan kaki ketika air surut dan pulang sebelum air pasang berikutnya.
Pada post ini, ambe akan kongsikan panorama indah di pulau berkenaan bagi tatapan anda semua. Terdapat sedikit sahaja tumbuhan hidup di pulau ini termasuklah pohon kelapa. Dari tinjauan yang dibuat pulau ini memang sesuai untuk aktiviti berkhemah, memancing dan mencandat. Walaupun begitu untuk sampai ke pulau ini perjalanannya agak sukar dan mencabar. Semoga pulau ini terus kekal terpelihara dan keindahannya dapat dikongsi bersama- Abe Din.
Pandangan dari pulau berkenaan ke pulau utama
Perjalanan yang menyukarkan kerana
batu yang licin selepas air surut
Panorama pagi yang sangat indah
Tumbuhan yang terdapat di pulau berkenaan
Keadaan muka bumi pulau hasil dari proses luluhawa
Pandangan dari kawasan tepi pulau
Keadaan muka bumi di tengah pulau
Pandangan yang cantik dan unik
Antara tumbuhan yang hidup di pulau ini
Cantik dan unik
Pandangan ke arah pulau utama
Jarak yang jauh dan mencabar untuk ke sini
Pokok kelapa tunggal di pulau ini
Pulau yang terputus dan terpisah
Lokasi mencandat yang sangat sesuai
Kawasan batuan berair tenang
No comments:
Post a Comment