Salam kunjungan untuk semua sahabat. Semoga anda sentiasa mendapat rahmat dari-Nya. Pada post kali ini... akan diperkenalkan seorang lagi personaliti hardcore sotong berasal dari Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Diberi nama Ikhwan bertugas dan tinggal di Johor. Ambe sangat berbesar hati kerana Ikhwan sudi berkongsi dan tidak kedekut ilmu dan pengalamannya mencandat si lembut di Sabah. Beliau sempat menghantar beberapa gambar trip pendek di Sabah pada 6 dan 11 November 2015. Nampaknya... sotong masih banyak di Sabah walaupun sotong di Pantai Timur sudah bergerak menjauhi pantai disebabkan musim tengkujuh yang telah tiba.
Lokasi trip ialah di Dataran Bengkoka, Teluk Marudu, Daerah Pitas, Sabah. Nampak macam boleh tahan juga saiz sotong yang ditangkap. Teringin juga nak pergi ke Sabah dan mencuba layanan sotong di sana... mungkin suatu hari nanti.
Saiz boleh tahan ditangkap Ikhwan
Lokasi trip di Sabah pada 6 dan 11 November
Lokasi yang indah dan menarik
Laut yang tenang dan sotong yang cantik
Saiz Yang Cukup Sesuai Untuk Lauk
Pada post akan datang ambe akan berkongsi peralatan dan jig yang digunakan oleh Ikhwan untuk menawan sotong-sotong Sabah. Ambe mengucapkan setinggi terima kasih kepada Ikhwan kerana sudi berkongsi dengan pengunjung Maya Sotonglaut. Semoga ramai lagi yang akan berkongsi dengan kita selepas ini.... Masih ramai lagi diluar sana yang hanya menyimpan mengalaman untuk diri sendiri dan enggan berkongsi dengan orang lain. Harap-harap kita akan ada wakil di setiap negeri untuk kita berkongsi info berkaitan eging sotong, keadaan air laut, cuaca dan umpan setempat. Semoga setiap perkongsian akan memberi manfaat kepada semua. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.
Terima kasih abe din atas perkongsian ini. Semoga aktiviti eging boleh berkembang lagi.
ReplyDeleteHarap-harap selepas ini ramai lagi yang sudi berkongsi
ReplyDeleteSalam kenalan Abe Din...saya amat tertarik dgn informasi yg di beri..terima kaseh..Nazz dari spore
ReplyDeleteSalam kenal orang Singapura. Sama-sama kita berkongsi untuk sukan eging. Harapnya segala perkongsian akan memberi manfaat untuk semua.
Delete